Tuesday, September 13, 2011

Aku Nak Jadi Perdana Menteri Malaysia!

Assalamualaikum(:
Mungkin ada yang terkejut dengan tajuk entri kali ini yang gempak semacam je. Relaks, relaks, bukannya apa, tajuk itu hanya sekadar penarik minat anda untuk terus membaca blog ini. Iyalah, kalau tajuk bosan, mesti tak ada orang nak baca, kan? Lagipun tajuk itu sebenarnya merupakan cita-cita seorang rakan aku, tetapi siapa si dia, hanya Allah sahaja yang tahu. (:
Ah, tak naklah masuk pertandingan tu, confirmlah aku kalah. Lagi-lagi si polan tu pun masuk juga, memang sahlah aku tak ada peluang nak menang. Buang masa aku je!
Pernah tak terlintas di fikiran anda, perkara seperti di atas? Tipulah kalau anda mengatakan bahawa anda tidak pernah berasa sebegitu. Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita semua mempunyai perasaan takut untuk mencuba perkara baru yang, pada fikiran kita, sangat mustahil untuk direalisasikan.


Pagi tadi aku bawa majalah Solusi isu #35 pergi kelas. Sebabnya? Aku tak sempat menghabiskan lagi majalah tersebut kerana sibuk sangat dengan peperiksaan percubaan pada minggu lepas. Sekarang baru ada masa sikit nak luangkan untuk membaca majalah kegemaran aku ini.


Ada satu artikel yang menarik minat aku, iaitu sebuah artikel karya Umar Muhammad Noor bertajuk “Orang Besar, Semangat Besar”. Selepas membaca, terdetik di hati aku, ‘Aku patut share artikel ni dengan kawan-kawan aku.’ And that is exactly what I’m doing now.


Orang Besar vs Orang Kecil
Begin with the end in mind - Stephen Covey
Apa maksud Stephen Covey itu? It's simple. Sebelum kita melakukan sesuatu pekerjaan, bayangkan kejayaan ataupun hasil daripada pekerjaan itu. Visualize the success in front of your eyes. Perkara ini akan memberi kesan psikologi kepada kita, sekaligus menjadikan kita lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu. Orang 'besar' akan sentiasa berkata "Perkara ini boleh dilakukan!" manakala orang 'kecil' akan berkata "Perkara ini mustahil dilaksanakan!


Orang yang Bercita-cita Rendah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Kejarlah apa yang berguna untukmu, minta bantuan daripada Allah, dan jangan lemah. Apabila ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata 'Kalau begini, nescaya tidak akan begitu.' Akan tetapi, katakanlah, 'Ini takdir Allah.' Sesungguhnya 'kalau' akan membuka pintu syaitan." - Riwayat Muslim
Allah sangat suka kepada orang yang bersemangat tinggi, dan membenci orang yang lemah semangat. Mereka yang lemah semangat seringkali melepaskan peluang untuk mengecapi kejayaan begitu sahaja. Alasan mereka? "Ah, ini mustahil!" Akhirnya mereka akan sentiasa menghadapi kegagalan sepanjang hidup mereka kerana ketakutan mereka itu.


Untuk berjaya, kita tidak boleh takut menghadapi risiko dan kegagalan. Bukankah kegagalan itu jalan menuju kejayaan? Bukankah dugaan dan rintangan itu yang menjadikan kita lebih tabah dan kuat? Bukankah dengan melakukan sesuatu perkara yang baru, kita akan dapat meningkatkan potensi diri kita?
"Sesiapa yang menginginkan sesuatu yang besar, maka ia tidak boleh takut menghadapi risiko yang besar." - Muawiyah bin Abu Sufyan
Sekarang, sila ambil lima minit untuk muhasabah diri kita. Adakah kita tergolong dalam kalangan orang besar ataupun orang kecil? (: Renung-renungkan.




Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...