Tuesday, September 6, 2011

bertenang



Esok trial?

Rasa serabut?

Still bukak blog ni? 

Ada tak rasa macam nak debush debush diri sebab degil nak bukak jugak blog despite knowing that esok nak menghadap paper BM yang super mencabar tu?


Kalau ada, aku selaku Orang Kaya Setia Pahlawan Semantan eh eh tu Dato' Bahaman, hehe. Tak tak. aku selaku seorang yang kiut lagi comel lagi bijak lagi blabla (ignore woi ignore) pun nak berkongsi rasa yang sama. Ye kita semua tau esok adalah saat berlayar, kata cikgu aku. Pelayaran kita yang penuh dugaan tapi kita dah diberi kompas untuk tau arah tuju kita, kita dah diberi map untuk tau destinasi kita, kita dah diberi makanan untuk sustain life kita on the way kita nak sampai ke destinasi kita, tapi apa yang kita tak ada?

Kita mungkin masih tak ada keyakinan. Kita mungkin masih tak tenang. Kita mungkin masih takut-takut tak cukup preparation and such. Jangan kata la. Semua candidate will rasa macam tu. Sekarang cuma ada one way ja kita boleh buat untuk survive. 

Tenang.

Kalau kita tenang nak menghadap paper-paper semua esok, insyaAllah senang kita nak keluarkan idea kita yang melimpah ruah yang selama ni kita sumbat dalam kepala. Cuma tenang. Tu ja kita boleh pesan kat diri kita.

Macam tu jugak aku pesan kat diri sendiri. Diri aku gelabah nak amik exam esok. Asal? Sebab sekarang aku demam, sakit tekak, batuk and selesema. Tapi beransur sembuh. Alhamdulillah la kan. Pagi tadi aku nanges sebab aku risau gila aku tak boleh jawab esok sebab fikir sakit kepala kian teruk. Memang aku tak pernah risau sampai nanges nanges la before ni. Tapi bila jadi camni sumpah risau gila. Kawan-kawan, jaga kesihatan. Kawan-kawan, jaga hubungan. Kawan-kawan, prepare cukup-cukup. Insyaallah Allah tolong.

Till then, good luck semua. And jangan pressure diri. Dan tolong psiko diri soalan just macam selalu kita jawab. Lek lek. Jangan gelabah =D







Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...