Tuesday, October 18, 2011

Buktikan.

Assalamualaikum.

Dua puluh enam.
Twenty-six.
26.

Ya, memang, angka ini yang bermain di kepala calon-calon SPM pada hari ini. Kita hanya ada 26 hari lagi. 26 hari lagi untuk memperbaiki apa yang lemah. 26 hari lagi untuk menajamkan pemikiran. 26 hari lagi untuk mempersiapkan diri. 26 hari lagi sebelum SPM bermula.

Sempatkah?

Sekarang bukan masanya untuk kita membaca buku rujukan yang tebal gedabak. Sekarang bukan masanya untuk kita belajar perkara baharu. Sekarang sebenarnya masa untuk kita buat latihan. Latihan demi latihan demi latihan. Biasakan diri kita menjawab soalan percubaan dan soalan tahun lepas, biar kita selesa menjawabnya semasa SPM kelak.

Buktikan pada semua, kita boleh berjaya.
Buktikan pada guru-guru, bahawa penat lelah dan keringat mereka tidak sia-sia.
Buktikan pada rakan-rakan, bahawa sokongan dan pertolongan mereka sangat berguna.
Buktikan pada ibu bapa, bahawa pengorbanan mereka tidak dibazirkan begitu sahaja.

Buktikan, pada diri kita sendiri, kita mampu dan BOLEH berjaya. (:





Share |

4 Terbunuh:

Anonymous said... [Reply to comment]

gilakk debar je bce mnde niee...

syaza nazura. said... [Reply to comment]

Kenapa debar pula? (:

Anonymous said... [Reply to comment]

ntohh lerr...menggerunkan.!

syaza nazura. said... [Reply to comment]

InsyaAllah boleh jawab, jangan risau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...