Wednesday, November 9, 2011

Hala Tuju Anda Selepas SPM.

Assalamualaikum, (:

 Okay, kali ini, aku nak menyimpan jauh sikit dari apa yang menjadi misi kita. Kita tolak SPM ke tepi ( sekejap je! Lepas ni kita tarik balik SPM jadi matlamat utama ya rakanrakan ) SPM akan bermula dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Maknanya, kurang daripada sebulan, kita akan 'merdeka' dalam erti kata tiada lagi peperiksaan buat beberapa masa.


Siapa di antara kita yang sudah memikirkan tentang hala tujuan kita selepas tamat menduduki SPM nanti? Mungkin ada di antara kita yang akan memasuki kolej matrikulasi. Mungkin ada yang akan pergi mengambil foundation ataupun asasi. Mungkin ada yang akan meneruskan dengan Tingkatan 6 dan mengambil STPM. Ada juga yang berkemungkinan menyambung pelajaran ke luar negara atas tajaan-tajaan tertentu. Tidak kurang juga yang memilih untuk mengambil pra-universiti seperti A-Levels, ADP (American Degree Programme), AUSMAT (Australian Matriculation), SAM (South Australian Matriculation) ataupun IB (International Baccalaureate).


Pilih Yang Terbaik Untuk Diri Anda.

Kalau anda rasa anda seorang yang tidak boleh mendisiplinkan diri dan belajar tanpa bimbingan atau arahan guru/warden/ibu bapa, mungkin anda akan susah sekiranya anda menyambung pelajaran ke luar negara. Sekiranya anda rasa diri anda lemah dan perlahan dalam memahami pelajaran, anda mungkin tidak sesuai untuk mengambil pra-universiti seperti A-Levels dan yang lain ( kerana pra-u kebanyakannya memerlukan pemahaman yang tinggi )

Apa-apa pun pilihan anda, pastikan anda berbincang dengan ibu bapa, guru, kaunselor, senior-senior dan rakan-rakan anda. Pastikan anda memilih jalan yang terbaik untuk diri anda. Kenali diri anda, kenali cara pembelajaran anda, kenali personaliti diri anda sendiri. Dan, jangan lupa, perbanyakkan solat hajat dan berdoa kepada Allah agar Dia mempermudahkan segala urusan anda, insyaAllah. (:

Satu link untuk panduan anda : http://doctorjob.com.my/

Baiklah, aku mahu tidur dahulu. Mata sudah sakit. Mengantuk. Esok petang ada lawan hoki pula, aduhai. Selamat malam rakan-rakan, Assalamualaikum! (:




Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...