Sunday, November 27, 2011

Hijrah : A New Chapter.

Assalamualaikum,

Firstly, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada semua pembaca yang beragama Islam, tidak kira di mana anda berada. Tahun baru ni, 1433H, kita mulakan dengan azam yang baru, niat yang baru, untuk menjadi lebih baik daripada tahun yang sebelumnya, 1432H.

Marilah kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik dan lebih diredhai oleh-Nya, insyaAllah. Kita mulakan dengan perkara yang simple-simple dulu. Tak perlu tanam azam nak tolong saudara kita di Palestine / Gaza dan sebagainya sekiranya diri kita sendiri tidak terjaga.

Bagi yang suka memakai skirt / seluar pendek, kita panjangkan
Bagi yang tidak menutup aurat, kita tutupkan
Bagi yang memakai tudung pendek, kita labuhkan
Bagi yang memakai baju sendat, kita longgarkan
Bagi yang tidak menunaikan solat lima waktu sehari semalam, kita penuhkan.
Bagi yang suka membazir masa, kita kurangkan.
Bagi yang suka mencarut, kita hentikan.
Bagi yang suka mengutuk dan mengata orang, kita gantikan dengan pujian dan selawat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagi yang suka membaca tabloid / majalah artis / komik, kita tukar kepada al-Quran.
Bagi yang suka meluangkan masa depan kaca TV menonton cerita-cerita yang tidak bermanfaat, kita tukar saluran menonton TV Al-Hijrah.
Bagi yang suka pergi kelab-kelab malam, kita tukar kepada menziarahi masjid dan surau.

Moga Allah memberkati usaha yang kita lakukan untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Lupakan sengketa lama. Tutup buku lama. Buka buku baru. Lembaran yang baru. Hidup yang baru. InsyaAllah. Moga segala-galanya dipermudahkan oleh-Nya. Jannah awaits us, insyaAllah.(:




Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...