Saturday, December 24, 2011

Aku gemuk ke?

Assalammualaikum.

Tiba-tiba je tadi saya teringat sesuatu. Memang benda ni menjadi suatu isu buat ramai orang.
Berat badan. Perkara ni memang masalah global pun. Jadi, saya rasa mungkin elok kalau saya berkongsi cerita dengan pembaca sekalian. Saya memang obes sejak kecil lagi. Buatlah apa saja, demam ke tak ke, memang berat tu susah nak surut. Disember tahun lepas (2010), tiba-tiba saya diberikan satu kesedaran tentang penurunan berat badan. Terdetik di hati, betul ke aku nak jadi gemuk seumur hidup aku ni? Dalam kepala, nak juga rasa jadi kurus. Nak juga orang berhenti panggil kita gemuk, debab, gedempol, fatty bom2 dan yang serupa dengannya. Nak juga tengok orang tak pandang semacam kat kita bila masuk kedai baju dan nak cuba-cuba baju kat sana. Semua dorongan itu menguatkan keinginan saya untuk mengurangkan berat badan.

Alhamdulillah, 3 bulan kemudian, berkat usaha tanpa jemu saya berjaya menurunkan berat badan hampir 17 kilogram. Tapi saya masih lagi obes. :( Rasanya masa tu dalam bulan April kot, kawan-kawan setingkatan semua dah tegur berat saya memang dah turun banyak. Memang obvious lah. Saya pun rasa lain, lebih ringan, jalan lebih pantas, lebih cergas dan macam-macam perkara baik lagilah berlaku. Tapi itu dulu, beberapa bulan yang lepas. Masuk bulan Jun, fokus saya dah lari sebab SPM. Berat saya pun ..hmm. Naik tu takdelah secara sangat mendadak tapi saya dah naik beberapa kilo jugalah. Niat di hati memang nak start diet tapi nafsu makan itu sukar dikawal kadang-kadang. Jadi, untuk menjadikan pengalaman berdiet ini lebih seronok, saya ingat nak ajak dan cabar pembaca sekalian untuk bersama-sama saya menurunkan berat badan ke paras yang normal/sihat!

Saya nak buat satu cabaran buat semua pembaca yang mengalami nasib yang sama dengan saya (pembaca yang obes) untuk mengurangkan berat badan secara old school. Tak naklah makan pil pelangsing, liposuction tu semua. Kan muda lagi. Kita buat secara sihat nak? :)

First step,


Buat Weight Watcher macam gambar kat atas tu tapi ikut kreativiti sendiri pun boleh asalkan setiap minggu mesti timbang diri sendiri, catat berat dan evaluate yourself.

Second step,

Tolong kira BMI masing-masing dahulu untuk kenalpasti jumlah kilogram yang perlu diturunkan. Kurus sangat pun tak cantik.

Berat (kg) / Tinggi x Tinggi (meter)

Contoh: 64 kg / 1.6 m x 1.6 m 
= 25

Kalau BMI untuk orang Asia berada dalam lingkungan 18 - 23. Memang kat sekolah kita diajar sampai 25 tapi mengikut mak saya yang merupakan seorang jururawat, 25 itu untuk orang-orang Eropah. Orang Asia sehingga 23 sahaja. :) Kemudian, kiralah berat korang yang ideal dengan tinggi tu berapa, barulah tolak dengan berat asal. Dapatlah jumlah kilogram yang perlu diturunkan.

Third step,

Hmm.. macam mana nak start diet ni? Okay, biasa tak kira kalori makanan? kk, tak tahu? Saya rasa saya akan buat post yang baru bercerita tentang kalori dan cara untuk mengawalnya di kemudian hari. Buat masa sekarang, pembaca semua perlu ingat untuk makan 3 kali sehari (breakfast, luch, dinner) secara sederhana. Jangan melantak! Awas. Snack diambil ketika waktu senggang antara breakfast-lunch dan lunch-dinner. Pastikan makanan yang berkhasiat tau! Makan buah-buahan. Breakfast elok ambil cereal dan susu omega plus (susu tepung). Make sure pembaca sekalian bersenam. Tak payahlah beria-ia sangat mula-mula. Lakukan pada kadar yang sederhana. Briskwalking 30 minutes setiap hari. Kalau nak lakukan lebih daripada itu pun boleh, asalkan bersesuaian dengan keupayaan diri sendiri. InsyaAllah, berat badan akan turun. :)

Sekarang apa lagi?

Let's begin!
Tak perlu tunggu esok ataupun hari Isnin depan. Kalau nak turun berat badan, perlu serius dan berazam dengan tinggi. Mula sekarang! Yang penting, mesti tahu kawal diri sendiri. Itu pengajaran diet yang paling penting sekali - kawal diri sendiri.


Sebarkan kepada rakan-rakan yang lain. Berdiet boleh dijadikan aktiviti yang hebat sementara menunggu keputusan SPM. Nanti bulan Mac, semua kawan terkejut tengok kita dah berjaya kita turunkan berat badan. Saya pun akan turut serta bersama pembaca sekalian untuk menurunkan berat badan. Saya akan mengemaskinikan update terbaru tentang Aku Nak Kurus challenge ini setiap minggu. Pastikan korang buat betul-betul tahu!

See you again soon.
xxx










Share |

2 Terbunuh:

Pwincess sarah said... [Reply to comment]

ok i will try..

Keretapi said... [Reply to comment]

WHAT? TURUN 17 KILO? AWAKLAH IDOLA KTE HAHAH. oh hai maaf teruja, salam perkenalan --"

kte dulu masa form 3 turun 10 kg. semua tegur, junior senior cikgu sekolah. baju yang tak muat terus muat. boleh beli terus apa yang try kat fitting room, ya Allah bestnya rasa. tapi masa SPM tu, jap je pun stressnya, terus naik 5 kg balik. haish.


thank you gila! semangat la pulakkk. memang plan pas SPM nak diet, sebab kan banyak reunion semua, harhar. badan pun tak cam dulu. lagipun untuk kepuasan dirilah, BMI dah 22 --"


i will try it :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...