Tuesday, December 6, 2011

'Bah' di Sabah

Salam alaykum

Sebelum aku menulis dengan panjang lebar, aku berharap sangat para pembaca blog ni , open minded , okay! Kita kan satu Malaysia !

Bah ? Kalau di negara kita perkataan 'bah' merujuk pada banjir. Dan satu lagi, sebut pasal 'bah' , sinonim dengan orang-orang dekat Sabah. Sabah tu luas. Terdapat kira-kira 60 etnik di Sabah dan semua etnik ni ada persamaan. Semua etnik di Sabah menggunakan perkataan 'bah' walaupun terdapat perbezaan dari segi perbendaharaan kata . Namun 'bah' di sini merujuk kepada maksud yang sama mengikut keadaan. Dan secara tidak langsung mewujudkan bahasa Sabah yang agak baku.

Bah juga ditulis sebagai Bha atau Ba. Tidak kira di mana di Sabah, di kampung atau di bandar, perkataan 'bah' tidak akan lekang daripada digunakan dalam kehidupan seharian . cehhhh , ayat skema macam buat karangan bahasa melayu la pula . haha. Sebenarnya, tujuan aku menulis entri kali ni cuma nak bagitahu penggunaan perkataan 'bah' yang tepat. Sebab aku ternampak sesuatu kejanggalan apabila orang luar Sabah try untuk speaking bahasa Sabah.


Contoh di atas, haha. Maaf kepada Neil Bohr 1994 sebab printscreen comment beliau. Salam 1Malaysia dan diikuti dengan perkataan bah. Mungkin bagi orang bukan Sabah, ayat tu betul. Tapi kalau anda orang Sabah anda akan dapat merasakan kejanggalan ayat tersebut. Macam juga orang Sabah jika bertutur dengan bahasa 'Semenanjung', mungkin akan menyebabkan kejanggalan jika baru pertama kali menggunakan bahasa tersebut. Dan satu perkara lagi, slanga yang digunakan bagi menuturkan bahasa Sabah yang ada perkataan 'bah' di dalamnya amat berbeza dengan slanga yang digunakan untuk menuturkan bahasa Indonesia. okay !

Perkataan 'bah' boleh berubah makna mengikut keadaan dan situasi. Contohnya:

1. Sebagai menggantikan perkataan ya.
Mak Jemah: Ali, bagi makan kucing di luar tu.
Ali: Bah, nanti Ali bagi makan.

2. Sebagai ayat penegasan
Aziz: Sakit bah tangan aku tampar muka si Abu
Amir: Bah, padan muka kau!

3. Sebagai kata sapaan seperti hai dan hello
Mak Siti : bah! (sambil menyiram bunga di halaman rumah)
Mak Salmah: bah! (sambil berjalan melintasi rumah Mak Siti)

[Kalau aku guna 'bah' untuk situasi ni akan menyebabkan aku berfikir 2 3 kali. Last sekali aku rasa agak janggal juga. Sebab aku selalu tertegur orang yang aku tak kenal. Mak aku pernah cakap time kecik-kecik. Jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali. So, lebih baik aku berkirim surat dengan orang tu tiap kali jumpa. Lepas kenal, baru boleh cakap . Boleh?]

4. Sebagai ayat amaran [perkataan bah dipanjangkan dan huruf 'a' disebut menjadi 'o']
Farid: Baaaaaaaaaaaaaaaaaah! kau kasi pecah pasu cikgu Siti
Hafiz: Uiii , jangan bagitahu dia bah.

[Situasi ni aku pernah kena, kalau tak silap masa darjah 1. Last sekali aku nangis kena buli dengan budak perempuan. haha]

5. Sebagai ayat pujuk rayu
Sabri: Jangan merajuk bah sayang
Ummi: ah!

[Situasi ni aku tak ada pengalaman. Tapi aku banyak dengar pengalaman orang. Aku tak suka la bab cintan-cintun ni. Baik aku pergi makan lolipop dari berjiwang-jiwangan]


Ini adalah antara contoh penggunaan 'bah'. Dan harus diingat perkataan 'bah' bukan boleh digunakan dalam semua keadaan.

Sekian . Wassalam

P.s: semua watak-watak dan nama yang digunakan dalam entri ni adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan yang hidup mahupun sudah meninggal dunia kecuali , Neil Bohr 1994 .haha. Sorry bro, aku guna nama anda sebagai contoh teladan. haha




Share |

13 Terbunuh:

PUJA said... [Reply to comment]

'bah' boleh digantikan dgn perkataan aku ke? -,-

Fiq Firdaus said... [Reply to comment]

kalau ayat ni,"kamu nak ke mana bah?" .boleh pakai tak?

Neil Bohr 1994 said... [Reply to comment]

Salam 1Malaysia.

Maafkan saya bah.

Afhan Akmal said... [Reply to comment]

@PUJA
tak boleh rasanya. :)

Afhan Akmal said... [Reply to comment]

@Fiq Firdaus
ayat tu agak janggal..
selalunya "kamu nak ke mana?" sahaja . :)

Afhan Akmal said... [Reply to comment]

@Neil Bohr 1994
haha :)
rasanya tak perlu minta maaf bro.. :) cheer.

PUJA said... [Reply to comment]

ouh #stillkeliru *,*

Nanu said... [Reply to comment]

haha , bah , ngamlah tuh . i like :)

liza said... [Reply to comment]

Betul dah tu, :D

joenymoony said... [Reply to comment]

kalau aku cakap macam ni boleh?

bah! sakit hati aku

boleh??

Anonymous said... [Reply to comment]

admin, contoh ayat no.2 Amir tu masih janggal. 'Bah' di ayat tu kena tukar dengan 'Nah'.

Amir:Nah,padan muka kau!

@PUJA, tak boleh.
@Fiq, tak boleh juga..

Saya Sabahan bah... hehehe...
('bah' sebagai penegasan)

Anonymous said... [Reply to comment]

Admin, contoh no.2 Amir tu masih janggal. 'Bah' di ayat tu kena tukar dengan 'Nah'.

Amir : Nah, padan muka kau!

@PUJA, tak boleh.
@Fiq, tak boleh.

Saya Sabahan bah... Hehehe...
(bah sebagai penegasan)

Sumandak Sabah said... [Reply to comment]

Salah ayat kau tu. " Bah, mau kemana kau?" Itu yg betul...lol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...