Saturday, December 3, 2011

Bersungguh-sungguh.

Memandangkan hal-hal seperti SPM sudah boleh kita lupakan, aku telah bersetuju dengan diri aku sendiri untuk kembali menulis secara bersungguh-sungguh dan menaikkan kembali blog ini sebaris dengan blog-blog seperti blog BenAshaari(kahkahkah), blog jejari runcing, blog beautifulnara dan tidak lupa blog Sokerleaks.

Aku dapat rasakan yang sebelum ini, blog 1994's berada di zaman gelapnya yang tersendiri, jadi adalah menjadi tanggungjawab aku sebagai salah seorang penulis untuk mengembalikan kegemilangan blog ini seperti dahulu-kala.

Aku turut mengingatkan para penulis agar bersikap pemurah dan tidak kedekut dalam mencurahkan idea untuk setiap karya-karya mereka di blog ini.

Jika sebelum ini blog ini lebih tertumpu kepada hal ehwal SPM dan perihalnya, selepas ini tidak lagi. Aku akan sedaya-upaya menambahbaikkan perkhidmatan karya yang kami sediakan agar lebih bermanfaat, sedap dibaca, berinformasi dan kelakar(atau tidak kelakar).

Aku yang sudah agak lama mendiamkan diri dalam industi penulisan ini atas sebab mahu memberikan tumpuan 3 000 000 peratus kepada SPM, akan mula untuk menulis dan mengarang kembali. Penulisan aku selepas ini juga akan meliputi segenap aspek kehidupan, dari aspek sosial, ekonomi, politik dan sukan tetapi aspek percintaan aku biarkan aten zainal yang sentuh kerna dia kan Masterlove Malaysia. Kah, #justkiddin.

Mungkin elemen puaka dan indie tidak akan aku masukkan dalam penulisan aku kerana elemen sebegitu akan memberikan perspektif yang buruk pembaca terhadap blog ini. Elemen sebegitu kalau nak masukkan dalam blog sendiri boleh lah. Ini kan blog ilmiah! Blog mainstream!

Transformasi ini bukanlah kami suka-suka buat, tetapi memandangkan sikap aku sendiri yang sambil lewa sebelum ini dalam merafakkan blog ini di mata dunia telah menyebabkan kami kini jarang-jarang dilawati.

Jadi, kita lihat sajalah hasilnya nanti.

Lagi satu, barangsiapa yang berminat untuk jadi penulis, kami masih membuka peluang ini. Jangan apabila kami sudah menutup peluang ini, baru lah mula nak mencari kami di Facebook dan pm, "bang saya merayu ni, boleh tak saya nak jadi penulis 1994's macam abang?" waktu itu, serta-merta akan aku block engko dari friend list aku. hah! Amacam, kejam tak?

sekiyan dari saya, Ahli Lembaga Pengarah 1994's.

p/s : salah seorang penulis kami, Syaza Nazura telah selamat sampai di negara KPOP. Mari kita berdoa agar apabila beliau pulang ke Malaysia, beliau tidak terpengaruh dengan lagu-lagu Super Junior ataupun 2PM.


Gambor suka-suka





Share |

3 Terbunuh:

Anonymous said... [Reply to comment]

kasi byk info la bru best..info sukan pon oke gak..ambe leh jdi pnulis bab sukan..haha

al-jambz said... [Reply to comment]

bro, sila hantor resume anda ke kongres1994@gmail.com

Anonymous said... [Reply to comment]

haha,malas..nk buke ym pun malas,resume lagi la malas..ikot fb sudahh~ haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...