Tuesday, December 6, 2011

HOLIDAY

YODA HOLLA ASSALAMUALAIKUM! 


Disebabkan kita semua masih tersangkut di bulan 12 iaitu bulan cuti sedunia, so baik aku update pasal 'HOLIDAY' kann? HOLIDAY kali ni bagi aku memang holiday habis. Budak lepasan SPM la katakan MUAHAHAHAHA #evillaugh. Sedikit tips untuk kategori yang sedemikian:


1) calon UPSR,PMR dan SPM untuk tahun 2012
   @ aku rasa korang better pegi daftar kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen yang berdekatan.
Buat preparation awal-awal lagi bagus daripada korang burn the midnight oil nanti kan? Daripada korang buang masa dengan lepaking wayanging facebooking twittering dan inging yang lain seperti budak lepasan spm #sepertikami,lagi beribu manfaat korang pegi attend kelas tambahan. Mungkin sesetengah orang akan ambik sambil lewa untuk buat persiapan awal. Bagi aku persiapan awal tersangatlah penting tahu! Persiapan saat-saat akhir kadang-kadang mengundang bahana. Waktu itu lah korang nak katam semua topik,nak buat latihan betambun,nak repair kelemahan lah, lepas tu jumpe kaunseler 'Cikgu saya tekananlah dengan exam ni' Kalau ini terjadi, pasang tali main gayut-gayut dengan kawan tak pun gantungkan diri HAHA #haramwehharam. Jangan menyesal di kemudian hari kelak binasa diri. Lantak lah kawan korang nak cakap 'Eyu poyo nya ambik tuisyen cuti-cuti ni' Actually dyorang jelous sebab korang dah setkan mental untuk hadapi exam. Sila jauhi setan-setan kecil yang menghasut korang! So lepas baca sila ajak Omak dan Bapok daftarkan anda ke sana okey? GOOD!


2) Bukan calon UPSR,PMR dan SPM tapi budak sekolah untuk tahun 2012
   @ untuk korang, lebih baguih melawat blog ini setiap SAAT MINIT JAM dan HARI! Baik korang duduk rumah balut buku teks untuk tahun depan. Takpun katamkan buku-buku teks tu. Duduk diamdiam kat rumah,jangan keluar! Jangan pegi tengok wayang dengan boyfriend/girlfriend/kawan/parents! Nanti sesak wayang,kesian kami kakak-kakak abang-abang yang nak lepas stress tak dapat tengok wayang gara-gara HAMPA. tak kah pilu hati kami? Tengok wayang kat rumah cukuplah adik-adik ye? #kenyitmata


3) Kakak-kakak Abang-Abang Universiti
   @ eh korang tak cuti kan? rasanya tak perlu nak rancang cuti untuk makan angin sana sini kihkihkih. Assignment korang mesti belambak kan? Siapkan lah cepat-cepat ye. Btw nanti kami pun kene buat assignment jugak,weee takut nak masuk Universiti. STOP! tak payah fikir lagi,lebih baik enjoy habis-habisan MUAHAHAHAHA


4) Lepasan PMR
   @ lebih baik bazirkan masa befikir korang nak ambik kos apa waktu tingkatan 4. Pilih kos yang betul-betul korang yakin boleh buat. Jangan pandang sesuatu kos dengan sebelah mata. Ramai yang cakap budak aliran sains tulen pandai. Korang dah tepesong weh. Budak yang ambik aliran sastera pun pandai apa? Setiap manusia ada kelebihan masing-masing. Buatlah pilihan yang terbaik untuk masa hadapan. Untuk yang suka ikut kawan, hentikanlah. Korang dah besar so buat lah pilihan sendiri. Itu semua untuk diri korang bukan diri kawan korang #haih. Rujuklah orang yang lebih dewasa untuk mengetahui sesuatu kos okey? Oh sebelum terlupa, banyakkan berdoa sebelum keputusan keluar. Semoga Allah memberi yang terbaik untuk semua.


Untuk lepasan SPM aku rasa tak perlu kot? Yang pasti korang mesti tengah senang lenang dengan kawan/keluarga/boyfriend/girlfriend kankan? HAHA beseronoklah korang selama 4 bulan ini ye. Seronok seronok jugak jangan sampai lupa isi UPU kawan weh.




Eh aku penulis baru dalam blog ni #Majukan blog 1994s untuk Malaysia<----Pffff




Share |

2 Terbunuh:

Neil Bohr 1994 said... [Reply to comment]

Selamat datang ke 1994's kak puja.

PUJA said... [Reply to comment]

OMOOO kak puja? HAHA btw THANKS (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...