Saturday, December 10, 2011

Jauh Berjalan Luas Pandangan

Assalamualaikum, anyong haseyo rakan-rakan (:

Haiii semua! Ni nazu, and yep, nazu dah selamat kembali ke tanah air pada waktu Subuh semalam. (: Ni nazu saja nak berkongsi cerita dengan anda semua tentang pengalaman nazu berada di sana. Mungkin ada yang dah pernah pergi, dan mungkin ada juga yang tak pernah sampai lagi ke tanah air Kpop. Buat yang tidak pernah pergi lagi, meh kita layan sedikit gambar ya :) [ err, bukan sedikit, tapi banyak, --' ] Layan je lah, eh?







































































Okay, now that the pictures are done, jom share a few things yang aku belajar masa aku kat sana dulu.


1. Jalan, jalan juga. Tapi solat jangan lupa.
Yes, memang boleh solat jamak & qasar, tapi ingat, waktu solat kat sana berlainan, lagi-lagi kalau musim sejuk macam sekarang. Pukul 6:40pm dah Isyak dah. (: Kalau susah sangat nak jumpa surau / masjid, bentang tikar / sejadah / coat kat lantai, solat je kat tepi jalan / koridor / etc. Buat la apa-apa pun, asalkan solat jangan tinggal. Dan kalau pergi melancong tu, jangan lupa bawa kompas untuk tentukan arah kiblat ya :)

2, Jalan, jalan juga. Tapi makan kena jaga.
Ya, makan memang kena jaga. Ingat, jangan makan daging, ayam dan yang seumpama dengannya sembarangan. Kalau restauran itu halal, boleh lah makan. Tapi kalau tak halal, jangan makan ye. Dan kalau restauran tu jual bab*, jangan makan di situ ye. Mungkin anda tak membeli makanan bab* tersebut, tapi mana tahu, sudu yang anda gunakan itu, digunakan untuk memakan bab* oleh pelanggan lalu? Kuali yang digunakan untuk memasak makanan tersebut, pernah digunakan untuk memasak bab*? Sila rujuk blog Zuyyin Zulaikha untuk maklumat lanjut.

3. Jalan, jalan juga. Tapi berbelanja kena kawal.
Janganlah berbelanja boros sangat ye, beli ini beli itu sampai tak ingat dunia. Jangan syiok sangat berjalan kat negara orang, nampak barang-barang lawa sini sana, beli sampai habis duit tu. Beli setakat mana yang mampu je. Dan pastikan ada duit sikit dalam dompet tu, in case ada emergency mana-mana. (:

4. Jalan, jalan juga. Tapi barang-barang jangan tertinggal.
Jangan jadi macam aku ye. Tafsir al-Quran aku dah tertinggal kat rumah host family, majalah Solusi aku pula tertinggal kat atas meja kat hotel. -.-'' Sadis sadis. Selamat majalah Solusi tu boleh beli yang baru. Tafsir pula ada kawan nak bagi dia punya. Hee :D So. Point of the story : Check bag sebelum tinggalkan sesuatu tempat. Jangan sampai tertinggal barang yang penting ye :)

5. Jalan, jalan juga. Tapi gambar jangan lupa diambil.
Ya, jangan lupa ambil gambar banyak-banyak tau! Dan yang penting, jangan lupa bawa charger camera tu sekali! [ p/s. make sure charger yang korang bawak tu yang betul, jangan jadi macam aku, salah bawak charger, -.-'' Selamat kawan aku guna charger yang sama ] Bawak camera, ambil gambar banyak-banyak, dan share la dengan kiteorang ye :P

Okaylah, rasanya dah panjang lebaw aku berceloteh. Aku nak siap-siap, sekejap lagi nak keluar beli barang sikit. Hari Selasa flight pergi Sydney pula. Heeeee :D Byebye :) Assalamualaikum(:





Share |

1 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...