Friday, December 23, 2011

Kenapa Kena Pilih Course and Career? Penting Sangat Ke?

Assalamualaikum!

aku rasa ada lepasan SPM yang tengah macam aku, pening fikir sesuatu. hal ini antara hidup dengan mati. antara hutang dengan gaji. antara sengsara dengan happy. antara bosan dengan puas hati. apa lagi? pasal course and career laaaaah!

sejak lower form lagi aku dah pening fikir pasal ni. tapi sebab selalu terjerat at dead end, maka aku pun tangguh dulu proses penentuan wawasan hidup tu. sekarang nak tak nak, kenalah mula semakkan otak.


macam mana? salah satu caranya dengan buat kuiz!

dulu aku suka gila buat kuiz. pasal personality, friendship, career, romance geli geli semua ada. result yang kena dengan jiwa raga, aku print screen. semangat. bertahun-tahun pengalaman, aku dapat satu kesimpulan, which is kalau kuiz tu merapu meraban, korang boleh tau daripada soalan yang takde kaitan, spelling, grammar segala grandmother tunggang langgang, memang ada aura mengarutlah di situ. jadi jangan buang karan buat soalan camtu. bukan setakat salah kuiz je, salah pilihan hidup kang naya.






ini antara kuiz yang aku buat kat internet dulu. underline merah tu maksudnya memang kena gila la dengan aku. kuiz-kuiz ni aku buat kat website biasa, bukan yang psychologically proven or anything prestigious. tapi overall in general memang tepatlah. i thing sho la, dun thing im bein pompous pulak tau.



ini baru kuiz kat website tak bertauliah. ada proven personality text, career test yang anda semua boleh percaya kerana outcomenya membuatkan kami yang telah mencuba puas hati! siap ada kuiz yang kena bayar lagi, banyak company besar and counselor guna, kira betul-betul berjayalah ni. free test pun awesome, dah cukup takyah beli test lain dah! siot jugak sebab test macamni  kadang2 kasi ranking kerja yang paling kena dengan kita, tapi sebab aku ambik free punya, dia kasi ranking bawah-bawah, contohnya pekerjaan paling sesuai tangga ke 20 hingga 30. kalau nak tau top 20 kena bayarla brader.

serious aku excited nak berkongsi. weeeee. tapi banyak sangat, so nanti-nantila aku blog pasal test yang dipercayai. stay tune okay. kalau tak sabar nak stay tune kejap pun tak boleh, google sendirila sister.







sekarang aku nak tekankan kenapa aku begitu beriya memikirkan jurusan dan kerjaya. ya aku kena plan benda ni. ya manusia hanya merancang, Allah menentukan, tapi siapa aku nak goyang kaki go with the flow bergantung harap pada Allah saje supaya memimpinku ke destinasi yang patut dituju?

we've gotta earn it to get it. walaupun hanya dengan goyang kaki meng-google sahaja

semua semata-mata sebab taknak tersalah pilih lorong.



kenapa jangan salah pilih course and career, kenapa?!


1. Bosan Itu Musuh Utama

baru 11 tahun belajar kat sekolah, ulang rutin harian yang sama, hadap benda yang tak buat aku teruja,  aku dah bosan. itu baru sekolah. tapi kalau kerja? sampai mati akan bosan nanti. kalau bosan tapi boleh teruskan hidup takpe, tapi kalau bosan nak memberontak? nak berhenti? nak tukar angin? dah masalah.

kalau pilih course and career yang kita suka, kita takkan rasa bosan. biarlah orang lain tengok kita kata kita takde life, yang penting kita rasa itulah life kita. teruja walaupun ulang benda sama. takkan ada hari yang bangun je rasa "another unbearable day," sambil heret kaki pergi bilik air. bangun je rasa tak sanggup nak menghadapi hari ini, biarkan aku sendiri. masalah lagi.

pekerjaan tak sepatutnya jadi beban. pekerjaan sepatutnya jadi periuk nasi kita yang buat kita puas hati.





2. If There's a Will, There's a Way

katelah benda tu susah gila, perlukan komitmen menggunung, pengorbanan yang tak surut-surut, kerja kat tempat yang korang tak suka, hadap orang yang tak suka korang, dan pelbagai lagi badai yang harus diharungi. mesti rasa baik mati jelah. ok itu sangat ekstreem. mesti rasa baik berhenti jelah.

tapi korang akan kuat hadapi semua tu kalau korang ada keinginan! keinginan datang daripada kemahuan! keinginan dan kemahuan itu sama! sebab dua-dua datang daripada apa yang korang suka! macam aku dulu. masa mak aku mengandung, bukan dia yang mengidam, tapi aku yang mengidam dalam perut mak aku. mengidam nak masuk asrama. banyak rintangan yang mendatang, aku gagahkan diri, aku langsung tak terfikir aku akan blah dari tempat tu. aku rasa itu yang terbaik untuk aku, kalau sekolah luar aku takleh hidup, aku nak asrama, i will survive!

tapi nak buat camne, itulah takdir. mungkin memang dari asalnya aku tak patut masuk asrama. tapi aku masuk jugak. so Allah did everything to get me back on the right track. which brings us to no 3.





3. Berdoa dan Istikharah lah

turn to Allah, because you'll never know, while He knows everything.  walaupun korang sure itu yang korang nak jadi, nak study, tapi manalah tau kan itu bukan yang terbaik untuk korang. katelah korang dah doa, takde halangan, korang pursue apa yang korang nak tu, tetiba something doesn't happen the way you want to. time tu mestilah frust mengguling kan, tapi korang akan rasa "takleh buat apalah, aku dah doa, tetiba jadi camni. Allah wants me to learn from this, He has a better plan for me".


 barulah redha. redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah..... Ombak Rindu takleh tinggal beb.



4. Menurunkan Kemungkinan Dicop FAILURE

apabila kita buat benda yang kita tak suka, yang kita tak terdaya nak buat, yang kita tak pro sangat, mesti prestasi kat tempat belajar and tempat kerja pun merosot kan. sebab perr? sebab tak minat and tak larat lerr. kalau korang ambik course banyak kira-kira. tapi malas nak buat latihan. kira-kira ni takleh master semalaman je, perlukan latihan intensif tidak bermusim! so korang pun fail sebagai pelajar. kalau korang kerja banyak guna machine, tapi korang tak rela handle benda tu semua. so korang pun fail sebagai pekerja.




kalau kita suka and terdaya, buat latihan, buat kerja pun tak rasa apa. rasa macam pergi vacation pun ada. barulah sukses sentiasa.



5. Less Energy = Semulajadi

tahukah korang, setiap manusia ada personality type yang tersendiri? setiap pekerjaan ada environment type yang tersendiri? tahukah korang, kalau personality type seorang pekerja sama dengan environment type pekerjaan dia, itulah keadaan yang terbaik sekali?

kenapa? sebab bila pekerjaan kena dengan personality kita, kita akan guna energy yang paling kurang untuk pekerjaan tu. maksudnya, talent, passion, skill and kehendak kita yang diperlukan untuk pekerjaan tu datang dengan semula jadi (ke semulajadi? habeh SPM punah BM).





tak ke best tu? belajar rasa cam tak belajar. kerja rasa cam tak kerja. memang sesuai untuk aku.

tapi untuk orang yang sukakan cabaran, boleh je kerja something yang tak sama dengan personality dia. perlu extra effort and work hard sangatlah for it, sebab everything doesn't come naturally. so they need over the top energy. memang tak sesuai untuk aku.



nak tau personality type dengan environment type ni? stay tune. penat menaip. 


pantun dua kerat;

bukan saja pilih jodoh tak boleh salah,
pilih course and career pun tak boleh salah!




kehbai.







Share |

4 Terbunuh:

adikiadikon said... [Reply to comment]

AM LOOKING FORWARD FROM YOU! :)

Keretapi said... [Reply to comment]

thanks, wait aaa

rabybaby said... [Reply to comment]

assalam....
urmsaya tatau nak keje pew?
study bidang pew?
sme tatau......
leh tlg?

Keretapi said... [Reply to comment]

semua taktau? awak boleh try baca sambungan post ni, just cari under label Keretapi. nanti awak taula apa sesuai dengan diri awak dan cara lain untuk tau apa nak jadi. pastu skrg 1994's kan tengah buat special theme tulis pasal sesetengah course untuk study, awak baca satu-satu tengok kot-kot ada yang minat. decide cepat sebelum terlambat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...