Sunday, December 18, 2011

Keretapi Kenalkan Diri

Assalamualaikum!


Hai, Saya Budak Baru

rasa macam first day masuk darjah satu pulak nak kenalkan diri segala. tolonglah jangan suruh aku naik atas kerusi ye? embarrassing man. dan janganlah tanya pasal makanan kegemaran ye? the list goes on and on man.





so, hai! akulah er, penyumbang? penulis? pencemar? penyemak? terbaru kat blog 1994's ni. nama aku Keretapi, umur rahsia. bukan apa, takut jatuh saham nanti bak kata artis. eh.... umur kita sama eh? okay, so umur kita semua rahsia, maka saham kita pun tak jatuh kepada paras negative lima.

kenapa negative lima? sebab saham asal kita bernilai sifar! kahkahkah! k tak kelakar. tak, tak, saham aku je sifar... damn i make a bad first impression. maaflah, ini nervous breakdown namanya.


first, aku nak ucapkan terima kasih kepada team 1994's yang sudi offer aku jadi sebahagian daripada komuniti ini. rasa terharu pulak, thanks yu guise. second, nak ucapkan ampun beribu ampun kalau kehadiran aku tidak mendatangkan manfaat, tsk tsk, serta tulisan aku tidak menepati jangkaan semua, tsk tsk. third, nak cakap yang i will try my best  for this blog. bantulah saya dengan memberi guideline atau teguran. saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. okeh? jawablaaa. jangan biar aku cakap sengsorang weh.


Buat Apa Lepas SPM?

sejak baru-baru ni ada soalan yang selalu singgah kat telinga aku.

tak, tak. bukan soalan "dah habis SPM ni dah boleh kahwin kan?", ish makcik, malu saya dibuatnya. apa tanya soalan macam tu. hikhik. emm, kenapa, makcik ada anak lelaki bujang ke?


tak. bukan itu.


soalan yang ditanya ialah "lepas SPM ni buat apa?"

seriously? kenapa nak tau aku buat apa? kenapa semua orang berminat dengan apa yang aku buat? kenapa masa lapang dan aktivitiku menjadi pertanyaan masyarakat? okay fine, aku akan blog pasal apa plan aku lepas SPM. 

sesiapa lagi tanya akan dijeling dengan panahan mata yang tajam beserta soalan "DID YOU NOT READ MY BLOG?"


PLAN SAYA SELEPAS SPM :


1. MEMBACA NOVEL

WHAT? NOVEL? ASAL LAME GILA KAU? i am not lame okay. membaca itu amalan mulia, daaa. plus, dah lama aku tak baca novel tau tak? sebab bila aku baca novel, dunia sekeliling aku hilang. aku tak buat apa-apa selain menghadap dunia baru tu sampai aku tau ending dia. ini sangat tak beretika dilakukan ketika di tingkatan 5. sudahnya, satu kerja pun tak siap. jadi aku terpaksa berpuasa, faham?




sekarang aku baru berjinak dengan karya Hlovate. WHAT? BARU BACA? ASAL LAME GILA KAU? okay, kali ni aku memang lame. sebelum ni aku tak minat langsung novel melayu, sebab kebanyakannya terlampau jiwang, geli, berjela dan basi. maaflah, just not my cup of tea. tapi aku sanggup beli novel melayu for the first time in my life sebab orang kata Hlovate best. lain daripada lain




seriously, best. tak jiwang tahap meremang bulu kaki, tapi comel tahap buat aku berguling-guling mata berair. besar kesannya tu.



2. MENULIS NOVEL

aku dah berangan nak tulis novel since kecik sebenarnya. sebab dulu aku macam bermasalah and aku sangat berahsia. aku akan tulis buku pasal diri sendiri, sebagai cara luahkan perasaan tanpa minta simpati.





aku nak tulis novel lagi lepas aku habis darjah 6, cerita pasal budak-budak kecik yang ada drama orang besar. serious, aku dengan geng aku dulu, kami bukan budak sekolah rendah yang tak bersalah.

pastu aku nak tulis novel pasal MRSM, ceritakan segala yang terbuku di hati, apa yang aku tak cerita dekat orang. hidup setahun kat asrama memang banyak kenangan pahit  manis. aku nak kongsi.

form 2, aku mula dapat idea untuk tulis bukan pasal aku, tapi pasal watak yang ada kaitan dengan hidup, pemikiran, prinsip, personal issues aku. aku mula serius nak publish novel satu hari nanti. form 4, aku mula develop idea satu-satu. sambung, tak biar tergantung. form 5, makin banyak idea untuk novel lain muncul. idea menggelegak masa nak SPM pun, aku terus draft dalam phone. eh banyak sebablah kenapa aku nak menulis, kita kupas persoalan ini dalam post lain ye.


sekarang masa dah ada, aku taknak tunggu lagi. i want this dream to come true.



3. BELAJAR DRIVE

dulu aku sangat excited nak ambik lesen. because i'm not a public transport person. tanpa teman, aku terumbang ambing di jalanan. teksi boleh lagi sorang. tapi lrt, wa cuak k. so aku ialah contoh manusia yang kena ada kenderaan sendiri kalau nak hidup sejahtera.

cuma sekarang ni aku malas lah pulak nak kena belajar ambik test segala. takpe, hidup masih panjang. kalau tak panjang pun, tak perlu lesen kereta untuk kita seberang ke sana.



4. BELAJAR MASAK



memasak ialah tanggungjawab seorang perempuan terhadap dirinya dan keluarganya. tak molek jika anak dara tau makan fast food je. terasa. tak molek kalau mak mentua tengok kita siang ikan sampai hancur macam belacan. ternganga. tak molek juga bagi laki kita makan air tangan orang gaji, kang dia pasang dua. merana.

mak aku sangat tekankan hal ni. dia takkan biarkan satu-satunya anak perempuan dia tak mewarisi kebolehan memasak dia yang mengalahkan peserta Masterchef. jadi saya akan makin gemuk sekarang. sebab kalau saya masak tak sedap, saya kena makan semuanya. tapi orang tak paksa pun saya akan makan jugak semua, sebab makanan itu nikmat daripada syurgaaaaa.



5. TETAPKAN CITA-CITA

last but not least, in fact, the most important aim untuk dicapai, kalau tak hidup akan terkapai-kapai. masa kecik, aku nak kerja yang ada class je, yang famous, yang semua orang suka, kerja yang bila Nyonya Mansur tanya " Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?", aku boleh cakap dengan bangga "Saya bukan Kassim Selamat! tapi saya, saya lah lawyer! saya juga majistret!"




tapi makin lama, aku makin sedar yang passion comes first. takde guna kerja nak gempak je, nak professional je, tapi hati tak rela. itulah mulanya saat aku dihimpit dilemma ini. aku tau aku nak jadi apa, tapi aku tak pasti. aku mula keliru, walaupun kalau ikutkan hati, aku kerja je apa aku mahu.


walaupun aku dah tau minat aku, kekuatan aku, tapi aku still buat research untuk pilih the right course and career. harap-harap beberapa bulan ni cukuplah, sebab aku taknak lagi buat pilihan yang salah.





so, aku akan blog pasal course and career, untuk tolong kita semua yang masih confuse and clueless. kalau nak tau lebih lagi, silalah berkunjung ke blog Keretapi!



geli je buat promosi.








Share |

3 Terbunuh:

Neil Bohr 1994 said... [Reply to comment]

nais wan! hiks

afifa anuar said... [Reply to comment]

hihi welkam here Cik Keretapi!
nway, try lah Contengan Jalanan by Hlovate. sumpah tak nyesal read it haha promote pulak kat sini.
Selamat Berkenalan!

-afifaanuar

Keretapi said... [Reply to comment]

Neil Bohr 1994 - hehe thanks!

afifa anuar - thanks! oh eh? tu novel terbaru dia kan? will soon, for sure. selamat berkenalan juga :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...