Friday, December 23, 2011

Korea dan Korea dan Korea lagi .

Hello , erkkkkk Salam alaykum

Korang sihat tak ? Alhamdulillah kalau sihat . Okay , kenapa dengan Korea ? Ada penulis blog ni yang dah merasa pergi Korea . Bestnya !!! Eh , back to the main point . Sebut je Korea , kita mungkin akan terfikir K-Pop , Drama Korea . Yeke ? atau aku sorang je yang fikir begitu ? haha .


Sejak belakangan ini [haha, macam nak buat karangan bm] , tiba-tiba entah kenapa secara tidak sengaja aku mula menyukai sesuatu yang berunsur korea.. Pengakuan yang tak boleh blah betullah . haha .. TAPI , aku bukanlah DIE HARD FAN mahupun FAN-FAN kepada kumpulan-kumpulan K-Pop,, aku tak berapa nak layan klip video K-Pop walaupun video klip tu ada dalam laptop aku .. haha . busted !

Okayla, sekarang pengakuan sebenar , aku peminat drama-drama korea. haha. setakat ni dah 9 drama korea aku khatam dan dah beberapa kali aku re'watch' drama tu sebab aku mudah lupa jalan cerita dalam setiap episod.

Sekarang ni aku kena hantar parents aku ke rumah nenek aku , dengan tujuan , tolong nenek kemas rumah . Aku tahu aku cucu yang baik. haha. Setiap pagi aku akan kemas rumah nenek aku ; menyapu , mop lantai dan etc . Saat semua sepupu-sepupu aku tengah main DOTA , [game yang aku tak berapa nak faham] ,aku pula tengok drama korea. haha . eh , kenapa aku cerita private stuff ni . haha, private stuff la sangat.

Korang pulak ? Suka tak drama korea. Atau aku seorang je peminat drama korea dan LELAKI .. aku tak berapa nak faham sangat la dengan orang-orang yang kutuk-kutuk lelaki yang minat drama korea. Bagi aku , semua tu sekadar drama , macam korang tengok drama Juvana ,Cinta Elysa .. Setuju ?

Aku pun berharap sangat Malaysian ni open minded sikit bab-bab hal ehwal globalisasi ni . maksud aku ,taklah kata orang-orang yang tengok drama korea tu jambu , gay , jantan ayu.. Haha , Okayla , Tamat coretan untuk kali ni . BABAI

p/s : kepada penulis-penulis lain blog ni , aku minta maaf sebab aku tak berapa nak layan sangat group 1994 tu . Aku ni pemalu . haha








Share |

4 Terbunuh:

syaza nazura. said... [Reply to comment]

Saya tak maafkan anda sebab dua perkara.

Satu. Anda tengok drama Korea.
Dua. Anda pemalu dengan kami Skuad 1994's.

LOL, joking je;) Sila aktifkan diri ye, kami perlukan sumbangan dan pandangan semua orang(: HEEEEE :DD

p/s. Sayalah orangnya yang pergi Korea haritu. Bhahahahha.

nurul said... [Reply to comment]

sbnrnya x slh utk lelaki tgok drama korea sbnrnya..
lg pun drama korea byk menerapkan ciri2 kekeluargaan..x slah klu berminat..

sye jgk peminat korea n file lagu dlm laptop sye d conquer oleh group2 korea especially suju..=)

kte ambil pengajaran yg bleh diambil drpd jln cerita yg d pamerkan dlm konteks utk mengukuhkan lg institusi moral dan kekeluargaan d ngara kte..=)

Keretapi said... [Reply to comment]

tak salah, takpe jangan risau kitorang tak rasa pun lelaki yang tengok korea ni jambu or gay.




tapi aku rasa lelaki korea yang jambu or gay. tiada kejantanan yang konkrit pada mereka. dahlah lagi ayu daripada pompuan kadang-kadang, takleh jadi nni.

Myshdorm said... [Reply to comment]

saya pun mnat drama..cuba tngk drama the moon emracing the sunn..best cter tu...

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...