Sunday, December 4, 2011

Lepas SPM , nak buat apa?

Salam alaykum

Sebelum menulis dengan lebih lanjut lagi, aku nak perkenalkan diri aku sebagai Afhan. Okey, aku penulis baru dalam blog ni ; lepas permohonan aku nak jadi penulis diterima. Aku ni taklah pandai sangat nak buat ayat-ayat bombastik macam penulis-penulis lain dalam blog ni, cuma aku lebih selesa menulis secara bersahaja dan tidak terlalu terikat dengan penggunaan tatabahasa yang betul. Namun aku harap sangat anda semua dapat menerima kehadiran diri ini sebagai penulis baru di blog ni.

Berbalik pada topik asal. Mesti dah ramai batch 1994 ni dah 'merdeka' dari SPM bukan? Lebih-lebih lagi yang aliran sains. Kalau aku pula , paper terakhir yang aku duduk pada 30 November lalu. Perasaan dah habis paper, eh aku tersangatlah excited tak ingat dunia. Melompat-lompat macam kera kena belacan. Okey , tu tipu. Cuma lepas habis paper terakhir, kitaorang pakat kira 1,2,3 kemudian menjerit-jerit. Itu sahaja dan tak lebih dari itu. Dan tak lupa, masa tu dah masuk waktu asar ,[p/s: kat sabah , 3.30 petang dah masuk waktu asar] kitaorang pun pergi solat.

Dah melarat lah pula. Okey. Berbalik pada topik asal sekali lagi. Apa yang korang akan buat lepas SPM sementara result belum keluar? Kalau aku pertama sekali aku nak celebrate birthday aku, haha. Abaikan rancangan pertama tu.

-Cari kerja? kerja apa pula yang nak terima budak bawah 18 tahun? KFC. Boleh kot. Dapat juga merasa ayam tiap-tiap hari. Dan akhir sekali muka pun jadi macam ayam.

-Ambil lesen kereta atau motor? Ni aku nak. Sebab aku dah tersangatlah jealous dengan kawan-kawan aku yang lain yang dah sibuk memandu , merempit sakan. Kalau boleh 1 Disember aku dah pergi daftar untuk latihan memandu. Tapi umur tak cukup 17 lagi . haha.

-Melancong? Part melancong ni aku tak berapa nak suka. Bukan apa, memang aku tak suka melancong . haha

-Kahwin? haha. Ni nanti-nanti pun boleh . Cancel balik.

-Menganggur? Cuma duduk dekat rumah. Habiskan beras , biskut-biskut yang ada. Tambah bil elektrik. Menternak lemak . Oh , perkataan ni agak sensatif kot.

-PLKN? tahniah buat mereka yang dapat panggilan pertama. Aku pun nak panggilan pertama juga. Tapi masalahnya tak terpilih PLKN , macam mana nak dapat panggilan pertama kan. haha

Senarai apa nak buat sementara tunggu result SPM dah ada. Ada siapa nak tambah? Silakan.

Mungkin sekarang ni kertas jawapan subjek-subjek awal dah sampai ke tangan pemeriksa. Jadi, manalah tahu kita buat kesilapan masa menjawab soalan peperiksaan haritu, dan kita sedar. Mohonlah pertolongan dari Tuhan. Setiap agama ada Tuhan sebagai tempat meminta bukan? Kalau kita benar-benar ikhlas memohon mesti apa yang kita hajati termakbul. Dah berusaha tinggal tawakkal dan berserah diri je lagi.

Tapi yang penting , aku dah habis SPM! haha. Ish, kesian kat orang yang belum habis lagi.



Sekian. Wassalam





Share |

17 Terbunuh:

Pwincess sarah said... [Reply to comment]

tgh mencari kerja...
tunggu panggilan kedua or ketiga spm..
tunggu result spm..
yeeaaa...merdeka..!!

adikiadikon said... [Reply to comment]

Terbaik ! HAHA

syaza nazura. said... [Reply to comment]

Assalamualaikum, selamat datang ke dynia 1994's, dan selamat menjadi warga kami. Heee. After SPM, hmm, aku tengah melancong la ni, haha.

Salam sayang dari Jeonju, Korea(:

daxSS NuYu said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
daxSS NuYu said... [Reply to comment]

hey...birthday itew sma r 30/11...dh jmpa 3 org birthday yg sma.....hehhehehe

Neil Bohr 1994 said... [Reply to comment]

Selamat datang, dan Salam 1Malaysia bah.

keh keh, Mohon ngajor aku tarian sumazal bro.

mohd ridwan said... [Reply to comment]

Aquw nk kerja kat 7-Eleven!!!!!

Afhan Akmal said... [Reply to comment]

@pwincess sarah
haha, merdekala sangatkan . :)

Afhan Akmal said... [Reply to comment]

@adikiadikon
hah? apa yg terbaik ni? haha, [buat-buat x faham]

Afhan Akmal said... [Reply to comment]

@syaza nazura.
waalaikumsalam. thanks :)
mohon tunjuk ajar . haha

Afhan Akmal said... [Reply to comment]

@daxSS NuYu
birthday itew bukan 30hb la dear.. itew lahir 6dis :)hehehe

Afhan Akmal said... [Reply to comment]

@ Neil Bohr 1994
thanks bro .
sumazal? kalau tarian sumazau maybe aku tau la . :)

Afhan Akmal said... [Reply to comment]

@mohd ridwan
7eleven terima pekerja below 18 eh?

Cik Miela said... [Reply to comment]

haha enjoy aku baca entri nie

my stories said... [Reply to comment]

tunggu PLKN je..dapat panggilan pertama..hee..=)

Afhan Akmal said... [Reply to comment]

@Cik Miela
haha? enjoy? sebab apa pula? :P

Afhan Akmal said... [Reply to comment]

@my stories
ohh , tahniah . haha . selamat berkhidmat untuk negara okey ! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...