Saturday, December 24, 2011

Permulaan.

Hello semua! Baiklah, saya tak pasti nak mula macam mana. Tapi saya baru sahaja diterima masuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar yang kelihatan bahagia ni. hehe (apa yang mengarut ni? -.-) Disebabkan hampir semua ahli skuad 1994 ada buat pengenalan mereka siapa jadi saya pun rasa bertanggungjawab untuk mengenalkan diri dulu. Nama saya Fathanah. Tapi boleh je panggil Fath, Ana atau yang sewaktu dengannyalah. Umur saya ..cuba teka? Tujuh belas tahun! Semua penulis kat sini memang 17 pun jadi um, kalau tak bagitahu umur pun takpe sebenarnya. -.-

Saya tinggal di Seremban, bersekolah pun di Seremban. Sewaktu dapat tahu blog ni memerlukan beberapa orang lagi penulis, terus jadi excited. Dah lama saya nak menyertai mana-mana blog yang memerlukan tenaga penulis. Nak juga kongsi ilmu dengan korang. Blog saya tu, cuma luahan hati tentang apa yang berlaku dalam kehidupan saya je. Di sini nanti, InsyaAllah saya akan cuba memberikan yang terbaik semoga ilmu itu bermanfaat bagi semua. :)

Assalammualaikum.





Share |

1 Terbunuh:

Neil Bohr 1994 said... [Reply to comment]

Selamat datang saya ucapkan ke blog 1994's!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...