Friday, December 30, 2011

"Pilihlah teman yang baik, nescaya kamu pun akan menjadi baik"

Assalamualaikum buat semua warga kelahiran 1994 dan pembaca kelahiran lain di luar sana yang hensom-hensom dan comel-comel belaka. Apa rahsia? Selalu bangun awal pagi? Kbaik, petua yang sangat bagus untuk dikut. Haha. Untuk julung kalinya, saya ingin memohon maaf bagi pihak saya dan krew-krew 1994s kerana tidak dapat meng-update blog dengan sekerap-kerap kali seperti yang diinginkan. InsyaAllah, lepas ni kami semua tidak akan menghampakan semua pembaca lagi. *senyum*

Sebenarnya, saya tahu pasti ada yang tidak sedar bahawa saya telah lama menyepi dengan ketiadaan entri langsung daripada saya di sini. Tidak. Saya tak merajuk. Apatah lagi membawa diri. Cuma kekeringan idea saja. Saya mohon maaf atas itu. Saya tahu pelbagai rintangan telah datang untuk mengganggu ketenteraman idea saya kerana 'dia' sangat jeles dekat saya, hihihi. Buat penulis-penulis baru, Selamat Datang dan harapnya dapat beri komitmen yang lebih baik daripada saya. Saya percaya penulis-penulis baru seperti Afhan, Keretapi, Fathanah, Puja, dan yang lain-lain mampu menaikkan nama blog 1994s di mata dunia. Cayaklah!

Ehem. Mari kita ke isi yang sebenar-benarnya. Hari ni, saya tak mahu bercerita tentang kerjaya, masa depan atau apa-apa berkaitan itu. Saya pasti semua sudah baca entri penulis sebelum ini yanng pastinya memberikan banyak manfaat buat kita sekiranya kita benar-benar berhajat untuk mengenali kerjaya kita kelak. Sedikit sebanyak pasti ia mampu memberikan sedikit gambaran buat kalian.

Pada hari yang indah lagi permai ini, saya sebenarnya hendak mengingatkan kepada semua, setiap cabaran yang datang pasti ada kemanisan di sebaliknya. Setiap kali kita jatuh, ingat lah setiap detik pasti ada seseorang di belakang kita yang akan menyokong secara padu untuk membuat kita bangun kembali. Tetapi, kita kena ingat dan kita kena selalu bertanya pada diri, "Adakah aku sering ada untuk dia apabila dia perlu aku sebagaimana aku perlu dia?". Selain ibu bapa dan ahli keluarga, kawan-kawanlah yang selalu meng-comfort-kan kita apabila sedih tak dapat apa yang kita expect, merekalah yang sering ada untuk mem-protect kita bila kita diganggu, merekalah yang bertanggungjawab mengembalikan diri kita sebenar bila kita tersalah jalan dan lain-lain lagi. Mereka ini lah. Ya, sahabat yang baik pasti akan melakukan kita semua ini. Tak semua sahabat adalah baik. Ada juga yang jenis mementingkan diri. Yang jenisnya, dia berkawan atas dasar kepentingan dirinya sahaja. Contohnya macam, dia hanya menghubungi kita apabila dia memerlukan bantuan daripada kita, dan apabila ada masalah menghimpit, dia akan lari, dia akan buat tak tahu dengan kita. Dan kadangkala, berkawan dengan jenis yang mementingkan diri sangat menyeksa. Dia sanggup menikam belakang kita semata-mata dia memperoleh kepentingan dengan melakukan semua itu. Dia sanggup memutar belit kisah dengan menyalahkan kita dan memenangkan dia walaupun pada hakikatnya ia adalah salah. Semua itu ngeri. Tetapi sebenarnya sangat memberi pengajaran kepada kita untuk lebih berhati-hati pada masa yang akan datang.

Tak mustahil kawan-kawan, ada sesetengah daripada kita mempunyai sikap sebegini. Tambahan pula di pusat pengajian tinggi nanti, bermacam kerenah dan perangai kita bakal jumpa. Selepas ini, semua daripada kita pasti akan menjejakkan kaki ke universiti, matriks, politeknik dan tempat pengajian lain. Ya, kawan memang perlu dipilih. Kenapa saya mengatakan demikian? Umur seperti kita inilah banyak terpengaruh dengan macam-macam sementelah kita sebenarnya sangat sangat suka mencuba. Kalau tersalah pilih kawan, dan kalaulah juga kita berhati lembut untuk menolak pelawaan kawan untuk membuat sesuatu yang tidak pernah kita buat yang kita tahu itu adalah negatif, susah kawan-kawan. Susah untuk menarik balik diri kita ke pangkal jalan apabila kita dah terbiasa melakukan perkara-perkara sebegitu. Kalau kita tahu kawan kita bersikap sebegitu, jadilah seorang yang tegas dengan pendirian, yang gerenti tidak goyah dengan pujuk rayu kawan-kawan dia, supaya maruah diri dan keluarga terjaga.

Sebagai akhirulkalam, muhasabahlah diri dengan setiap apa yang kita sudah lakukan. Sebagai peringatan, janganlah menganggap diri kita terlalu 'perfect' untuk terima teguran orang lain kerana setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Dan pastinya, kita tidak terkecuali. Assalamualaikum.



p/s : maaf di atas kekurangan penulisan saya. sudah lama tidak menulis hehe. mohon ambil iktibar.




Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...