Wednesday, August 31, 2011

Nasihat Kepada Calon SPM



semoga kalian sedar dari igauan.





Share |

Tuesday, August 30, 2011

secebis kesedaran.

Assalamualaikum readers.

Sebelum tu, let me introduce myself. Aku kawan al-jambz. Yang mungkin kawan kalian semua. Dan paling penting, yang mungkin kalian kenal. Gaya penulisan aku bukan straight macam dia. Entri dia keseluruhan boleh dikatakan dalam Bahasa Melayu. Tapi aku, untuk kadang-kadang aku akan terguna Bahasa Inggeris sebab dah terbiasa. So kawan-kawan, hopefully tak ada yang unfollow balik blog ni sebab kekurangan aku ye.

Pejam celik pejam celik minggu depan saja detik kita berjuang atas kertas putih. Untuk yang masih lagi tak tahu, tanggal 7 September merupakan tanggal perjuangan saudara saudari kelahiran 1994 yang study di area Perak untuk melampiaskan segala usaha dan keringat sebelum menghadapi Peperiksaan SPM sebenar. Apa? Tak sempat nak raya puas-puas tahun ni? Rilek bro. Rilek. Maybe ada segelintir rakyat 1994 akan fikir macam tu sedangkan pada hakikatnya lepas SPM kita akan cuti kira-kira sampai bulan 8. Kalau kita calculate berapa hari, berapa jam yang kita akan cuti, mungkin sekali kita tak akan ada aura malas-malas macam ni. Kenapa? Sebab masa cuti akan datang tu dah terlebih cukup untuk kita spend dan buang macam apa yang kita buat sekarang.

Aku ada seorang kawan. Dia sangat hardworking. Dan terus terang aku cakap dia tak fake untuk saja-saja buat hardworking depan kawan-kawan. True, aku seorang observer. Dia akan stay back dekat sekolah sampai pukul 5 lepas tamat waktu sekolah. Dia akan peruntukkan waktu solat sebelum sambung study sampai pukul 5. And malam pulak dia akan buat homework atau sambung study chapter yang dia tengah baca sampai habis. Pada esoknya, dia akan cerita dekat aku facts yang dia baca malam semalam untuk tajamkan lagi fikiran dia. Usaha gigih dia serious aku sangat kagum sebab kadang-kadang aku akan rasa macam aku loser. Loser in words bila apa yang dia try to explain aku tak faham sebab aku tak pernah baca topic tu. Dan masa tu, baru aku faham itu adalah salah aku sebab aku tak pernah nak rajin macam dia. Aku pernah tanya kenapa dia terlalu rajin macam ni, kenapa dia nampak semangat gila macam baru lepas kena inject vaccine semangat, kenapa semangat dia tak pernah hilang. And dia jawab. "Aku berjuang untuk mak bapak aku. Aku taknak mak bapak aku tengok aku kalah".

Dan malam ni, aku tanya pada diri aku sekali lagi. Aku dah cukup preparation kah untuk nak berjuang demi mak bapak aku minggu depan? Wallahualam. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya untuk aku, kau, kau dan kita semua. Amin.






Share |

Monday, August 29, 2011

pencarian.

setakat ini, skuad 1994's hanya ada tiga orang penulis. dan kami masih mencari penulis-penulis yang mempunyai mutu penulisan yang tip top.

jika anda berminat, beberapa kriteria telahpun kami tetapkan :

1. mampu menulis dengan tidak menggunakan bahasa sms atau shortform yang melampau.
2. tahu perkembangan semasa.
3. boleh memberikan komitmen.
4. yang paling penting, lahir pada tahun 1994.

Bonus : mampu design layout blog yang kreatif dan mantap.

jika anda mempunyai ciri-ciri yang disebut seperti di atas, tunggu apa lagi. hantarkan resume, link blog dan email anda ke email sementara kami, theoryipb@gmail.com

kerjasama anda amat kami hargai.

p/s : resume tu lebih kurang komen anda sedikit misalnya, "Saya nak sangat sertai 1994's. xoxo"




Share |

Sunday, August 28, 2011

Siapa Kami?

Blog





Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...