Friday, September 30, 2011

Wahai anak Adam!

Berfirman Allah Taala yang bermaksud :


" Barang siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan berdukacita terhadap dunia, tidak akan bertambah hampir ia kepada Allah melainkan bertambah jauh. Tidak akan bertambah di dunia melainkan keletihan. Tidak akan bertambah di akhirat melainkan kepayahan. Allah akan mencampakkan rasa dukacita yang berterusan, kesibukan yang tidak ada kerehatan, kefakiran yang tidak memperoleh kekayaan dan angan-angan yang memanjang ke dalam hatinya.


Wahai anak Adam, setiap hari umurmu berkurangan, sedangkan engkau tidak menyedarinya. Setiap hari Aku memberi rezeki kepadamu tetapi engkau lupa untuk memuji-Ku. Tidak memadai bagimu terhadap apa-apa yang sedikit. Tidak pula engkau merasa puas terhadap apa yang banyak.


Wahai anak Adam, tidak ketinggalan suatu hari pun melainkan datang daripada-Ku rezeki untukmu, tetapi pada malam harinya Aku didatangi oleh malaikat mempersembahkan amalan kejahatan daripadamu. Kamu memakan rezeki-Ku kemudian kamu membalasinya dengan melakukan kederhakaan terhadap-Ku.


Kamu memohon daripada-Ku lalu Aku memperkenankan permohonanmu itu. Kebaikan daripada-Ku, sentiasa mengalir kepadamu dan kejahatan daripadamu sampai kepada-Ku. Sesungguhnya Aku adalah sebaik-baik Tuan kepadamu dan engkau adalah sejahat-jahat hamba kepada-Ku.


Engkau menanggalkan daripada-Ku apa-apa yang Aku berikan kepadamu. Aku tutupkan kejahatan demi kejahatanmu. Aku malu terhadapmu tetapi engkau tidak merasai malu dengan-Ku. Engkau melupai-Ku dan mengingat selain daripada-Ku. Engkau merasa takut kepada manusia tetapi merasa aman terhadap-Ku. Engkau merasa gentar dengan marah manusia tetapi engkau merasa aman terhadap kemurkaan-Ku."

(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al Ghazali : al- Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah)


Mohon buka mata. Semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Renunglah segala apa yang telah kita buat. Masing-masing tau apa yang perlu dan tak perlu untuk diri sendiri. May Allah bless.







Share |

Teachers.

Assalamualaikum,


Whether you like it or not, you'll have to admit the truth.


Without them, we wouldn't be here.
Without them, we wouldn't be the person we are now.
Without them, we wouldn't be a Somebody in this world.
Without them, we wouldn't know all the things we know today.
Without them, there wouldn't be any doctors or lawyers or accountants or engineers in the world.


Admit it. Without teachers, we are nothing.


Is it that hard to show them some respect?
Is it that hard to listen and pay attention in class?
Is it that hard to give your gratitude to your teachers?
Is it that hard to lend a hand to them?




Tunjukkanlah sedikit, kalau tak banyak, rasa hormat kita kepada guru-guru. Mahu taknya dia tak menghalalkan ilmu yang diajar, habis SPM nanti. Renung-renungkan.




Share |

Sunday, September 25, 2011

everyone have the same chances

I just wanna share this. Somehow, masing-masing ada interpretion sendiri. And how it goes sumer. So, enjoy for a while with this. Hopefully, all of us will gain something from this :D




The best motivator is actually we, our own selves. Anyway, Good Luck for your future, peeps!






Share |

Saturday, September 24, 2011

Penyesalan.

Assalamualaikum,

Tatkala entri ini ditaip, hati si penulis sedang dan masih memikirkan keputusannya untuk berpindah dari sekolah lamanya. Walaupun sudah hampir dua tahun si penulis ini berpindah, namun hatinya masih tidak boleh melepaskan memori dan kenangan di sekolah lama. Hatinya masih enggan menerima sekolah baru walaupun sekolah tersebut, dalam caranya sendiri, merupakan sekolah yang ternyata lebih baik daripada sekolah lamanya. Fikirannya masih mencari alasan yang kukuh mengapa ibunya memindahkannya ke sekolah baru walaupun sudah acapkali dia mengatakan bahawa dia tidak mahu berpindah.

Menyesalkah dia kerana meninggalkan sekolah lama? Menyesalkah dia kerana melepaskan peluang keemasan yang datang bergolek di kakinya? Menyesalkah dia kerana meninggalkan rakan-rakan yang disayangi dan guru-guru yang dikasihi? Menyesalkah dia kerana meninggalkan peluang untuk menjadi antara pelajar cemerlang sekolahnya dalam SPM nanti?

Berapa ramai pelajar lepasan UPSR berebut-rebut untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) selepas menerima keputusan UPSR. Berapa ramai pelajar yang menghantar permohonan ke SBP dan MRSM. Pernah sekali, semasa si penulis ini berada di Tingkatan 3 di sekolah lamanya, permohonan yang diterima untuk kemasukan pelajar Tingkatan 1 sesi 2010 melebihi seribu, meskipun tempat yang ditawarkan hanyalah sebanyak 170 orang sahaja.

Kenapa si penulis ini sanggup melepaskan peluangnya dan berpindah ke sekolah swasta? Bukankah pelajar SBP itu dianggap sebagai pelajar yang beruntung *bak kata orang lain*? Lagi-lagi kalau seseorang itu, seperti si penulis ini, merupakan pelajar di SBP yang dikira sebagai 'top school' Malaysia, macam STF, SSP, TKC, MCKK, STAR, SASER, dan yang seangkatan dengannya.

Takdir.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." [2:216]

Ya. Mungkin si penulis ini bodoh kerana melepaskan sahaja peluangnya di sekolah lama. Masa depannya di sekolah lama sudah terjamin cerah. Si penulis mempunyai peluang yang tinggi untuk menjadi pemain bola keranjang sekolahnya dan mewakili sekolahnya dalam Hari Kecemerlangan SBP. Si penulis mempunyai harapan untuk menjadi salah seorang pengawas sekolah. Si penulis... Ah, there's no need to write about what could have happened.


Sampai sekarang, ramai yang masih tidak memahami kenapa si penulis ini berpindah meninggalkan SBP tersebut. Sehingga kini, si penulis masih diasak dengan soalan demi soalan yang acapkali menyebabkannya mahu menangis. Ya, si penulis ini kelihatan tersenyum ceria, tetapi derita di hati, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Peritnya perpisahan itu disimpan di hati, kesedihan dan kepahitan hidup diselindungkan dengan gelak tawa, semata-mata untuk menggembirakan hati ibu bapa yang begitu mengharapkan kejayaan daripadanya.

Setiap kali ada yang bertanya kepadanya, 'Kenapa kau pindah sekolah?', si penulis hanya mampu tersenyum sambil menjawab, 'Hanya Allah yang Tahu.' Dan sekiranya mereka bertanya lagi, 'Kau tak menyesal ke tinggalkan SSP?', si penulis hanya akan mendiamkan dirinya.

Si penulis tidak menyesal, tidak sama sekali, cuma hatinya terkilan kerana sehingga kini dia masih tidak dapat menyesuaikan diri di sekolah baru. Baginya, dunia ini terlalu pendek untuk sebarang penyesalan. (:




Share |

Sunday, September 18, 2011

this is our last year at school

this is our last year at school. surely, ada yang menangis and happy segala after habis je spm sebab tamatlah hikayatnya sebagai seorang pelajar sekolah. sedih gila if we think deeply about it. kita akan terpisah dengan kawan kawan kita, tak borak dengan diorang hari hari setiap masa setiap saat like we all did throughout this ten years.

ingat lagi tak tahun 2001 kita masuk sekolah macam mana? darjah satu, ada yang menangis, ada yang happy sangat sampai takmau balik rumah pun ado. yang happy sangat tu, i bet mesti menangis bila habis sekolah nanti. kita ni, tahu 2099-1764 sebab sekolah, eja buaian sebab sekolah, tahu plural singular sebab sekolah, kita tahu ayat lazim sebab sekolah, kita dapat segala ilmu sebab sekolah. semua sebab sekolah. kalau takde sekolah, papaya dengan betik pun dia kata buah lain lain. even kan, kita berblogging pun sebab sekolah. betul lah. kalau kita tak tahu nak mengarang, tell me how the heck to make an entry in blog? copy paste je? haha itu budak yang dikategorikan sebagai budak yang tak belajar apa itu etika di sekolah.

aku pun tak tahu ada juga dikalangan kita yang tak nak belajar sepanjang 10 tahun ni, besides dia punya displin pun fullamak punyalah teruk tip top! paling worse, melawan cikgu. itulah dosa yang paling besar kalau kita buat kat sekolah. kat sekolah aku, ada murid yang menyampah gila kat cikgu aku sorang ni. kalau budak budak yang tak berdisplin ni nampak dia, diorang mesti dengan kurang ajarnya panggil nama cikgu tu je. contohnya "alamak halim dah datang". kurang ajar kan. sampai cikgu tu bagi speech kat perhimpunan, dia kata dia tak nak maafkan siapa buat benda tersebut sampai hari akhirat. dia kata lagi, even kalau kat akhirat budak tu minta maaf, dia takkan maafkan. see, sampai macam tu sekali. kalau cikgu kata macam tu, kira cikgu benci sangat kat budak tu. more and more worse, ada yang buat perkara macam tu budak form 5. macam mana dia nak hadapi spm kalau ada cikgu yang benci and meluat kat dia? memang takde berkat laah. kenapalah kena kurang ajar dengan cikgu? dapat sijil penghargaan ke jadi kurang ajar? boleh berjaya dengan cemerlang gemilang terbilang sampai boleh jadi arkitek ke? omg omg memang otak letak kat bawah tapak kaki. life is like a wheel, kalau dia buat macam ni kat orang tua, nanti bila dia tua, orang muda akan buat balik sebijik macam dia buat dulu. 

as a student we have to appreciate the school as the school lead us to become a knowledgeable mankind. kalau kita jadi student yang normal kat sekolah, obey the rule, respect the teachers, join all the activity held, surely kita akan rasa nikmatnya bersekolah and our ten years in school are not in vain. so we have few months to go for school, gegarkan sekolah bukan dengan keburukan but kebaikan. be the coolest senior for the junior sebab i bet, diorang akan appreciate kita and ingat kita sampai bila bila like "weh seniors form 5 2011 are the coolest kan. the best senior ever!" and be the coolest student for the school and the teachers. they will ber-quote  "form 5 2011 ni saya suka sebab semua cool"  isn't that coolio? berapa banyak cool ni, haha, eh sukati i la.

so that's all la kot. so sorrayy tak dapat nak teruskan sebab tiba tiba sebak pula hati ni. wuhuu T.T plus, no idea. hihi. kbai!





Share |

Saturday, September 17, 2011

tipikal.

ok, hari ini saya tak mahu cerita benda yang berbelit-belit menyukarkan kalian untuk faham tentang apa isi sebenar yang nak saya sampaikan.

tipikal. benda yang paling selalu kita dengar dan kita buat.

+++

"banyak gila homwek cikgu bagi. komfem aku tak boleh siap ni"

"weh, aku rasa benda ni susah la. aku rasa aku tak mampu buat"

"aku dengar abang-abang senior cakap biology susah. haishhhh"

"kalau nak sambung medik lepas spm karang, memang tak ahh!"\

+++

pasti kalian pernah mengungkapkan ungkapan-ungkapan tersebut kan? tidak pun kalian pernah mendengarnya sendiri dari mulut kawan-kawan kalian. ya memang benar semua orang akan berfikiran begitu sebelum mereka lakukan sendiri tugasan atau situasi yang mereka tak pernah tempuhi pun sebelum ini.

ya, saya akui. saya juga begitu.

jika dulu, saya fikir kelas sains-tulen adalah kelas yang amat susah untuk dibawa sehinggakan perkara tersebut membuatkan saya rasa seperti hendak menukar kelas semasa di awal-awal tahun 2010 yang lepas. saya juga rasakan saya tidak mampu membawa subjek-subjek di dalam aliran tersebut serta peratus kebarangkalian untuk saya lulus SPM adalah sangat tipis .

tapi saya SILAP.

apabila saya sendiri menempuhnya selepas itu, barulah saya tahu ia tidak sesukar yang saya sangkakan. kata peribahasa, alah bisa tegal biasa. kini, ia sudah menjadi darah daging saya dan sudah bersatu dengan jiwa saya dan memang fuhhh mind-setting saya terus berubah selepas itu. dan saya langsung tak ingat fasal kesusahan yang saya setkan sebelum saya menjejak masuk ke dalam kelas sains tulen ini. alhamdulillah. tuhan itu maha mengetahui apa yang terbaik buat kita.

so, you got why i mean?

konklusinya dekat sini, tak ada benda dalam dunia ini yang senang, bahkan nak buang air besar sendiri pun susah. janganlah kita sering menetapkan kesusahan dalam kotak fikiran kita sebelum kita tempuhi sendiri situasi-siatuasi yang kita langsung tak pernah tempuhi sebelum ini.

JUST THINK POSITIVE!







Share |

Tuesday, September 13, 2011

Aku Nak Jadi Perdana Menteri Malaysia!

Assalamualaikum(:
Mungkin ada yang terkejut dengan tajuk entri kali ini yang gempak semacam je. Relaks, relaks, bukannya apa, tajuk itu hanya sekadar penarik minat anda untuk terus membaca blog ini. Iyalah, kalau tajuk bosan, mesti tak ada orang nak baca, kan? Lagipun tajuk itu sebenarnya merupakan cita-cita seorang rakan aku, tetapi siapa si dia, hanya Allah sahaja yang tahu. (:
Ah, tak naklah masuk pertandingan tu, confirmlah aku kalah. Lagi-lagi si polan tu pun masuk juga, memang sahlah aku tak ada peluang nak menang. Buang masa aku je!
Pernah tak terlintas di fikiran anda, perkara seperti di atas? Tipulah kalau anda mengatakan bahawa anda tidak pernah berasa sebegitu. Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita semua mempunyai perasaan takut untuk mencuba perkara baru yang, pada fikiran kita, sangat mustahil untuk direalisasikan.


Pagi tadi aku bawa majalah Solusi isu #35 pergi kelas. Sebabnya? Aku tak sempat menghabiskan lagi majalah tersebut kerana sibuk sangat dengan peperiksaan percubaan pada minggu lepas. Sekarang baru ada masa sikit nak luangkan untuk membaca majalah kegemaran aku ini.


Ada satu artikel yang menarik minat aku, iaitu sebuah artikel karya Umar Muhammad Noor bertajuk “Orang Besar, Semangat Besar”. Selepas membaca, terdetik di hati aku, ‘Aku patut share artikel ni dengan kawan-kawan aku.’ And that is exactly what I’m doing now.


Orang Besar vs Orang Kecil
Begin with the end in mind - Stephen Covey
Apa maksud Stephen Covey itu? It's simple. Sebelum kita melakukan sesuatu pekerjaan, bayangkan kejayaan ataupun hasil daripada pekerjaan itu. Visualize the success in front of your eyes. Perkara ini akan memberi kesan psikologi kepada kita, sekaligus menjadikan kita lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu. Orang 'besar' akan sentiasa berkata "Perkara ini boleh dilakukan!" manakala orang 'kecil' akan berkata "Perkara ini mustahil dilaksanakan!


Orang yang Bercita-cita Rendah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Kejarlah apa yang berguna untukmu, minta bantuan daripada Allah, dan jangan lemah. Apabila ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata 'Kalau begini, nescaya tidak akan begitu.' Akan tetapi, katakanlah, 'Ini takdir Allah.' Sesungguhnya 'kalau' akan membuka pintu syaitan." - Riwayat Muslim
Allah sangat suka kepada orang yang bersemangat tinggi, dan membenci orang yang lemah semangat. Mereka yang lemah semangat seringkali melepaskan peluang untuk mengecapi kejayaan begitu sahaja. Alasan mereka? "Ah, ini mustahil!" Akhirnya mereka akan sentiasa menghadapi kegagalan sepanjang hidup mereka kerana ketakutan mereka itu.


Untuk berjaya, kita tidak boleh takut menghadapi risiko dan kegagalan. Bukankah kegagalan itu jalan menuju kejayaan? Bukankah dugaan dan rintangan itu yang menjadikan kita lebih tabah dan kuat? Bukankah dengan melakukan sesuatu perkara yang baru, kita akan dapat meningkatkan potensi diri kita?
"Sesiapa yang menginginkan sesuatu yang besar, maka ia tidak boleh takut menghadapi risiko yang besar." - Muawiyah bin Abu Sufyan
Sekarang, sila ambil lima minit untuk muhasabah diri kita. Adakah kita tergolong dalam kalangan orang besar ataupun orang kecil? (: Renung-renungkan.




Share |

Monday, September 12, 2011

It All Comes Down To This.

Assalamualaikum(:

Before I write any further, let me give a brief introduction. My name's Syaza Nazura, and, like most of you, I'm 17. I don't usually blog in English, unless I'm writing about things that are involve with studying, and, of course, SPM.


Yep, we only have 62 days left before it's time for World War Three *as we call it* At the moment, some of us are battling the trial papers, while others *like me* are waiting anxiously for the results. I asked around a few people studying in Selangor and Perak, who are taking the states' trials, and their responses on the trials were, "Hancur weh!"

It is understandable how the trial examinations can be worse than the real SPM. One reason; trial examinations are normally harder than SPM, as it aims to shape you up and prepare us for the real exam. Yeah, sure it sucks, but hey, life is supposed to suck, right?


Just take a deep breath. Relax. Don't stress too much *like I did after my Bio paper* Stop being too hard on yourself and cool down. Just try your best. There's still time for improvement. Stop worrying too much. For once, try having faith in yourself. I know most of us are doubting our potentials, doubting the fact that we have intelligence. I assume that most of you know humans only use about 10% (or less) of their brains. That means there are a lot of potentials stored in us that we are not aware of. And it's time to explore ourselves, to know our true potentials, to surprise everyone (including ourselves) by acing those SPM.

I'm ending my entry this morning with a prayer that we can use in our daily life. Take care, and happy study! (: Wa'alaikumsalam.

“Bismillahirahmanirrahim… Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami fahaman para nabi, ingatan para rasul serta ilham para malaikat yang hampir denganMu ya Allah… Kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih… Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan prasangka, muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakan pengertian ilmu pada kami dan bukakanlah untuk kami pintu-pintu anugerah-Mu, wahai Zat yang Maha Penyayang… Ya Allah, kami mohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’ dan kehidupan orang-orang yang bahagia serta kemenangan menangani musuh… Ya Allah Ya Tuhan kami… Bukakanlah pintu hati kami, kuatkanlah semangat kami, tabahkanlah hati kami, lapangkanlah dada kami, serta tenangkanlah fikiran kami. Bantulah kami dalam segala urusan kami yang akan mendekatkan diri kami kepada-Mu ya Allah. Sesungguhnya tiada yang mudah kecuali yang Engkau permudahkan ya Allah… Amin ya Rabbal Alamin…





Share |

Sunday, September 11, 2011

pen.

kalau kita selalu terbaca karangan-karangan yang berjeniskan autobiografi atau lebih tepat lagi karangan yang menceritakan tentang sesuatu objek, ia pasti terdapat klimaks dan perleraiannya yang lebih kurang sama je

misalnya, begini.

Aku ialah sebatang pen. bla bla bla bla.

tiba-tiba aku dipinggirkan oleh tuan ku. bla bla bla.

aku kesepian. dan kini aku sudah tidak lagi digunakan oleh tuan ku.

ini lah cerita aku. bla bla bla bla.



so nampak? sama kan dia punya jalan cerita.

nak diajadikan konklusi di sini, sebelum hendak menjawab exam, pastikan perkakas dan peralatan untuk menjawab sudah pun kalian sediakan dengan serapi nya.

supaya kisah pen kalian yang tiba-tiba tak ada ink pada waktu peperiksaan, tidak menjadi satu kisah tragis seperti Kisah Aku Sebatang Pen.

sekian.




Share |

Thursday, September 8, 2011

Formula.

ok, terus terang saya cakap, formula ni lah yang membantu saya menjawab soalan essay, section B : ContinousWriting.

[kelik]

insyaallah. ia dapat membantu kalian.




Share |

Tuesday, September 6, 2011

bertenang



Esok trial?

Rasa serabut?

Still bukak blog ni? 

Ada tak rasa macam nak debush debush diri sebab degil nak bukak jugak blog despite knowing that esok nak menghadap paper BM yang super mencabar tu?


Kalau ada, aku selaku Orang Kaya Setia Pahlawan Semantan eh eh tu Dato' Bahaman, hehe. Tak tak. aku selaku seorang yang kiut lagi comel lagi bijak lagi blabla (ignore woi ignore) pun nak berkongsi rasa yang sama. Ye kita semua tau esok adalah saat berlayar, kata cikgu aku. Pelayaran kita yang penuh dugaan tapi kita dah diberi kompas untuk tau arah tuju kita, kita dah diberi map untuk tau destinasi kita, kita dah diberi makanan untuk sustain life kita on the way kita nak sampai ke destinasi kita, tapi apa yang kita tak ada?

Kita mungkin masih tak ada keyakinan. Kita mungkin masih tak tenang. Kita mungkin masih takut-takut tak cukup preparation and such. Jangan kata la. Semua candidate will rasa macam tu. Sekarang cuma ada one way ja kita boleh buat untuk survive. 

Tenang.

Kalau kita tenang nak menghadap paper-paper semua esok, insyaAllah senang kita nak keluarkan idea kita yang melimpah ruah yang selama ni kita sumbat dalam kepala. Cuma tenang. Tu ja kita boleh pesan kat diri kita.

Macam tu jugak aku pesan kat diri sendiri. Diri aku gelabah nak amik exam esok. Asal? Sebab sekarang aku demam, sakit tekak, batuk and selesema. Tapi beransur sembuh. Alhamdulillah la kan. Pagi tadi aku nanges sebab aku risau gila aku tak boleh jawab esok sebab fikir sakit kepala kian teruk. Memang aku tak pernah risau sampai nanges nanges la before ni. Tapi bila jadi camni sumpah risau gila. Kawan-kawan, jaga kesihatan. Kawan-kawan, jaga hubungan. Kawan-kawan, prepare cukup-cukup. Insyaallah Allah tolong.

Till then, good luck semua. And jangan pressure diri. Dan tolong psiko diri soalan just macam selalu kita jawab. Lek lek. Jangan gelabah =D







Share |

Monday, September 5, 2011

marilah kita berkongsi.

sudahkah kalian bersedia untuk menghadapinya?

menghadapi apa?

SPM, SPM, SPM! *sambil berdiri dan melaungkannya dengan rasa penuh berdebar.

pastinya sudah kan.

kalau begitu baguslah.

ok, apa yang saya ingin pintakan di sini cumalah tips, spot atau lebih sesuai lagi kita gelar soalan-soalan yang ditarget oleh guru-guru kalian untuk subjek-subjek SPM 2011.

mungkin jika kita lihat pada subjek sejarah, ramai yang membuat prediction terhadap bab-bab yang belum lagi keluar pada tahun-tahun lepas. begitu jugalah prediksi yang dibuat oleh guru sejarah saya. hah, power kan?

tapi mungkin juga ada yang tidak bersetuju dengan target-target yang diutarakan ini.

ada yang kata, "baca semua lah, nak target buat apa? kalau tak keluar?"

dan ada yang kata, "baca yang cikgu target sudahlah."

bagi aku, ada beberapa subjek yang kita boleh target, dan ada yang tidak.

jadi, tak salah kalau kalian semua berkongsi tentang target sekolah kalian untuk apa-apa subjek atau sharekan sahaja link download dan rujukan tentang soalan-soalan yang ditarget keluar tahun ini.

mudah, hanya menyatakannya di ruangan komen di bawah.

sekian, terima kasih. jazakallah.


p/s : inilah gunanya jika ada blog komuniti sumpama ini. moga niat murni kami ini terus di sokong oleh kalian yang digelar SPM Candidates for 2011. ajak lah kawan-kawan yang lain untuk mengikuti laman blog ini.




Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...