Wednesday, November 30, 2011

"Aku dah habis, sila jeles dengan aku ok!"

kata Kumaraguru, sambil senyum sinis terhadap aku dan rakan-rakan yang lain.



Ni yang kenapa Lembaga tak susun jadual betul-betul ni? Buat lah akaun aku malam ni, aku sanggup.

Kah kah kah.




Share |

Sunday, November 27, 2011

Semangat.

Assalamualaikum.
Entri ini khas buat mereka yang kehilangan
Kehilangan semangat untuk terus maju ke hadapan.
Kehilangan mood untuk belajar.
Kehilangan keyakinan untuk berjaya. 

Daripada Imam Hasan Al-Banna.
Jika mereka bertanya kepadamu tentang semangat, jawablah...

Bahawa bara itu masih tersemat dalam dadamu! 
Bahawa api itu masih bersemayam dalam dirimu! 
Bahawa matahari itu masih terbit dari hatimu! 
Bahawa letupan itu siap meledak dalam duniamu! 

Katakan itu pada mereka, orang-orang yang ragu akan kemampuan dirimu, kerana mimpimu saat ini adalah kenyataan untuk esok!

yosh! chaiyok chaiyok!





Share |

Hijrah : A New Chapter.

Assalamualaikum,

Firstly, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada semua pembaca yang beragama Islam, tidak kira di mana anda berada. Tahun baru ni, 1433H, kita mulakan dengan azam yang baru, niat yang baru, untuk menjadi lebih baik daripada tahun yang sebelumnya, 1432H.

Marilah kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik dan lebih diredhai oleh-Nya, insyaAllah. Kita mulakan dengan perkara yang simple-simple dulu. Tak perlu tanam azam nak tolong saudara kita di Palestine / Gaza dan sebagainya sekiranya diri kita sendiri tidak terjaga.

Bagi yang suka memakai skirt / seluar pendek, kita panjangkan
Bagi yang tidak menutup aurat, kita tutupkan
Bagi yang memakai tudung pendek, kita labuhkan
Bagi yang memakai baju sendat, kita longgarkan
Bagi yang tidak menunaikan solat lima waktu sehari semalam, kita penuhkan.
Bagi yang suka membazir masa, kita kurangkan.
Bagi yang suka mencarut, kita hentikan.
Bagi yang suka mengutuk dan mengata orang, kita gantikan dengan pujian dan selawat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagi yang suka membaca tabloid / majalah artis / komik, kita tukar kepada al-Quran.
Bagi yang suka meluangkan masa depan kaca TV menonton cerita-cerita yang tidak bermanfaat, kita tukar saluran menonton TV Al-Hijrah.
Bagi yang suka pergi kelab-kelab malam, kita tukar kepada menziarahi masjid dan surau.

Moga Allah memberkati usaha yang kita lakukan untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Lupakan sengketa lama. Tutup buku lama. Buka buku baru. Lembaran yang baru. Hidup yang baru. InsyaAllah. Moga segala-galanya dipermudahkan oleh-Nya. Jannah awaits us, insyaAllah.(:




Share |

Thursday, November 17, 2011

Laporan Hari Keempat - S.P.M 2011

Solve this :

9x - 7i > 3(3x - 7u)





heh.





Share |

Wednesday, November 16, 2011

Laporan Hari Ketiga - S.P.M 2011

Sebagai seorang warganegara yang cintakan tanah air, nyatakan sumbangan anda sepanjang 17 tahun anda hidup di tanah air ini. Mohor fikir menggunakan akal dan KBKK yang padu dan abadi.

Huraikan dan beri alasan anda mengapa anda begitu baik dengan negara.

                                                                                                                                  [ 100 Markah ]



+++

ini baru 'history' nama dia!





Share |

Tuesday, November 15, 2011

Laporan Hari Kedua - S.P.M 2011



Peace !

hik hik





Share |

Monday, November 14, 2011

Laporan Hari Pertama - S.P.M 2011

cepumas.




Share |

Sunday, November 13, 2011

This Is It!

Assalamualaikum (:

Semoga Berjaya!
Selamat Maju Jaya!
All The Best!
Good Luck!
Bonne chance!
Viel Gl├╝ck!
Alles Gute!
Bona fortuna!
Guid Luck!
Break A Leg!

Straight A+'s, insyaAllah.

Jumpa korang lepas SPM nanti, bye :D





Share |

Thursday, November 10, 2011

puisi : Berdebor

tinggal genap 3 hari,
untuk kau, kau, kau dan aku,
melawan nafsu serakah,
demi menewaskan kontradiksi,
dan memperkasa segala efet.

waktunya bakal tiba,
penentu masa depan kita,
arakian cerah atau gelap,
inilah titik dan tolaknya,
inilah hujung dan ekornya.

semoga tenang,
dan buat betul-betul ya.

ol de bes.

-aljambz-





Share |

Wednesday, November 9, 2011

Hala Tuju Anda Selepas SPM.

Assalamualaikum, (:

 Okay, kali ini, aku nak menyimpan jauh sikit dari apa yang menjadi misi kita. Kita tolak SPM ke tepi ( sekejap je! Lepas ni kita tarik balik SPM jadi matlamat utama ya rakanrakan ) SPM akan bermula dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Maknanya, kurang daripada sebulan, kita akan 'merdeka' dalam erti kata tiada lagi peperiksaan buat beberapa masa.


Siapa di antara kita yang sudah memikirkan tentang hala tujuan kita selepas tamat menduduki SPM nanti? Mungkin ada di antara kita yang akan memasuki kolej matrikulasi. Mungkin ada yang akan pergi mengambil foundation ataupun asasi. Mungkin ada yang akan meneruskan dengan Tingkatan 6 dan mengambil STPM. Ada juga yang berkemungkinan menyambung pelajaran ke luar negara atas tajaan-tajaan tertentu. Tidak kurang juga yang memilih untuk mengambil pra-universiti seperti A-Levels, ADP (American Degree Programme), AUSMAT (Australian Matriculation), SAM (South Australian Matriculation) ataupun IB (International Baccalaureate).


Pilih Yang Terbaik Untuk Diri Anda.

Kalau anda rasa anda seorang yang tidak boleh mendisiplinkan diri dan belajar tanpa bimbingan atau arahan guru/warden/ibu bapa, mungkin anda akan susah sekiranya anda menyambung pelajaran ke luar negara. Sekiranya anda rasa diri anda lemah dan perlahan dalam memahami pelajaran, anda mungkin tidak sesuai untuk mengambil pra-universiti seperti A-Levels dan yang lain ( kerana pra-u kebanyakannya memerlukan pemahaman yang tinggi )

Apa-apa pun pilihan anda, pastikan anda berbincang dengan ibu bapa, guru, kaunselor, senior-senior dan rakan-rakan anda. Pastikan anda memilih jalan yang terbaik untuk diri anda. Kenali diri anda, kenali cara pembelajaran anda, kenali personaliti diri anda sendiri. Dan, jangan lupa, perbanyakkan solat hajat dan berdoa kepada Allah agar Dia mempermudahkan segala urusan anda, insyaAllah. (:

Satu link untuk panduan anda : http://doctorjob.com.my/

Baiklah, aku mahu tidur dahulu. Mata sudah sakit. Mengantuk. Esok petang ada lawan hoki pula, aduhai. Selamat malam rakan-rakan, Assalamualaikum! (:




Share |

Atasi Ketagihan Internet Anda. (:

Assalamualaikum (:

Anda masih di sini walaupun SPM akan bermula dalam masa 4 hari sahaja lagi? Perlukan satu jalan penyelesaian untuk mengakhirkan ketagihan anda pada Facebook, Blogger, Twitter dan macam-macam lagi? Tidak perlu deactivate akaun Facebook anda, tidak perlu menukar kata laluan Twitter dan Blogger anda. Perkara ini hanya mengambil masa dua saat sahaja, mudah, kan? Hanya ikut apa yang ditulis dalam gambar ini, dan masalah anda akan selesai (:

*WARNING : Apa-apa yang terjadi adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan*

Okay, sudah, sudah. Tutup laptop, pergi buka buku! Belajar belajar! (: Assalamualaikum!




Share |

Tuesday, November 8, 2011

Release Stress Sebentar.

Assalamualaikum:)
Disebabkan ramai orang yang aku rasa mungkin tengah stress ataupun cuak sebab SPM akan bermula dalam masa 5 hari sahaja lagi, meh, aku nak kongsi sesuatu untuk korang melepaskan stress yang menggunung tu. Buka ni : Youtube - Justin Bieber Parody HEEEEEEE :D Make sure korang tengok video tu dari awal sampai akhir, okay? Dan bersedia untuk gelak macam orang gila. :D


Okay okay, kalau dah puas gelak macam aku, sila tutup browser, tutup internet, dan kembali menghadap buku-buku anda. Jangan jadi macam sy, nak SPM pun masih nak lawan hockey Khamis & Jumaat ni. Hehs. Okayy, selamat belajar rakan-rakan! Assalamualaikum (:




Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...