Thursday, January 26, 2012

Apa seronoknya bekerja?

Ramai di antara kita yang sudah menyelamkan diri dalam lautan pekerjaan, baik diri sendiri mahupun rakan-rakan yang lain. Pelatih-pelatih khidmat negara macam aku dan 20 peratus daripada belia negara (18-35) mungkin tidak. Kami kini sibuk berkhidmat untuk negara. Tak ada masa berkhidmat untuk Petronas, kedai henpon Ah Ah, pasaraya Econsave dan sebagainya. Kah kah.

Tiada muka aku di sini.


Mesti ada yang dah mula buka buku "Bagaimana Mahu Menjadi Pekerja Yang Baik?" atau buku "Keeping Good Employees On Board", Ya lah Perasaan teruja mula-mula menceburkan diri dalam alam pekerjaan biasa memang macam tu. Hatta, dalam apa jua perkara yang kita first time buat pun, kita akan jadi teruja tak semena macam tu.

Macam aku dekat PLKN sendiri, aku teruja jugak dengan suasana baru yang dihidangkan. Tapi tak adalah sampai nak cari buku "Bagaimana Mahu Menjadi Pelatih PLKN Yang Baik?" . Itu terlebih power dia punya semangat. Berdebor pulak Hadi Awang karang.

Bekerja ni bukannya mudah. Kita hidup dalam satu dunia yang lain. Sama ada dunia tu jatuh ke pro atau jatuh ke kontra bergantung kepada minat kita sendiri terhadap kerjaya yang kita pilih. Tak kisahlah kalau kita sendiri minat jual kain, tapi dah namanya minat, umur pencen 60 pun kalau-kalau boleh kita nak apply ye dak?

Ada jugak kawan aku yang jenis tak tahan kena maki. Dia kerja dekat kedai souvenir, salah barang sikit kena maki, salah letak kuantiti pun kena maki. Yang maki tu pulak boss cina, jenis tak kasik can langsung dekat budok-budok melayu ni. Aku kabor la ke dia, hidup ni kena kuat, ambil benda ni sebagai satu cabaran untuk kita jadi lebih matang. Kah kah, sudohnya berhenti kerja jugak dia. Ahh baru aku tahu motivasi aku ni langsung tak ada tempat di hati dia. Siud betei.

Bagi yang tak ada buat apa , duduk dekat rumah mengadap KDrama, makan megi siang malam, pekena fesbuk sampai ke pagi, aku ucapkan tahniah. Percayalah, anda bukannya jenis yang malas nak pergi kerja, tetapi anda lebih cenderung untuk merilekkan otak selepas hampir 11 tahun berhempas pulas menagih ilmu di sekolah. Jadi, relevanlah kalau anda pilih untuk berehat di rumah sahaja.

Yang bekerja tu mungkin nak ambil pengalaman lebih sikit, atau ada impian lain. Nak beli telefon pintar atau nak kumpul duit melancong ke Koriya misalnya.

Kah kah kah, apa pun pilihan kita ketika ini, yakinlah! Itu adalah pilihan terbaik kita tanpa kita sedari. Semoga maju jaya kepada semua! Dan yang penting, Majulah 1994's untuk negara!!!

p/s : Doakan aku tenang berkawad di tengah-tengah terik mentari! Adios.

Ingat tu wira dan wirawati?

ONE FOR ALL!!!





Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...