Friday, January 27, 2012

Di Sebalik Kesusahan

Assalamualaikum,

Just nak share satu cerita dengan korang semua, moga-moga ia dapat membantu kita untuk sentiasa bersyukur di atas segala yang berlaku. :)

************

Menolak Tuah - Solusi Isu 40, m/s 120

Sebaik selesai majlis konvokesyen, Nizam dipanggil oleh ayahnya ke bilik bacaan. Nizam dapat mengagak sesuatu. Pasti ayahnya ingin memberikan kunci kereta sebagaimana yang dijanjikan.

Tambahan pula, ayahnya seorang jutawan terkemuka yang mampu membeli apa-apa jua yang dihajatinya. Hatinya berbunga-bunga.

"Tahniah, anak ayah sudah mendapat segulung ijazah," kata ayahnya sambil menghulurkan senaskah al-Quran.
"Al-Quran? Bukankah ayah sudah berjanji akan hadiahkan Nizam kereta sport? Kalau setakat al-Quran, di bilik Nizam pun sudah ada," bantahnya.

Kecewa dengan sikap ayahnya, Nizam mengambil keputusan keluar dari rumah, membawa haluan sendiri.

Lima tahun berlalu. Nizam sudah mempunyai kerjaya yang stabil, isteri rupawan, seorang anak yang comel dan rumah kediaman mewah.

Suatu hari, Nizam dihubungi oleh seorang peguam. Rupa-rupanya ayahnya barusahaja meninggal dunia dan semua harta telah ditukar milik kepada anak tunggalnya itu. Nizam kini mewarisi semua aset kekayaan ayahnya.

Rasa bersalah menjengah hatinya. Nizam mengambil keputusan untuk pulang. Sampai sahaja di vila ayahnya, Nizam terus menuju ke bilik bacaan di mana tempat terakhir dia bersama Allahyarham.


Al-Quraan yang dihadiahkan oleh si ayah dahulu masih berada di atas meja. Nizam semakin sebak dan sayu. Dibeleknya al-Quran itu.

Tiba-tiba ada sesuatu terjatuh dari celah lembaran al-Quran itu.

"Ya Allah!" Nizam terduduk. Digenggamnya erat kunci kereta sport hadiah ayahnya.

Pengajaran : Kita seringkali menolak rahmat dan keberkatan kerana ia tidak selalunya dipersembahkan dalam seindah-indah rupa. Benarlah, sesuatu yang manis itu kadangkala dibalut dengan kepahitan, sesuatu yang indah pula dibalut dengan kesusahan.

***********

Okay, sekarang ambil masa 5 minit untuk muhasabah diri anda. Diri anda macam diri si Nizam ke? Anda nak rasa apa yang Nizam rasa baru nak sedar? Hmmm. :)




Share |

3 Terbunuh:

Keretapi said... [Reply to comment]

macam tu la jugak persamaan ganjaran mengaji dan beribadat yang kita tak nampak. tengok al-quran macam tu je, takde perasaan sebab tak nampak betapa banyak pahala yang dapat walaupun baca satu ayat. kalau ganjaran tu zahir macam kunci kereta, mesti semua berebut-rebut baca, kan?

syaza nazura. said... [Reply to comment]

Itulah. Manusia sekarang kan ramai yang mengejar ganjaran keduniaan, itulah masalahnya(:

afifa anuar said... [Reply to comment]

Buat keputusan in rush sangat. Tengok. Nasi jadi bubur dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...