Tuesday, January 31, 2012

Kenangan Myspace Or Now - The Empty Place

Assalamualaikum. tau tak haritu aku bukak Myspace? hah hah, setelah bertahun ditinggalkan!


Kenapa aku tak delete mespes?

sebab mespes itu kenangan.

mespes itu zaman ketika dan tempat di mana budak-budak baru nak up. tempat aku kenal budak-budak sekolah aku, sekolah lain, senior, junior, tah sape-sape datang dari mana tah pun aku kenal. oh, waktu itu.

mespes tempat mengumpul kawan. tempat semua mesra alam semacam, "u chomeyl, hit me bckx!", main balas-balas comment, balas-balas top friend, oh kenangan.





dekat FB tak camni. betul tak? 

aku kat FB jarang tegur orang, kecuali kawan yang memang kawan. dulu orang tegur di mespes kira biasa, tapi sekarang orang tegur di FB mesti cam "apa kau nak hah" dalam hati.

mungkin sebab kat mespes ada privasi. biasanya orang hide comment. takdelah orang lain fikir eh kenapa dia comment orang tu? ada pape ke ni? eh dorang gossip pasal aku! kena stalk ni!


takdelah risau persepsi orang sekeliling... kecuali orang sekeliling kau macam aku dan kawan-kawan aku. spesis stalker. ambik no ID orang yang hide-hide ni, bukak kita punya dan ganti ID kita dengan ID orang tu. tadaaa! terbongkar segala resie. muahahaa!




kat FB semuanya terpampang kat wall, senang keje stalker. sebab itulah orang di FB tak berapa ramah agaknya. kalau tegur dekat wall, macam mesra sangat. nanti orang yang memerhati fikir lain. tegur dekat FB message, macam rapat sangat. nanti orang yang ditegur fikir lain.


aku lagi banyak sembang dekat FB message selain menyelit comment sikit-sikit. kat situlah keluar segala cerita segala rahsia. chat? lolol tak pernah online chat. sebab tu orang ingat aku tak online, padahal FBku terbuka setiap masa.

pada aku FB tempat menambah kenalan. bukan menambah kawan. er saya tak sombong, tapi segan.







Apa dah jadi kat mespes?

jadi lain. lain lah. lain camne? tengok sendiri.

satu perkara yang buat aku frust menonggeng rasa "whyyy? tidak akan aku mengekalkan mespes jika aku tahu akan jadi begini!" iaitu... semua comment dah hilang! apakah? ya, hilang!

kat situ ada kenangan dengan orang yang pernah dan masih rapat, kenangan yang memalukan dan memualkan dicoret oleh diri sendiri yang 5 tahun lebih muda, semua hilang!


tensyen gua.



Blogging as a 14-year-old


tapi ada yang tak hilang... iaitu blog! dulu zaman pra-Keretapi, aku blog sikit-sikit kat mespes. kat situlah minat berblogging timbul. sampai ada yang suruh aku buat akaun blogspot. tsk, tsk, terharu i.  dulu kat blog mespes orang baca dan komen, tapi sekarang....... dot dot.


aku nak kongsi penulisan aku masa form 2. ini entry terakhir kat mespes, sebelum aku mula ada ruang sendiri. mari lihat perbezaan dulu dan sekarang!



--------------------------------------------------------------

Something to talk about - 9.9.08


Dan stimulus sampai, otak pon berfikir and ke hujung jarilah nerve impulse pergi. Blah, blah, blah. This is a total nothing, so kalau taknak bace takyah susah2 ye.

Pasal : semua topic yg dapat difikirkan sekarang ni.












untuk membaca dengan lebih lanjut sila tekan sini.



har har bukan apa. nanti panjang sangat gamaknya. kang bosan kang salahkan aku pulak, penyebab utama 1994's ni letih naaa nak scroll sampai ke bawah. jadi jika berminat, sila ke blog aku


memang tempat untuk korang eksesais tebalkan otot jari telunjuk di situ.














Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...