Saturday, January 21, 2012

Puisi Khidmat Negara. (Lebih 100 Perkataan)

Aku langkah ke dalam ruang itu, semakin aku keliru di mana aku, betulkah? bermimpikah? Terkesima aku melihat perubahan drastik kronikel hidup aku.

Aku sudah sampai di sini, terima sahajalah, jika tidak mungkin aku sedang naik turun mahkamah, duit dihabiskan dari menarik diri keluar dari ruang ini, mak aboh pening kepala susah memikir.

Jadi, ini pilihan terbaik yang telah aku pilih. Pergi saja.

Siapa mereka? Aku hanya senyum kan saja. Takut berkenal dengan orang yang langsung aku tak tahu latarnya, baik atau buruk.

Keluarga, Mak aku. Mana mereka waktu ini? Entah apa yang mereka lakukan waktu itu.

Sebelum datang ke sini, aku teruja, dengar persepsi orang, katanya mula-mula datang ke sini sadis, tapi lama-kelamaan rasa ohsem itu perlahan-lahan muncul dalam diri. Aku percaya, aku yakin, aku akan ok di sini.

Letak beg, salam dengan rakan baru, duduk di birai katil, terkenang katil di rumah, terkenang mak aboh di rumah. Aku buangkan, bila lapar datang menjengah.

Waktu makan sampai, peh sedap di sini. Tiada yang kurang.

Solat, rehat. Masuk tidur, sebelum tidur aku lihat rakan-rakan baru aku bersembang sesama mereka. Aku cuba pejamkan mata, tetapi suara mereka satu persatu menerajang rasa mengantuk aku. Ini malam pertama aku di sini. Mereka sudah malam ketiga.

Risau mula datang, entah apa jadi sama aku ini malam.

Paginya, aku ok. Stedi. Dan rakan-rakan baru juga begitu.

Kenal rakan baru pakai spek mata. Baik orangnya, besar badannya, anak tunggal, manja.

Rutin diulang berhari-hari sehingga ke minggu ketiga aku di sini, aku seronok dengan perubahan ini. Banyak yang aku belajar disini. Pengalaman mendewasakan, kematangan menjadi benar, tiada yang nista.

Sekarang aku sedang cuti, seminggu diberi.

Tiba-tiba konspirasi rindu datang dan berkata bahawa aku ingin pulang ke sana. Ya, minggu depan, sabarlah rindu. Rumah tetap yang terbaik, Mak tetap yang terpower.

Beri aku peluang nikmati fesbuk bersama Nescafe Regular 3 in 1. Nanti kita kawad lagi.

*Jika baca dengan lenggok puisi, lagi sedap.





Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...