Saturday, January 7, 2012

Sambil Menunggu Keputusan Keluar

Assalamualaikum,
Sebagaimana yang anda boleh nampak, blog 1994's ni dah melalui proses pembaharuan pada minggu lepas. Jadi sekarang blog ni dah nampak lagi ceria, tak gitu? Heee. Tapi, sebagai salah seorang penulis blog 1994's ni, aku nak minta maaf awal-awal kalau ada masalah yang timbul akibat penukaran layout blog kami ini. Kalau ada apa-apa masalah, tak boleh buka ke, tak boleh nak komen ke apa ke, sila kemukakan pertanyaan / komplain anda ke page 1994's. InsyaAllah. Kami akan cuba perbaikinya. Maklumlah, aku ni mana pandai sangat coding-coding ni. Takat buat sikit-sikit boleh la :)

Okay, sekarang dah pun 7hb Januari, 2012. Harap tidak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru untuk semua pembaca blog 1994's ini. Moga tahun baru membawa seribu satu kenangan manis untuk kita semua. Dah masuk tahun baru ni, maknanya kita semakin dekat dengan detik itu. Detik keluarnya keputusan SPM kita.

Ohhh, tidakkkkkkkkkk. Itulah saat yang paling mendebarkan kerana hari itu yang akan menentukan masa hadapan kita. Kalau result okay, okay la jawabnya. Kalau result tak okay, adehhhh, parah tu. Susah nak sambung, takut tak lepas requirements je! Aku doakan semua orang berjaya dengan cemerlangnya, amiiinn!

Di sambil menunggu result SPM tu, kita nak buat apa ya? Kerja? Belajar? Berehat? Mereka yang terkena panggilan PLKN mungkin tiada masalah kerana mereka tidak dapat membazirkan masa 3 bulan ini. Tapi bagi kita yang tidak terpilih untuk ke PLKN, apakah aktiviti kita di rumah?

Mungkin ada dalam kalangan kita yang sedang mengambil lesen memandu. Mungkin ada dalam kalangan kita yang sedang bekerja sambilan di mana-mana kedai / tempat untuk mendapatkan wang tambahan sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran. Mungkin juga terdapat beberapa orang yang sudah pun menyambung pelajarannya tanpa menunggu keputusan SPM diumumkan *macam aku*

Apa-apa pun yang kita lakukan, pastikan ianya bermanfaat buat kita. Nak ambil lesen memandu? Boleh, anda sangat-sangat digalakkan untuk mengambilnya secepat mungkin. Nak masuk kelas memasak / komputer / fotografi? Dipersilakan, apa salahnya anda belajar sesuatu yang baru, kan? Nak masuk kolej awal? Laaaaaaaaaagi boleh! Tak ada lah anda membazir masa duduk depan laptop di rumah, ye dok? Lagipun belajar awal ni banyak manfaatnya, termasuklah menjimatkan masa ( macam aku, aku jimat setahun beb, setahun tau! XD )

So, jom share dengan kiteorang, apa yang korang semua buat sambil menunggu result keluar? Korang pergi melancong dengan kawan-kawan ke, belajar apa-apa ke, tolong mak ayah kat rumah ke, ce cite sikit dengan kiteorang:) Mana tahu, bila baca pengalaman korang, ada yang interested nak buat jugak, kan kan? :)

Entri kali ni macam haram sikit, sebab aku tengah rushing ni. Aku ada meeting dengan cikgu Form6 lepas ni, so aku tak boleh mengarut banyak-banyak. Apa-apa pun, korang jaga diri baik-baik, okay? I can't write often after this, so I trust the other writers to keep this blog alive and well-updated. I'll be back soon guys! Until next time, Assalamualaikum :)




Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...