Monday, January 23, 2012

Siapa Lagi Matang? Generasi Dulu Ke Sekarang?

kita sekarang cepat matang kan?

tapi matang sekarang lain dengan matang dulu.


Rasulullah SAW ternak kambing, siap berniaga masa 12 tahun. tak silap aku sebelum  baginda berbisnes dengan Khadijah, bapa saudara baginda yang encourage untuk kerja. kat sini ade terselit sikit kisah pasal nabi menangis mengenangkan nasibnya yg yatim piatu, dan tanggungjawab yg  kena pikul sengsorang.

sekarang, budak 12 tahun sibuk melayan cinta monyet. zaman mak pak kita sopanlah jugak suka-suki ni, tapi sekarang, advance okeh. bukan baling surat pantun pen merah pen biru you marah i love you, tapi lebih. couple bagai nak rak!






aku akui dulu aku pun terjebak sama. baru sekolah rendah jumpa bawah pokok lepas balik sekolah, tapi masih malu-malu lah. couple pun tak pernah. mungkin sebab awal mula, awal jugak berakhir minat aku untuk terjebak lagi. tapi minat mencari untuk sesuatu yang halal tu memang ada dalam hati, hihi.


budak sekolah menengah, hmph lagilah. ai kasi semua kat yu. pastu kaulah jugak yang susah payah beranak kat toilet sekolah. komitmen konon. lepas clash, nangis macam mati laki. dua bulan kemudian, back in relationship mode. apakah?

aku fahamlah cinta itu fitrah, aku pun manusia biasa jugak. semestinya bukan wakil golongan 'hollier-than-thou'. tapi itu semua common sense, kawan-kawan. perasaan, cinta, air mata, tidak boleh dikawal. tapi percakapan, perbuatan, nafsu, itu semua simpanlah untuk si dia yang halal.


itu dia satu lagi yang membezakan orang dulu dan sekarang. perkahwinan. usia, persediaan. orang dulu umur 17 pun rilek je dah jadi suri rumah, jadi ketua keluarga. pandai cari makan untuk anak bini. pandai sediakan makanan untuk laki. sekarang? soal jodoh tu memanglah Allah punya kuasa. tapi soal matang dan mampu untuk layak jadi milik dan pemilik seseorang tu memang tak khatam.

k pasni aku khatamkan ye, lek lu.





tengok mat saleh pulak. walaupun warrior dan emperror dorang zaman dulu memang kaki pompuan, at least dorang produktif lah jugak. er, produktif? maksud aku dari segi jasa untuk negaralah, heh.

Alexander The Great ke Caesar tah (kaji Wikipedia tapi dah lupa) yang mula takeover negara dia ke pergi ketuai perang masa 18 tahun tah. okay serious lupa!apakah tujuan aku baca kalau aku lupa kemudian? haisssssh!

budak sekarang makin dependent. duit mintak kat mak bapak. pastu kasi awek/balak. dah lepas umur tak reti nak cari kerja, rumah sendiri, berkepit bawah ketiak mak. ada beza between manja dan mengada tahu tak? mengada tu ambik kesempatan, tapi kalau manja tu, macam aku. so takpe. lalala.





zaman tok nenek kita, keagamaan dorang kita tak nampak melalui luaran, tapi dalaman. dulu pakai kain batik je tutup kepala. zaman 50-an, pakai baju kebaya. zaman 70-an, pakai  dress segala. tapi mereka ada latar belakang agama. mengaji khatam, ibadah fardu tak tinggal, jaga maruah.

sekarang? tudung itu trend. tudung itu terpaksa. atau sebab pakwe kata yu pakai tudung misteri lah, buat i curious hikhik. di sebalik tutup litup tu, ada yang perangai sama daring dengan yang dedah. peliknya, generasi kita ajaran agama paling lengkap, dari tadika ke sekolah menengah. tapi kenapa macamni? oh, umat akhir zaman rupanya. memang itu tanda dunia nak berakhir, biarlah kita jadi tanda itu, begitu?

different people have different levels to compromise. aku jugak ada level aku sendiri, aku buat apa yang orang lain mungkin tak buat, dan aku tertinggal apa yang orang lain patuh. tapi beragaklah. jangan jadikan alasan tak logik untuk pertahankan khilaf kita.





tok nenek kita dulu sangat jaga pergaulan. berselisih pun sekilas pandang je, masing-masing tundukkan muka, tersipu malu. kalau yang advance tu pun setakat pass surat macam Rosli Dhobi selit nota cinta dalam buku untuk mata airnya yang kerja kat kedai buku. siap beli lagi satu buku setiap kali dia datang sebab taknak orang syak. bukankah comel begitu?

generasi sekarang, wah. budak darjah 2 tiru babak seks dalam porn? mana kau dapat? mak pak kau tengok ke hah? taktau porn tu dosa? dah mak pak pulak kena. budak sekolah rendah buat lawak lucah dan cabul rakan sekelas itu perkara biasa? ya. budak 5 tahun, pernah ditangkap banyak kali 'pegang' ehhemnya, dan sekali nak masukkan ehhemnya ke dalam adik perempuannya punya ehhek.

APAKAH? terkejut? percayalah, aku nak menangis berguling dengar cerita tu.








itu baru sikit contoh perbezaan kematangan generasi terdahulu dan 'kematangan' generasi kini. perubahan ni boleh berlaku mungkin sebab revolusi masa kita yang makin mendekati kiamat. jadi macam-macamlah ragam umat. termasuklah aku sekali.

bunga taik ayam mungkin cantik. tapi hidung kan ada, apa kata guna untuk bau sikit. samalah macam godaan, nampaknya best, tapi kita ada akal ada ilmu, apa kata guna untuk nilai sikit apa di sebalik godaan itu.


semoga Allah jauhkan kita dari semua yang busuk dalam dunia ni.



 p/s: sebenarnya aku tak pernah tahu bau bunga taik ayam camne. tapi nak dijadikan analogi, hentam sajelah. anda bagaimana, pernah?










Share |

3 Terbunuh:

nina_adana said... [Reply to comment]

satu entry yang bagus untuk dikgsi.. wpon nampk mcm over.. tp insyaAllah dpt sedrkan pembaca belog yg laen.. amin..

baashah;D said... [Reply to comment]

i like it!

Keretapi said... [Reply to comment]

nina - sebab keadaan sebenarnya mmg over :D insyaAllah

baashah - thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...