Thursday, January 26, 2012

Wahai aksara, fahami lah.

Bait aksara kelihatan berlari laju,
pantas menyentak hati si manusia,
menggoda penerima dengan kehadirannya,
dan akhirnya,
pandangannya menjadi gelap,
jantungnya seakan berhenti,
akalnya sukar mencerna

Wahai aksara,
tahukah kau aku kan tersiksa?
tahukah kau aku kan terasa?
tahukah kau aku kan terluka?
tahukah kau?

Wahai aksara,
kenapa kau perlu hadir,
saat aku teguh berdiri di kaki sendiri,
saat hatiku jitu tanpa mengharapkan sesiapa,
dan kau datang memusnahkannya,
dan kau datang menggoncang semangat jaguh itu,
apa kau belum puas wahai aksara?
belum puas lihat kemusnahanku semalam?
belum puas lihat kekuatanku hancur?
belum puas lihat semangatku tersungkur?
belum puas kah kau?

Wahai aksara,
tinggalkan aku wahai aksara,
tinggalkan aku untuk aku mencari kata,
kata sebenar untuk aku dan dia,
dan aku mohon,
jangan kau datang lagi,
walau sesaat cuma,
meski ku punya jawapannya.







p/s : aksara tu adalah bait-bait kata. harap faham sajak ni walaupun tak berapa nak jadik sangat macam karya penyajak terkenal. hehe!




Share |

3 Terbunuh:

Keretapi said... [Reply to comment]

woaaa! hebat hebat. aku faham aksara tapi... jadi sajak ini pasal bait-bait kata kepada bait-bait kata?

sedap. teruskan :D

afifa anuar said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
afifa anuar said... [Reply to comment]

aksara dalam konteks ni adalah satu mesej. mesej yang dihantar kepaa someone. and someone tu taknak text yang dia dapat ni sebab dia might hurt with the words.

nway thanks cik ketapiiii :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...