Tuesday, February 21, 2012

Bestfriend vs Kekasih

Harini genap Emir dan Yan menjadi pasangan kekasih selama 6 bulan. Disekolah mereka menjadi perbualan ramai. ‘Romantik’ ‘Sweet’ ‘Merpati dua sejoli’ ini lah antara ungkapan yang ditujukan buat mereka berdua. Kebiasaannya mereka akan pergi ke perpustakaan awam selepas tamat sesi persekolahan untuk belajar bersama di samping meluangkan masa bermesra. Ditwitter mereka juga menjadi topik untuk tweet. Emir dan Yan sangat bahagia sepanjang 6 bulan mereka bersama.

Tetapi harini juga akan berubah hubungan dan kemesraan mereka berdua.

“Baby. I rasa I dah tak boleh teruskan hubungan kita ni” Kata Emir dengan nada serius.

“Why sayang? Selama ni kita bahagia je. You selalu buat I tersenyum and I pun buat you tersenyum. Kenapa ni sayang?” Balas Yan sambil menampakkan reaksi wajah resah dan gelisah.

“ I memang bahagia. But I rasa perasaan I terhadap you macam abang sayang adik. Not cinta” Jawap Emir lalu memandang ke arah Yan.

“So now? You nak kita break? Itu yang you nak?” Ujar Yan dengan mata yang hampir mengalirkan air mata.

“Yes. I nak kita putus” Kata Emir lalu pergi meninggalkan Yan keseorangan diatas kerusi batu berdekatan perpustakaan awam.

“Emirrrrrr..........” Jerit Yan sepuas hati sementara air matanya mengalir laju seperti air terjun tanpa henti.


Yan pulang ke rumah. Dia masuk ke bilik dalam keadaan yang cukup-cukup kecewa. Hadiah-hadiah yang diberi oleh Emir dibuang kesemuanya. Nombor telefon Emir juga dibuang. Semua yang berkaitan Emir dihapuskan dalam hidupnya. Kecuali kenangan-kenangan manis mereka bersama.

Hampir seminggu Yan meratapi perpisahan yang diminta oleh Emir. Air mata tidak putus-putus mengalir dari mata Yan yang kini bengkak dan merah. Tetapi atas dorongan kawan baiknya iaitu Jannah, Yan menanam azam untuk melupaka Emir walaupun sukar baginya kerana dia satu sekolah dengan Emir.

Sudah lebih sebulan dia berpisah dengan Emir yang dulu menjadi buah hati perenggan jantungnya. Kini Yan kembali tersenyum serta mampu menghapuskan air mata yang seketika dulu menjadi peneman sebelum tidur.

“Yan. You ada contact Emir?” Tanya Mira kepada Yan.

“After kami break? Oh memang tak lah. Buat apa I nak contact orang yang I dah delete num.phonenya haha” Jawap Yan sambil tangannya pantas menulis karangan Bahasa Melayu.

“Mana tahu you still contact dia. Eh hari tu I nampak dia keluar dengan Jannah” Kata Mira lalu menarik kerusi berhampiran Yan.

“Jannah bestfriend I? Tipulah. Jannah kan kawan baik I. Tak mungkin dia nak keluar dengan Emir ex I” Ujar Yan dengan penuh yakin.

“Hoi. I nampak dengan mata kepala lutut sendiri tahu?! Jannah siap snap snap gambar dengan Emir kat McD. Mesra gila. Macam you dengan Emir dulu. But kalau you tak percaya sudah. Malas nak bertekak dengan you” Balas Mira.

“Ohgod. Why I tak perasan semua ni? Patutlah Jannah and Emir sembang mesra kat twitter dan facebook? Jannah suka Emir sebab tu dia mintak number phone Emir dekat I dulu? Ini lah sebab Emir mintak putus? Ohgod. Kenapa I langsung tak dapat detect sebab apa kami putus? And sanggup Jannah, kawan baik I buat macam ni?” Kata Yan sementara air matanya kembali mengalir deras dek mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Selepas Yan mengetahui perkara yang sebenar, dia tidak sanggup melihat muka Jannah dan Emir kerana kekecewaan yang melampaui batas seorang manusia. Yan memutuskan untuk berpindah ke sekolah lain untuk melupakan apa yang terjadi antara dia Emir dan Jannah.

The End.


Nowadays remaja memang terpaut dengan cinta. Saat bercinta memang indah. Seindah dilayan bidadari di syurga. Tetapi disaat kecewa? Mandi tak basah. Tidur tak lena. Makan tak kenyang. Kencing tak puas. Belajar tak senang. Semua perkara menjadi ‘Tak’. So apa guna bercinta kalau setakat hendak menyakitkan perasaan sendiri? Fikir. Dan mengalirkan air mata kerana lelaki. Sangat tidak berguna. Lebih baik menangis kerana takut dengan Tuhan. Kan? Bercinta sememangnya boleh but lebih bagus bercinta selepas mendirikan masjid. Even orang yang kita kahwini kita tidak cintai. Perasaan cinta boleh dipupuk perlahan-lahan. Sama ironinya sebelum bercouple. Saling berkenalan dan memahami diri masing-masing. Sudah suka sama suka. Seterusnya  menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih. Cuma hubungan ini tidak sah. Pegang tangan dosa. Keluar berdua-duaan dosa. Saling berpandangan dosa. Sebaliknya jika sudah berkahwin. Pegang tangan? Pegang kaki? Pegang muka? Duduk rumah berdua-duaan? Pandang sampai mata lebam? Ini semua sah lagi halal. Kalau nafsu untuk bercouple tinggi menggunung. Just couple. Its your life not mine. You can do anything you want. You can couple with anyone you like. As a teenager, perasaan cinta memang wujud antara lelaki dan perempuan. But for me, itu hanya cinta monyet. Cinta yang tidak matang. Sebelum bercinta lebih baik bersiapkan diri dengan hati yang tabah dan cekal. Dan jangan sampai bercinta akhirnya mengundang dosa. Okay.



Untuk kawan diluar sana. Kalau kau benar-benar seorang ‘Kawan’ bukan ‘Perampas’ lebih bagus tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan hidup kawan. Contoh. Berborak mesra dengan kekasih kawan sendiri ditwitter or facebook. Berbaloi? Sangat tak. Sudah terang lagi bersuluh benda yang kau buat boleh retakkan hubungan mereka. Si wanita mana yang tidak cemburu kalau teman lelaki borak mesra dengan kawan sendiri? Tapi kalau kau suka kekasih diaditambah pula hati kau yang batu, memang kau akan buat. Tapi kalau kau sayang kawan, kau tak akan buat. Kau akan simpan perasaan suka dan biarkan ia hilang dek masa. Kawan lebih penting dari kekasih. Benar. Bukti. Sebelum kita mempunyai kekasih. Siapa yang menjadi pendengar yang setia? Kawan. Siapa yang menjadi crying shoulder? Kawan. Siapa yang tolong waktu susah? Kawan. Siapa yang buat kita tersenyum? Kawan. Siapa yang tukar lampin? Emak. Lagipun, persahabatan kekal abadi. Tidak seperti couple. Hanya kekal disaat masing-masing masih mencintai. Perasaan sayang cinta dan suka sudah lama wujud sebelum couple. Ianya atom-atom yang menjalinkan hubungan persahabatan antara kita dan kawan. Kesimpulannya. Guys. Sayangi kawan kita yang banyak kita habiskan masa bersama. Even sometimes kita bergaduh or bertikam lidah. Actually nobody yang tak sayang cinta dan suka kawan sendiri. Tak kisah kawan itu jantina lelaki atau perempuan. Persahabatan bebas dijalinkan dengan sesiapa. Termasuk yang tua dan yang muda dari kita.

Tamat.

Coretan yang bosan mungkin. I’ve no idea acano nak describe about cinta & persahabatan. So aku gabungkan dua elemen dalam satu cerita pendek gila berserta pandangan aku diakhir cerita. Aku guna bahasa ibunda(BM) sedikit bahasa ibutirida(BI). Sekian. BETA MOHON KEMAAFAN JIKA PANDANGAN BETA KAU TAK SUKA ATAU SETUJU! DO I CARES? NO! HAHAHAHA KBAI.
Naneun,
PUJA: MahfuzahMalik





Share |

5 Terbunuh:

Keretapi said... [Reply to comment]

ini bukan bestfriend vs kekasih.

ini bestfriend <3 kekasih namanya, haha.

tapi benda camni boleh jadi sebab

1. bf dia tu salu contact ngn bff sebab nak tau gf dia camne. biasalah spy spy, stalk stalk, merisik sikit. so memang dah rapat. biasanya middle person akan jadi rapat dgn bf si kawan.

2. rebound. pas putus chentan, biasalah rasa sunyi. tapi tak semua orang kuat, adala yang mula nak cari baru buat teman. so si bff jadi rebound.


3. dalam rapat-rapat sebab merisik tu, tetiba si bf berubah hati. "hm, rasanya kawan baik awek aku lagi best," ini alasan paling keparat la. hahahah


aku seriously tak percaya bff camni wujud. walaupun memang wujud, biasalah macam2 manusia ada. bf curang leh tahan lagi, tapi bila bff yang jadi dalang, oh tu memang takleh terima. takde hati perut ke apa.


kawan makan kawan namanya lawan.




yang si gf ngn bf pun, high profile sangat kapel. bukan main mesra, bukan main open. sekali clash, ambik kau. hahahah. k jahatnye aku.

TrainAli said... [Reply to comment]

Tapi cerita ni tak habis lagi sebenarnya. Si Yan tak selidik dulu betul-betul kan? What if, Jannah sebenarnya nak convince Emir supaya rapat balik dengan Yan? And Yan salah sangka? But that's only a possibility la...
hahaha. i have a weird imagination.

PUJA said... [Reply to comment]

Keretapi: Haha banyak sebab but orang yang ketiga ialah kawan memang kecewa kuasa dua. Especially kawan baik. Itu parah.

TrainAli: Yup. Banyak possibility actually. But sengaja tamatkan cerita begitu. Supaya nampak dengan jelas yang kawan baik sendiri rampas kekasih. Not orang lain :)

Anonymous said... [Reply to comment]

haha interesting story.
tu lah, ramai yg bodoh kerana cinta.
sampai sanggup bunuh membunuh lagi.
dapat apa, entah lah.

bila tgk 14 year old kid nowadays yg sibuk berbangga dgn bf diorang, aku rasa kecewa jugak la.
apa entah yg nak dibanggakan dengan bf. lain lah suami, logik jugak lah.

apa apa pun, jodoh tu tetap di tangan Tuhan. Kalau bercinta 5 tahun sekalipun, kalau dah bukan jodoh, putus juga. kan? nice post anyway ;)

PUJA said... [Reply to comment]

Setuju. Kalau bangga tentang suami okay lah jugak. Budak sekolah pun dah pandai bercouple-couple. Haha tak patut betul.

Jodoh dah tertulis di Luh Mahfuz :)
Anyway thanks :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...