Tuesday, February 14, 2012

Hari Kekasih ? Boleh blah .

Salam alaykum. Hyep uolsss.

Alhamdulillah, dah masuk bulan februari. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Dan semakin hari, semakin dekat keputusan SPM nak keluar. Dengar-dengar 22 Mac 2012 ni. Entah betul entah tak. Tapi ada juga yang kata end of Februari or early of March. Yelah, STAM or Sijil Tinggi Agama Malaysia dah keluar. Bulan Januari pulak tu. Selalunya bulan Mac. Mungkin sebab calon sikit kut .

Okey dah siap cerita pasal keputusan SPM bila nak keluar.

Disebabkan dah masuk bulan Februari ni, banyak pula Apps mahupun Games yang bertemakan Valetine's Day kat facebook. Valentine's Day ; 14 February .. eh ? Hari ni 14 Februari !!.. so, ramai tak yang ucap Happy Valentine's Day kat korang ?

Eeeeeeeeee ,, kan ucap Valentine's Day tu haram. Sambut lagi la haram.
Memanglah haram. Dan ada fatwa yang memfatwakan pengharaman bagi umat Islam menyambut atau mengucapkan selamat hari kekasih. Okey la, aku pun bukannya nak berdakwah sangat. Cuma haram bagi umat Islam, tapi mungkin tidak bagi yang bukan Islam. Hidup dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama memang agak complicated sikit. Cewaaaahhhh . Betul apa !



Fatwa Pengharaman Dari Menyambut Hari Kekasih a.k.a Valentine's Day

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day.

Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Bukti-bukti Hari Valentine masih merupakan upacara ritual keagamaan umat Kristian iaitu :

i. Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.”

Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

ii. Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February.

Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.

iii. Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’.

Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.

iv. Nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama:-

a. St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania
b. St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois
c. St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania
d. St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich
e. St. Valentine Church di Buffalo, New York

Adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi umat Kristian berdasarkan asal-usul kemunculannya yang dipenuhi dengan unsur-unsur ritual keagamaan.

Apabila perayaan itu berunsurkan keagamaan, bergabung dengan mereka bermakna mengakui agama mereka dan meredhai kekufuran yang ada pada mereka. Maka para ulama berpendapat, bahawa umat Islam tidak boleh bergabung dalam dalam perayaan orang-orang kafir.


Wallahualam Bissawab.

So, Hari Kekasih a.k.a Valentine's Day ? Boleh blah.. Ada akal kita pakai, ada ilmu kita guna. Selamat beramal . Haha :D

"Bagi akal itu ada penghujungnya, begitulah juga dengan sabar yang mana ada penghujungnya." - Wasiat Imam Syafie r.a










Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...