Tuesday, February 14, 2012

Sahabat Internet?

Assalamualaikum semua,
Anda semua sihat?
Kalau tak cepat-cepat pergi jumpa doktor ye.


Keretapi : Eh, sape pulak mamat ni?
Afhan : Agaklah, kenape dia ade sini?
Syaza : *hehe*


Owh, lupa pulak aku, *ehem*
Hai semua *awkward*
Haaaaaa...... Nama aku Ali,
Aku ni budak daripada Subang Jaya,
Dalam 3 minggu lepas tak silap, Syaza (salah seorang menteri)  invite aku untuk menjadi salah seorang penulis di blog ni,
Aku pun, "erm, boleh jugak".
So, sila beri tunjuk ajar ye \(^_^)/
Untuk first post ni aku nak bincangkan tentang sahabat,
Kan theme bulan ni Love and Relationship. Hehehe.
Tekan "read more" tu ok =/=




Sahabat internet? Wujudkah hubungan begini? Mesti ramai akan kata "eh, mestilah!Tapi cuba korang baca betul-betul apa yang ingin aku sampaikan, aku nak tegaskan pada perkataan SAHABAT, bukan rakan, bukan kawan, bukan juga kenalan, tetapi sahabat.

Mengapa aku mahu ketengahkan isu ini? Secara ringkasnya, aku masih tertanya-tanya, masih adakah istilah sahabat didalam hidup kita semua? Dan jikalau ada, bolehkah kita mencari sahabat menggunakan internet? Untuk menjawabnya, lebih senang aku sampaikan sebuah kisah, tentang diri aku sendiri.

Pada akhir tahun 2010, aku pun buat lah kerja ber-blogwalking, maklumlah, cuti hujung tahun tu kan, kalau tak online, memang tak sahlah. Tengah termenung macam orang takde kerja tu, aku terjumpa satu entry satu blog tu, yang berbunyi, "Contest, Sukan Itu Bergaya!". Aku ni, masa tu memang sangat bosan, dan aku mengambil inisiatif la untuk join jugak peraduaan tu.

Dengan semangatnya, aku post video pasal American Football aku tu. Macam apa je, orang mintak gambar, aku bagi video. Dahlah video cacat pulak tu. Tapi nak buat macam mana kan, dah bosan sangat.  Sejak dari situlah, aku berminat nak kenal tuan punya blog tu. Korang nak tau ke siapa? Meh aku letak gambar.


Time tengok HP. Ignore baju aku yang pelik tu.

Kenal muka dia? Haaa! Ni lah Syaza Nazura, tuan punya blog tu. Sebenarnya, sebab dia la aku mula amik serius tentang blogging ni. Sebelum tu aku hanya menggunakan blog untuk mencoret benda-benda mengarut.  (? : sama je sekarang? Ali : senyap!) Mula-mula, aku memang saja nak kacau budak ni, tapi lepas tu aku memang nak berkawan dengan dia. Dulu, selalu la jugak skype sampai larut malam. Tapi, aku sendiri tak tau macam mana aku boleh rapat dengan dia.


Dia ni pulak, tiba-tiba panggil aku pingu =.= Terima je la kan. Dan yang paling pelik, dia lah orang pertama yang panggil aku "handsome", dahlah aku ni jenis yang susah nak terima pujian orang. Sepanjang kita orang kenal, rasanya pernah jumpa 4 kali je kot? First, time tengok HP, lepas tu time bukak puasa, dan dua kali lagi dekat Subang Parade, masa aku tengah kerja lepas SPM.

Owh, sampai sekarang mesti korang tertanya-tanya, "what's the point here?". Budak ni, dah jadi macam kakak aku korang tau, perkenalan yang bermula daripada sebuah blogpost, telah sedikit sebanyak mengubah diri aku. Dengan budak ni la aku boleh kongsi macam-macam cerita, budak ni jugak lah yang tolong buat aku gelak kalau aku tengah bermasalah. Kalau nak tulis semua sekali kat sini, memang takde penghabisannya lah.

Moral of the story is, kita ni manusia biasa je, nak taknak, mesti kena ada juga kawan dan sahabat selain keluarga untuk teman kita melalui hidup kita ni. Tak kisah lah cara dia macammana pun, jumpa masa sekolah rendah ke, dekat rumah terbuka hari raya kawan ke atau dekat alam maya ni. Apa yang penting, jangan sesekali kita menganiaya mereka, sebab, sedar tak sedar, mereka tu juga lah yang sebenarnya menghiasi diri kita, sama ada dengan perkara yang baik, ataupun sebaliknya. 



Macam mana pulak pengalaman korang jumpa sahabat korang? Ceritalah kat bawah ni!
Sekian.....

Gambar-gambar hiasan : ANTARA beberapa orang lagi yang boleh aku panggil sahabat [Tidak Mengikut Urutan Ye!] =)

Ahmad Fadzli
Nur Amalina
Omarulharis
Azman Arif Hayato (baru perasan, takde gambar bersama pun =.=)

Nor Aziah Amirah





Share |

8 Terbunuh:

adikiadikon said... [Reply to comment]

sy ada kwn baik, kitorg satu sekolah.. mula kwn dri tahun 2008 smpai skrg, boleh kira bape kali je bertegur sapa dlm sekolah~ hhi :D

Cik Miela said... [Reply to comment]

erm..sy salu confius boleh ke lelaki kita boleh buat as a BFF....

azimramlan said... [Reply to comment]

saye xde kawan,muahaha!

Keretapi said... [Reply to comment]

Cik Miela - rasanya kebanyakan drpd kita semua pernah terfikir pasal ni kan? semua pernah dilemma bagai. i for one was in that phase (where everything was wrong and haram and almost ended my friendships with guys). not to say that befriending guys is the best thing for us girls, tapi... you know. avoid if you can. kalau rasa lelaki tu semacam and niat sebenar pun bukan untuk ukhwah dan takde kebaikan pun dapat. kalau rasa dua-dua kawan dgn ikhlas and tau batas, why not? dulu zaman nabi laki pompuan bergaul ada sbb kukuh je. tp skrg, kawan ngn laki tu dah jadi normal, like it or not. a role we have to play in the society, kat sekolah, kat uni, so on. but we can determine how far or how little our role can be. kawan laki aku in general pun boleh kira guna jari. yang rapat, adala sorang dua. yang aku tau cerita dia, dia tau cerita aku. and these are the friends i keep sebab one, dah lama kenal, and two, dah kenal sangat.


i'm talking from my point of view, bukan seorang yang alim tp adalah sikit yg aku tau :)



anddd to Ali -

ohhai! dua kali aku terbeliak biji mata baca post ni.

first, of cos, time nama Keretapi dimention. patutle cam tersedak nasi sikit time tu. second, time nama Hayato dimention.... woaa!

i used to know Hayato when i was 13, taktaula kalau dia ingat aku lagi ke tak. it was a short friendship, but nevertheless a good friend to me :)


oh and welcome to 1994's!

aku pernahlah ada sahabat internet zaman mespes dulu. tapi kat fb tak sangatlah. bertuah lah kau jumpa syaza dalam internet :D

TrainAli said... [Reply to comment]

Owh, camne kenal?
Same sekolah, or same MRSM? O.o
I can say hi to him, only if i know your name XP

Keretapi said... [Reply to comment]

takyah ah say hi, haha seganla pulak. tak masuk group 1994's kat FB ke? kat situ semua orang guna nama betul. lolol.

Cik Miela said... [Reply to comment]

thanks.

TrainAli said... [Reply to comment]

Keretapi. boleh jugak. dah like dah page tu. hahaha. (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...