Monday, March 26, 2012

Robot yang tidak tahu hujung pangkal.

Robot. Pandai, cerdik, genius. Apa orang suruh, dia turutkan.

Memandangkan penulis lain sedang sibuk dengan urusan memohon biasiswa dan hal nak sambung belajar ke mana, jadi saya ambil peluang ini untuk meriwayatkan beberapa isu vital yang perlu anda, bakal peneraju negara masa depan ketahui apa yang anda tidak pernah ketahui sebelum ini.

Sistem Pendidikan Negara yang berteraskan peperiksaan.

Melihatkan kepada situasi ini yang semakin parah, ingin saya ulaskan tentang masalah yang kita hadapi dengan sistem pendidikan negara kita waktu ini.

Pelajar-pelajar diajar hanya untuk lulus peperiksaan dan cemerlang peperiksaan, adakah itu satu langkah yang positif jika kita lihat betul-betul dari sudut perkembangan secara keseluruhan seorang pelajar?

Buku yang bertimbun-timbun, pengajaran yang membosankan, peperiksaan yang nakharom punya susah. Adakah itu betul-betul cukup untuk melahirkan modal insan kelas pertama sejajar dengan misi wawasan 2020 negara, melahirkan rakyat yang kreatif dan berdaya saing?

Perkara ini saya sedar ketika saya berada dalam Program Latihan Khidmat Negara baru-baru ini.

Dimana usaha untuk mencungkil sikap kritis dan kreatif dalam diri seorang pelajar? Dimana?

Jika dalam khidmat negara, kami telah disuap dengan bermacam-macam aktiviti yang memerlukan otak berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif. Tidak seperti di sekolah, belajar tanpa hala tuju, satu perkataan demi satu perkataan diteliti, dihafal semata-mata untuk peperiksaan. Dan setelah selesainya peperiksaan, langsung apa pun tak dapat. Lupa macam tu saja.



Di PLKN, otak kanan kami(Kreatif) berfungsi secara hyperactivenya, hal ini akan dapat mengimbangi proses perkembangan otak. Kerana saya yakin sepanjang karier saya sebagai seorang pelajar, otak sebelah kiri(Logik) saya sahaja yang banyaknya bertindak berbanding otak sebelah kanan.

Jika terus begini, saya risau robot bebal akan bertambah di negara kita ini. Tiada kemajuan.

Saya tahu, ada juga pertandingan inovasi serta pertandingan mencipta itu dan ini yang mampu menajamkan lagi sikap kreatif dalam diri seorang pelajar, tapi adakah itu semua dianjurkan secara keseluruhan? Untuk semua murid? Untuk setiap sekolah? Mencukupi sukatannya?

Tidak, hal yang sedemikian cuma pelajar-pelajar bertuah sahaja yang masuk bertanding, dan sekolah-sekolah bandar sahaja yang acapkalinya dapat peluang sebegini. Bagaimana dengan pelajar luar bandar, pelajar yang kurang dari segi taraf akademiknya?

Sebagai contohnya.

Hah, jadi saranan saya mudah sahaja. Kerajaan perlu menstrukturkan semula(tidak semua) syllabus yang ada sekarang ini, masukkan elemen-elemen yang dapat buat para pelajar berfikir secara kreatif. Pengajaran cikgu-cikgu perlu lebih menyeronokkan dan seimbang secara keseluruhannya. Tidak hanya tertumpu kepada logik dan hafalan sahaja.

Juga, beri peluang kepada pelajar-pelajar untuk handel apa-apa majlis atau apa-apa organisasi atau apa-apa event. Cikgu-cikgu, releks. Hanya beri tunjuk ajar. Keberjayaan atau gagalnya aktiviti itu, semuanya bergantung kepada para pelajar. Dengan itu, semangat kerjasama, sikap kreatif, kepimpinan, berdaya saing serta bermacam lagi intipati positif dapat dilahirkan tanpa disengajakan dalam diri para pelajar ini. Ya, ini serius. Ini apa yang saya dapat ketika di PLKN.

Untuk buku teks dan para nota, perlu lebih gambar di dalamnya, warna dan perbanyakkan nota-nota berbentuk mind mapping kerana otak kita sukakan warna, gambar dan perkara-perkara yang bermula dari tengah. Hah! Mudah kan?

Jadi setakat itu dahulu, kalau ada sebarang kemusykilan atau tidak bersependapat dengan fikrah saya, bolehlah kita bincangkan isu ini dengan lebih lanjut lagi di ruangan komen di bawah. Saya harap sangat ada yang boleh beri pendapat sama, agar dapat kita tambahkan ilmu kita sama-sama!

Adios, Assalammualaikum.

---
Sementara itu, di Uganda, sebaik sahaja result SPU diumumkan,

"Yeayyy seronoknya dapat result gempak!!! Dapat straight A!!! Dapat jadi robot negaraa!!!"




Share |

7 Terbunuh:

Anonymous said... [Reply to comment]

aku setuju la dengan kau.sebab kita belajar katt sekolah memang set kat mind untuk cemerlang exam.bukan untuk beljar dengan seblajarnya.hhu.nak habiskan sylllbus cepat,.,tp sebenarnya tak phm satu ape pun ^^
sebab tu rmy jugak siswa yang menganggur kerana diacu sdemikian rupe.

Mohamad Hanafi said... [Reply to comment]

sesetengah sistem pendidikan negara skrg sememangnya bertujuan nak lahirkan robot spt yang kau katakan... Aku sokong... Kalau stakat berlumba2 nak kejar barisan A+ dalam result tapi cara pemikiran masih berada di takuk lama pun payah jugak....
Kadang2 xleh salahkan kjaan sepenuhnya gak... sebab ada jugak kelemahan yang datang dari diri sesetengah pelajar sendiri... pelajar2 harus ada self-esteem and usaha sendiri untuk mevariasikan kaedah pemikiran sekali gus menajamkan daya pemahaman tentang sesuatu perkara...

al-jambz said... [Reply to comment]

ya, aku juga sebenarnya salah seorang robot itu. tapi alhamdulillah bertuah jugak aku dapat ke plkn. at least aku tahu jugak nak lukis gambor terbalik, dari sebelum ni aku hanya tau langkah2 pembentukan malaysia dan struktur organ reproduksi manusia. kahkah.

al-jambz said... [Reply to comment]

Oh ya, satu lagi, antara contoh robot yang gagal dari kerajaan, iaitu Amalina Che Bakri, yang kita sanjung dulunya, yang kita jadikan role model dulunya. sekarang apa dah jadi? Hmmmmm, culture shock, lain macam dia dekat bumi omputih sana.

Saranan tambahan, adakan satu pendidikan baru iaitu kelas yang dapat menjana kreativiti para pelajar. Buat seminggu sekali pun dah cukup rasanya daripada tak ada langsung kan?

pehhh panjang betei aku menggulung hujah aku kali ni.

Anonymous said... [Reply to comment]

Make sense. Part buku teks tambah mind map, rajah kaler-kaler tu aku agree. Eventhough lelaki lagi cepat ingat kalau tengok gambar banding perempuan, I couldn't agree more sebab more or less dia sgt mmbntu.


Jap sebelum tu aku nak tanya, berapa ramai yg sanggup balik lewat utk belajar something yg membina otak and fikir betapa pentingnya bfikir secara kreatif dan kritisnya sedangkan kalau cikgu2 buat kelas tambahan pun tak sampai half yg datang. So sad bebudak zaman sekarang which is kita la bebudak zaman tu. Bukan semua, tapi segelintir cuma :)

- Afifa
malas nak sign in. hehe

Anonymous said... [Reply to comment]

**part buku teks sangat agree

cikEd said... [Reply to comment]

ahha. ditto ! mmg la exam orienteed ni tak bagus.. serius rase nak ketuk kepala sendiri sebab bila bukak balik buku ,macam blur je tengok semua tu. *kire tergolong dalam kalangan robot jugak la ni, haih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...