Friday, March 2, 2012

Susah Membuat Pilihan?

HOT UNTUK MEREKA YANG NAK BELAJAR DI DALAM MALAYSIA!
Sekadar Gambar Hiasan.

Assalamualaikum semua!
Lagi 20 hari je keputusan SPM dah nak keluar. *gigit jari* Kemungkinan ada antara korang yang tak sabar nak dapat results, mungkin ada yang taknak tengok results tu, dan mungkin ada juga yang malas nak fikir pasal perkara tersebut. Persoalannya sekarang, lepas tu apa pula?

Matrikulasi? Asasi? Diploma? Form 6? 
Apa benda semua tu?! Mesti ada antara korang yang masih tertanya-tanya, dan sukar nak membuat pilihan kan? Oklah, aku nak terangkan serba sikit tentang perkara ni. So, kalau korang nak sambung belajar dalam negara, meh sini baca ramai-ramai.


Tingkatan 6/STPM
Pilihan ni sesuai la kalau korang rindu sekolah. Hehehehe. Kalau korang amik ni, peluang nak pergi U lebih terbuka, di mana korang akan menduduki STPM. Tapi, WARNING, korang kena betul-betul beri perhatian kalau nak ambik F6. Nanti korang kena amik 4 subjek.

A : 4 subjek je? Bhahaha! sikit nya!

Oooo, senang eh? Bunyi memang la ada 4 subjek je, tapi ade dua tiga kertas untuk setiap subjek tu. Korang kena ada semangat yang tinggi kalau nak ambik STPM ni. Biasanya, korang kena ada gred yang baik untuk 2 subjek, manakala 2 lagi subjek untuk sokong pointer korang. Jadi, waktu nak pilih subjek tu, buat pilihan betul-betul ok!
B : Eh, macam menyusahkan je STPM ni :\

Memang lah susah, tapi banyak kelebihan ok! Contohnya :-
  1. Ianya diiktiraf di universiti serata dunia.
  2. Kiraan pointer STPM hanya dibahagi 4 je. Pointer nak masuk universiti pun rendah berbanding matriks, diploma dan sebagainya, sebab taraf akademik dah nak sama dengan university dah. Sebab tu time belajar untuk STPM susah!
  3. Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, tapi, kualiti sijil STPM bertaraf diploma di jabatan kerajaan ok!
Diploma
Diploma pula selalunya jalan untuk mencari pekerjaan dengan cepat kerana setelah tamat selalunya lepasan ini akan terus bekerja. Peluang untuk sambung ke Ijazah amat tipis dan sekiranya bercita-cita untuk sambung belajar ijazah perlu dapat 3 pointer ke atas.

Matrikulasi
Matrikulasi terbahagi kepada dua, KPM ataupun Asasi universiti.
Yang KPM punya ada dua, satu tahun atau dua tahun dan terbahagi kepada 3 jurusan, Sains, Perakaunan dan Teknikal. Lepas dah tamat pengajian tu, korang boleh apply untuk ijazah melalui UPU atau USM. Kalau korang cemerlang, senang la nak pilih kursus ijazah yang korang nak, tapi, kalau lemah, nanti derang kira macam "lelong" lah kat kursus yang sesuai dengan pencapaian korang.

Nota : permohonan Matrikulasi untuk tahun 2012/2013 dah tutup sejak November 2011 ye.

Asasi IPTA
Hah, ni favorite ni! Sape yang nak apply, sila pergi BSN sekarang dan beli no pin ye, lepas tu boleh klik sini, apply sebelum 2 APRIL 2012 tau.

Asasi IPTA ni dikendalikan bawah IPTA tu sendiri. Macam UIAM, UM, UiTM, UPM dan USIM. Kalau korang takut sangat tak dapat program yang korang nak macam dekat Matriks, amik yang ni lah, sebab, asasi yang korang amik tu lebih tertumpu dengan apa yang korang nak amik untuk ijazah.

Kelebihannya ialah, korang akan diberi keutamaan untuk ambik jurusan di universiti yang handle korang tu berbanding calon-calon lain. Lagi senang lah maknanya. 

Konklusi.

Beza Matriks dengan Asasi senang je. Matriks lagi sesuai korang ambik, kalau korang tak tau korang nak pergi mana, nak buat apa. Manakala, Asasi, kalau korang macam dah aim dah, nak buat apa, ataupun benda yang paling dekat korang nak buat.

Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.

Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.
Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.

Okay! tu je untuk hari ni!
Semoga info diatas dapat membantu!




Share |

2 Terbunuh:

Cik Miela said... [Reply to comment]

aik kenapa pasal politeknik xda eh??

afifa anuar said... [Reply to comment]

Recent top rank ye Ali?
UIA jatuh :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...