Thursday, April 26, 2012

Sebagai bakal mahasiswa,ini pendapat picisan saya tentang pemansuhan PTPTN.

Tentang isu pemansuhan PTPTN ni kita kena lihat dari angel pro atau kontra atau kedua-duanya sekali. Maksud aku, ada pro dan kontranya jika PTPTN ini dimansuhkan .Sory aku tak berapa larat nak buat pendahuluan, jadi kita terus kepada titik(Baca:straight to the point) je la yek?

 Taruk gambar bagi sedap mata sikit. Hehe

Ok apa yang pro-nya dekat sini kalau-kalau PTPTN dimansuhkan,

Yang pertama, mahasiswa-mahasiswa layak diberi Universiti Percuma, tak perlu bayar tuition fees, penginapan, makan-minum dan duit buku-pengajian apa semua tu. Kalau diberi ELAUN lagi molek! Jadinya esok bila dah tamat belajar, mahasiswa-mahasiswa ini tak berhutang apa-apa dengan kerajaan, bebas dan boleh bersuka-ria macam graduasi-graduasi yang lain. Yeayy!!

Di Turki sendiri, sebuah negara yang kurang minyak dan sumber hasil negaranya tetapi mereka masih lagi mampu menyediakan Universiti secara percuma kepada semua rakyat mereka kerana melihatkan signifikannya pendidikan itu sendiri sebagai langkah vital ke arah kemajuan negara. Bukan macam Malaysia, menteri guna duit rakyat, dikatanya komisyen. Komisyen apa sampai seratus ribu? Hahaha. *Gelak tutup mulut. Duit petronas tu nak simpan sampai bila, esok akhirat tuhan tak tanya pun, "Petronas untung berapa?".

Pro yang kedua adalah tentang sistem PTPTN itu sendiri yang tak sistematik dan selayaknya dimansuhkan. Percaya atau tidak, PTPTN hanya mampu kaver untuk tempoh 2 tahun sahaja lagi dari sekarang. Selepas 2 tahun, mana lagi nak dapat duit untuk dipinjamkan kepada rakyat-rakyat marhaen yang dahagakan ilmu? Sistem dulu yang bangang, dibawak sehingga ke akhir zaman, bukankah itu memilukan?

Hujah saya yang ketiga mengapa PTPTN layak dimansuhkan adalah kerana terdapat unsur riba(baca : bunga) di dalam proses pembayaran balik yang dikenakan kepada setiap peminjam. Pinjam Dua-puloh-ribu, bayar balik Tiga-puloh-ribu. Kejam tak kejam, sebagai orang susah yang perlu mencari ilmu demi mencapai kejayaan dan mengubah nasib keluarga, mereka terpaksa. Jadi PTPTN yang bersifat riba ini, perlu kita cakar dengan kuku yang tidak pernah dikepit selama 2 tahun! Ya, Kuku kita sendiri! Sampai bila nak harapkan kuku orang lain?!

Ok cukup cerita pasal PRO-Mengapa PTPTN wajar dimansuhkan.

Ok kita tengok pulak kontranya, kalau PTPTN dimansuhkan, dan mahasiswa diberi pendidikan percuma.

Yang pertama, mahasiswa akan belajar sambil lewa, rilek, esok exam sempat lagi main fesbuk sampai ke 3 pagi, tak ada semangat nak struggel untuk exam and etc etc. Aku bagi contoh macam pinjaman boleh ubah MARA, dimana sistem yang depa tetapkan adalah bilamana engkau orang score pointer 3.5 untuk exam, makanya pinjaman tersebut boleh bertransformasi menjadi biasiswa sepenuhnya. Dan kalau kau score bawah dari 3.5, mungkin kena bayar ikut peratus, atau bayar separuh, atau bayar sepenuhnya. Bergantung pada pointer. Fair la kan?

Bukankah itu satu cabaran buat mahasiswa tu sendiri?

Ya lah, maksud aku bila engkau orang rasa masalah kewangan ini adalah antara halangan dan kekangan kejayaan, jadi engkau orang sewajarnyalah menolak batu halangan tersebut dari terus menghalang jalan kejayaan yang engkau sedang telusuri itu dengan belajar bersungguh-sungguh untuk exam, dan score pointer atau markah yang telah ditetapkan oleh MARA.

Jadi kalau PTPTN masih tak mahu dimansuhkan, cer ubah sistem PTPTN tu sendiri, jadi macam MARA. Kan itu lebih baik dan terbaik.

Kontranya Mengapa PTPTN wajar dimansuhkan ni aku dapat satu je point dia, yang lain engkau orang fikir sendiri.

Ahahaha! Semoga bermanafaat. Insyaallah.




Share |

3 Terbunuh:

Keretapi said... [Reply to comment]

aku pun ok je sebenarnya kalau PTPTN mansuh ni.


*maka carutan pun dilemparkan daripada geng berkenaan*


aku cukup tak setuju bila orang kata "free education is bullshit. semua benda kena bayar sekarang. kau nak free kau study leklok, dapat result gempak, pointer tinggi, dapat biasiswa. sape suruh study cam cikai"


KEPADA MEREKA DENGAN FIKIRAN SEBEGINI.


kau ingat semua orang ada rezeki, ada tuah, ada bakat, ada kebolehan nak study dapat result gempak kena kejar ngan biasiswa? bukan semua orang lebih dia kat situ. ada yang study cikai tapi lebih kat tempat lain. academic success is not everything, tapi the value of education is indeed important. value, something yang semua orang patut tau dan kejar, bukan taktau tujuan dan sebab belajar.


habis kalau orang yang tak mampu nak result gempak, tak mampu nak bayar bunga, takyah belajarlaaa?


derr, even budak straight A sekarang pun susah nak dapat biasiswa. yang lain lagila. aku setuju kalau ptptn tu ubah sistem dan hapuskan riba tu. sistem yang bukan je untuk orang terer belajar, tapi mmg nak belajar.


education should be free, i don't give a dem about your point on how now everything needs money.


:)

Anonymous said... [Reply to comment]

pd sy, truskanlah PTPTN 2, pada saya pun agak mustahil untuk ada 'free education' di Malaysia yang kita cintai ini. Bukan saya penyokong barisan atau pakatan, tapi untuk pro yg kte fasal petronas itu, saya rasa hasil petroleum di Malaysia ini tidaklah sebanyak itu untuk menaggung 'free education' ini. Buktinya Malaysia tidak tersenarai dalam opec.

Mungkin ada yang akan kata ke mana duit petronas. Saya katakan, petronas ni syarikat, bukannya agensi dibawah NRE malaysia pun.

Yang fasal sistem 'bunga' tu, ya saya tak nafikan memang mengcengkam... jadi sebagai kesimpulan,

1. Daripada 196 negara di dunia ini, berapa banyak yang menmpraktikkan pendidikan percuma?
Dan jika dibangkitkan masalah petroleum, berapa banyak negara pengeluar minyak tetapi bukan warga OPEC yang menyediakan pendidikan percuma? Dan di malaysia sendiri, sekolah rendah pun ad yuran berapa puluh, inikan pula IPT..,

2.Mungkin ada eloknya jika PTPTN diteruskan tetapi dengan kajian semula terhadap sistem PTPTN sendiri, mungkin kali ini menggunakan sisitem pinjaman berasaskan syariah. Ya, itu lebih baik saya kira.

al-jambz said... [Reply to comment]

Ya, macam aku cakap, ini cumalah pendapat picisan dari aku. Pasti banyak yang tak betul. baik faktanya, mahupun hujah itu sendiri yang tak kuat.

Dan mungkin aku menulis berlandaskan akal dan nafsu semata- mata. Tanpa rujukan dan buat usul periksa terlebih dahulu.

Menyesal di situ.

Aha, maknanya penambah-baikkan sistem PTPTN adalah solusi yang paling terbaik setakat ni. Tak perlu mansuh, cuma repair yang mana tak kena.

Buang riba. Bersihkan semua. Selak quran dan hadis, terap dalam sistem, Insyaallah, lebih suci dan telus hendaknya.

Terima kasih atas pendapat, mantap kedua-duanya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...