Thursday, April 12, 2012

You Pick We Write : Emmmm, masscomm? Ya, Mass Communication!

Mungkin ramai yang masih tak tahu apa itu course mass communication sebab terlalu jarangnya yang kita dengar manusia-manusia terdekat kita memilih untuk further their study dalam course ini, tetapi ada ye anak-anak :) Ada.

Sukarnya nak cerita pasal mass comm ni sampai kan aku sendiri mengambil masa yang lama dan terbabas dari dateline yang aku tetapkan sendiri untuk penulis-penulis 1994's yang lain, aha sory guys. Untuk kumpul maklumat-maklumat dan hikayat-riwayat course ini yang terlalu kecil skopnya, aku terpaksa melalui beberapa fasa perubahan otak dan gangguan tidur selama beberapa hari. LOL :D

Ok, tanpa membuang masa lagi, mari kita mulakan pengembaraan ini! Yeayyy!!


Emm bang, saya nak tanya, mass comm tu apa ek?

Ok dik, mass comm tu dari segi bahasa nya mass communication manakala dari segi istilahnya begini,

"Mass communication is the term used to describe the academic study of the various means by which individuals and entities relay information through mass media to large segments of the population at the same time. It is usually understood to relate to newspaper and magazine publishing, radiotelevision and film, as these are used both for disseminating news and for advertising." - Pakcik Wiki.

Faham kan?

Ohhh, ok faham-faham. Emm boleh cerita tak advantages & disadvantages kalau saya pilih course ni?

Ok untuk Advantages :

  •  Kalau adik jenis yang gemarkan membaca, adik boleh jadikan minat adik tu sebagai kerjaya iaitu sebagai journalist. Menulis artikel-artikel lepas tu publish la dekat magazine ke buku-buku ilmiah ke. Hah, cenggitu.
  •  Kalau adik ni jenis yang suka handle majlis kebesaran atau apa-apa event, adik boleh pilih Public Relation. Yang ni kalau adik jenis yang boleh lead orang lain, memang cukup senang. Smile :)
  •  Kalau adik ni jenis suka yang cakap banyak, cakap depan orang ramai tak da hal, tak da darah gemuruh, tangan tak terketor-ketor masa pegang mic, ok adik boleh pilih untuk broadcasting. Boleh jadi macam Bernard Chaully. Kalau tak kenal pergi tanya Brader Gugel. Ehehe.

*jarang aku menulis pakai kaler-kaler ni, aha, boleh tahan lawa jugak ye dak?
Ok sambung balik.



Untuk Disadvantages pulak :

  •  Misalkata adik ni penulis untuk sebarang newspaper(kerajaan) makanya adik terpaksalah memanipulate cerita supaya cerita tu menyebelahi kerajaan. Jahat kan? Even cerita tu tak betul dan tipuuuu semata.
  •  Disadvantages untuk orang yang malas membaca sebab untuk mass media ni, kita kena banyak baca.
  •  Disadvantages juga untuk mereka-mereka yang ada darah gemuruh sebab untuk course ni ia melibatkan banyak presentation yang memerlukan adik-adik untuk ke hadapan dan bercakap di hadapan rakan-rakan kelas

Alat kebesaran diraja. 


Emmmmm.. Macam tu rupanya. Untuk kelayakan minimum dia?


Untuk minimum requirements, adik hanya perlu 3 credits dalam Sijil Pelajaran Malaysia adik. Mudah kan? Memanglah mudah, tapi belajarnya payah !


haaaaaaaaaaaaaaaaa! Ambik!




Abang ni best la. Kelakar. Ok ok, kalau peluang kerjaya? Boleh tak abang listkan job prospect untuk course ni.


Ehehehe. *senyum kambing. Janganlah puji lebih-lebih, segan abang dibuatnya. Ok ini dia job prospect dia, hah tengok, tengok!!! (kelik untuk pautan lebih lanjut) :


Communications specialist 
Community relations director 
Concert tour manager 
Master control operator 
Media planner 
Media relations specialist 
Media buyer 
News reporter/anchor 
Promotions manager 
Political strategist 
Radio personality 
Speech writer 
Studio manager 
Talent agent 
Technical director 
TV director or producer



Amacam?


Waaa, power power. Saya berminat, tapi kat mana saya boleh sambung course ini? I mean, the IPTA/IPTS?


Untuk IPTA, UITM lah yang paling popiler sekali. Adik boleh apply untuk Diploma. Asasi setakat ni abang tak jumpa lagi, kalau adik terjumpa dekat mana-mana, tolong share dekat ruangan komen nanti yep :)


Adik boleh jugak kalau nak ambil asasi sains kemanusiaan dulu, lepas tu nanti untuk further degree adik boleh terus ke masscomm. Aha!


Untuk IPTS : IACT, MMU, KDU, TARC, Sunway College, Taylor's, UTAR dan banyak-banyak lagi :) Sila rajin-rajinkan diri. Lagipun IPTS ni bukan main choice adik-adik ye dak? Takat nak buat back-up tu boleh la, jadi abang tak listkan semua la yek. Hiks.




Ohhh, Thanks bang tanks. Dah banyak sangat dah ni membantu. Urrmm, Kos pengajian? Boleh tak abang ceritakan sikit?


Untuk kos pengajian bergantung kepada program yang adik pilih dan IPTA/IPTS yang adik pilih. Kalau macam IPTS, about 8000(RM) woha untuk every sem i guess.


Tapi PTPTN kan ada, nak risau apa kan kan?


Tapi abang nasihatkan better pergi further dekat IPTA la sebab kerajaan tanggung semuanya! Cuma mungkin ada la setence-setence things yang laparkan wang, so adik kena la keluar sikit-sikit. Ehe.


One of the masscomm student. Ahahaa!


Ok tu je kot dari Abang. Hope, pencerahan tentang course mass communication yang abang bagi ni membantu walaupun sebesar zarah sekalipun bantuan tersebut. Itu pun dah cukup buat abang rasa seronok. Sory kalau entri ini tak menepati citarasa adik-adik sebab mass communication punya course ni memang susah sikit nak elaborate, seriously. Dan abang bukannya minat nak further ke arah ni. Saja suka-suka. (kalau ada tersalah fakta, sila tegur, jangan segan-segan, nanti aku belanja choki-choki)


Kbai :D Assalammualaikum dan salam 1Masscomm!!!





Share |

17 Terbunuh:

Deekay Dafana said... [Reply to comment]

thank you for your entry about mass com. it really helps! :)

Eyja Masliza said... [Reply to comment]

Thank you so much abang. Betul-betul much. Betul abang ni kelakar. Heheheheh

Anonymous said... [Reply to comment]

nk tnyer..kolu amik kos komunikasi kat U sme mcm mass com jgak ker..yela uitm kn ssh nk dpt sbb kne interview..=( mntk pencerahan hehehe

cikgu_liza said... [Reply to comment]

Ishh ... apa lak bila komen, terbunuh? Kejam ... anak makcik baru je masuk course ni ... sedang mencari +ve nya course ni spy hati ibunya tenang. ye la, kn course ni terkenal dgn ke'glamour'annya. Tak berapa nak suka hati ibunya. Dpt MIAT UniKL ... mula nak, tp bila kena dpt intake jan 2015, terus tak nak ... trima ksh atas info yg berguna ...

aljambz said... [Reply to comment]

Saya tidak mengetahui lanjut tentang itu cik anonymous, nanti cubalah rujuk yang lebih ahli.


Saya doakan anak cikgu liza kekal stedi menempuh bidang mass comm ini.

Ainne Soffya said... [Reply to comment]

HI,nk tnya,,, what about komunikasi media baharu dan keusahawanan kandungan. ad yg kta psal multimedia,, but not sure,, jelaskan pls

tyqa said... [Reply to comment]

saya nak tanya , saya dapat course masscomm dekat usm and ukm . saya tak tahu nak choose yang mana . nak opinion lah yang mana lebih bagus atau yang patut saya pergi ? thanks :)

Ainne Soffya said... [Reply to comment]

abg...really need ur help. tlg la... abg tau x psal kos mc111- dip. media baharu dan keusahawanan kandungan... tlg explain... please............ tlg bls dlm mse tdkat sblm 20 September 2014...

aljambz said... [Reply to comment]

Maaf adik Ainne Soffya, sebenarnya abang sudah kurang komitmen di blog ini melihatkan komitmen abang di luar lebih diperlukan. Kos MC111 - Dip, ermm tak pasti kos apa. Media baharu dan kesahawanan kandungan? Kalau itu lah kosnya tentu ia sesuatu yang menarik untuk dceberi. Kerana abng yakin belum ramai lagi yang melangkah masuk mencebur diri ke dalam kos tersebut. Kalaulah itu sahaja pilihan yang ada untuk adik sambung belajar, why not? Cuba dulu. Dan kalau bertembung dua pilihan, maka istikharah lah, dan tanyalah mak ayah, juga cikgu-cikgu adik, mungkin mereka lebih banyak pengetahuan dan juga pilihan dan nasihat mereka itu sentiasa berkat. :') Selamat sambung belajar dik.

tyqa , dua-dua ok. Pilih sahaja ikut hati berat ke mana.

TheFlowerwhite said... [Reply to comment]

i am a masscommer(uitm). kalau MC111 dia adalah new media. seperti promosi company melalui blog dan media social memandangkan skng byk online business tp dia menggunakan media komunikasi. kemudian,dia juga kena ada kemahiran seni seperti art and design sebab seperti kita lihat ada kartun upin ipin dan boboi boy oleh les copaque. itu juga kan media hiburan terapi unsur kartun.

TheFlowerwhite said... [Reply to comment]

and paper pun hanya 3 or 4 je utk final paper. lebih kpd esaimen. kalau minat design and at the same time bisness and social network and communication mmg boleh ambil kos ini. minat kartun. mmg kos yg baru dlm negara malaysia tp sgt bagus dan sesuai utk kemajuan negara kita

TheFlowerwhite said... [Reply to comment]

i am a masscommer(uitm). kalau MC111 dia adalah new media. seperti promosi company melalui blog dan media social memandangkan skng byk online business tp dia menggunakan media komunikasi. kemudian,dia juga kena ada kemahiran seni seperti art and design sebab seperti kita lihat ada kartun upin ipin dan boboi boy oleh les copaque. itu juga kan media hiburan terapi unsur kartun.

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam, description yang adik bg ni, salah. PR bukan buat event, dan broadcast bukan depan tv. Sebaliknya, PR tugasnya menjaga imej organisasi dan nk jd pr ni kena jadi org yang strategic thinker sbb kena handle isu dan crisis yang berlaku dalam sesebuah organisasi. Yang ni tugas utama. Tapi kalau yang kecil-kecil tu, tulis press release, deal dgn media, jaga client, jual nama company. Pr ni at the same time boleh dikira mcm publicist. Publicist ni maksudnya, a person who is in charge untuk manage publicity company, public figure, celebrity. Kiranya, pr ni tugasnya kena jual nama la. Tapi konsep dia lain dengan marketing.

Kalau broadcasting pula, it is more to belakang tabir. Adik akan belajar, camera angles, camera shots, buat scrips, mcm mana nak direct, and mcm2 la. Tak mahir sgt tp basically tu la sikit info utk broadcasting. Kalau nak depan tv pula kena la amik journalism. Sbb journalism pun scope byk. And boleh jd journalist utk newspaper, and broadcast. Broadcast journalist tu lah tugasnya depan tv. Tapi still kena ada skill menulis dan kena tinggi ilmu pengetahuan.

Selain tu, ada lagi, interpersonal communication, instructional comm, cmp, and publising. So in total ada 7 course dalam masscomm ni. Tapi yang bestnya masuk masscomm, awak amiklah course apa pun yg under masscomm ni, confirm mana2 industry boleh masuk. Sbb dia besar. Nak masuk course ni kena ada skill menulis, skill bercakap dan english kena bagus. Bila cukup 3 skills ni, boleh pergi jauh in shaa Allah.

Janganlah kisah apa orang nak kata pasal masscomm ni, kalau makcik makcik pakcik pakcik pandang awak sebelah mata sbb masuk masscomm, bagi je tepek, skills yang depa pakai ni semua skill masscomm nak heran apa. Nak pergi jauh, bukan makcik dgn pakcik awak yang tentukan. Kalau minat, just pursue your dreams. Allah yang tentukan masa depan adik adik ye. Kita masscom, we got each others back! Belajar rajin-rajin dan selamat maju jaya ! :)

Anonymous said... [Reply to comment]

Mudah dan padat thanks a lot

Ilif Arzman said... [Reply to comment]

If we use basic english for interview also can right? Atleast they can understand us right? Because im not so good in english but a little bit can understand and speak well. I think what they want is self confident in high level right?

Y.G said... [Reply to comment]

Assalammualaikum, saya rasa macam dah lambat nak amik masscomm sebab result upu dah keluar. Jadi ada cara lain? Dekat unisel ok tak? Murah tak? Sebab saya bukan banyak sangat duit nak masuk ipts. Lagi satu, masscomm boleh sambung belajar diluar negara?

Y.G said... [Reply to comment]

Assalammualaikum, saya rasa macam dah lambat nak amik masscomm sebab result upu dah keluar. Jadi ada cara lain? Dekat unisel ok tak? Murah tak? Sebab saya bukan banyak sangat duit nak masuk ipts. Lagi satu, masscomm boleh sambung belajar diluar negara?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...