Friday, April 6, 2012

You Pick We Write: Law and Legal

''Law is a very interesting subject for those who are fascinated with the system of justice.'' 


How many of you have seen television series such as CSI, Law & Order SUV and NCIS? How many of you have been amazed by and triggered to be like one of those cool investigators in the tv series? How many of you experience adrenaline rush every time you get the chance to convince the public that you're right? How many of you don't really like maths? (okay ni sesungguhnya dah terkeluar tajuk LOL but still.. :P) 

Mengancam tak abang lawyer dalam gambar di atas tu? Smart tak pemakaian dia? Meyakinkan tak gaya dia? HEHEHE So para pembaca semua, harini saya akan mengupas lebih lanjut tentang bidang undang-undang ini. Tapi satu soalan, kenapa tak ramai minat law ni? Kedudukan bidang law ni antara tercorot dalam poll tempoh hari. Apa, semua orang kelahiran tahun 1994 menyampah dengan lawyer dan yang sewaktu dengannya ke? Merasakan subjek Sejarah membosankan? Rasanya terlalu banyak soalan yang dah diajukan, tak terjawab pula para pembaca nanti. Yalah, kita pun sedang berbicara tentang undang-undang maka kita perlu yakin dengan keputusan kita. Kalau kita sendiri ragu-ragu, bagaimana mahu meyakinkan para juri dan hakim dalam mahkamah nanti ye tak? :D 

Therefore, rule number one if you want to become a lawyer is you need to be confident! And I do not mean the okay okay kind of confidence, I mean the kind of confidence that even a death threat will not change your stand on whatever causes that you're fighting for. You need to believe in yourselves. It's all about getting the facts right and be convincing enough. Sebelum penulis menyenaraikan dan meringkaskan segala maklumat yang diperlukan oleh para pembaca, moh le kita bercerita sekejap tentang kerjaya dalam bidang undang-undang ni. Kalau ada yang tak ada masa nak baca panjang-panjang ni, diminta terus scroll ke bawah dan baca poin-poin penting yang telah pun di-bullet-kan. Disebabkan orang undang-undang suka putar-belit dan memanjangkan cerita, maka artikel ini pun secara tak langsung penulis tertaip panjang. Harap jangan marah! Muehehe. >:) 

Penulis mempunyai ahli keluarga yang menceburi bidang undang-undang ni. Satu temuramah telah diaturkan dan pelbagai informasi yang menarik telah dapat diambil. Sekarang tibalah masa untuk berkongsi segala ilmu basic undang-undang yang telah penulis peroleh. Penulis pada ketika ini tidak begitu pasti berapa bilangan sebenar rakan-rakan kelahiran 1994 yang berminat untuk menceburi bidang undang-undang. Bidang ini sangat luas. Penuntut jurusan undang-undang tidak semestinya akan berakhir dengan kerjaya sebagai seorang peguam. Pelbagai jenis kerjaya boleh ditembusi berbekalkan segulung ijazah Undang-undang seperti menjadi seorang journalis, konsultan syarikat, diplomat, penasihat undang-undang dan crime scene investigator (ala-ala CSI begitu hehe). Undang-undang sebenarnya merupakan satu sistem peraturan yang dibentuk dan diamalkan demi mengawal tingkah laku manusia. Cuba bayangkan dunia tanpa peraturan, huru-hara dan kekejaman akan berada di paras tertinggi. Manusia saling berbunuhan sesama sendiri,  hanya menjaga kepentingan sendiri dan pada suatu masa kelak, tanpa pengawalan, manusia akan mula melupakan tujuan asal mereka untuk hidup. Bila kehidupan carca marba, hidup hilang erti dan kemanisannya. Semua orang pun pada masa itu akan jadi ‘fening’. Hidup menyusahkanlah dan sebagainya. Ok, rasanya macam dah tercakap jauh sikit pula. Penulis hanya ingin menggambarkan situasi di dunia tanpa peraturan. Undang-undang tidaklah bertindak menindas manusia dengan menetapkan kod perlakuan yang perlu dipatuhi tetapi lebih kepada melindungi diri manusia itu sendiri. Sememangnya manusia terkenal dengan sikap suka merosakkan diri sendiri jadi sesuatu perlu dilakukan agar 'kerosakan' ini tidak terus bermaharajalela. Kalau tak merosakkan diri sendiri, merosakkan orang lain pula kan? Jadi, eloklah kita mempunyai peraturan ni. 

Kita mempunyai pelbagai cabang undang-undang; law and society, law and commerce, law and regulation. Law ada banyak cabang yang mana penulis pun tak mampu menjelaskan satu persatu. Disebabkan benda yang perlu dikawal itu luas, maka undang-undang yang dibuat pun banyak supaya dapat cover kesemua bahagian itu. Selain itu, pembaca juga perlu maklum bahawa undang-undang ini dibuat oleh manusia maka memang ada yang bertentangan dengan syariah Islam seperti ada bahagian dalam International Law yang mempertahankan hak LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender). Dalam Islam, mana boleh lelaki kahwin lelaki dan vice versa kan sebab melanggar fitrah manusia. Jadi, sebenarnya banyak konflik yang perlu dihadapi bagi pelajar jurusan undang-undang ini. Konflik-konflik sebegini menjadikan bidang ini menarik. Banyak perkara boleh diperdebatkan kerana masih ada perkara yang tidak dapat dipastikan lagi. Dan banyak lagi seperti bagaimana jika sesuatu undang-undang itu dapat diterima di negara A, tidak semestinya negara B perlu mengamalkannya. Hal ini ada kaitan dengan budaya dan kepercayaan penduduk negara tersebut. Perkara ni memang kompleks tapi pada masa yang sama, menyeronokkan! 

Lagi satu isu yang mesti ada dalam dilema, bagaimana pula jika kita terpaksa mempertahankan seseorang yang memang bersalah? At first, we didn't know they're guilty. But it's in the rule, if there's someone who comes to you and ask you to be his lawyer, you cannot refuse him. And it happens that this person admits he's guilty. Yes, inilah perkara yang ramai agak keliru. Menjadi peguam tidak semestinya kita perlu sentiasa memenangi case yang diambil. It's all about getting to the best terms. Kita dah tahu that person is guilty, so do we defend that person until the real victim loses? No. Kita tak perlu menang dan menjadikan mangsa sebenar pula yang bersalah. Tetapi kita boleh meminta mahkamah meringankan hukuman yang dikenakan. Reason? That's when we need to carry out our investigation! Kebetulan pula, orang yang mengaku bersalah buat jenayah tu sebenarnya telah diprovok. That can be quite a good reason to present to the court in order to reduce the punishment. :) So, dapat tak idea tu? Dan jangan risau, andai kata kita kalah kes pun, tidak ada pelanggan yang boleh saman. Dah takde rezeki nak menang kan. :P

Jadi bagi pembaca-pembaca yang tertarik dengan idea-idea yang telah penulis kemukakan dan mahu berjinak-jinak dalam dunia undang-undang, mungkin anda boleh mula mempersiapkan diri dengan membuat research tentang prosedur undang-undang. Contoh, apa yang perlu dilakukan sebelum present case dalam court, semasa dalam court dan selepas habis courting semua. Prosedur ni semua sekurang-kurangnya boleh memberi pembaca pendedahan awal apa yang akan ditempuhi. Good luck! :)


Requirements:
- Lulus sekurang-kurangnya 3 kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia or equivalent to the certificate such as O level and the School Certificate examinations in Australia or New Zealand
- A strong passion in law course!

Tempoh Masa:
- Ijazah Undang-undang memerlukan paling minimum 3 tahun pembelajaran
- Ijazah yang diambil di sesebuah universiti itu perlu dihabiskan dalam tempoh masa 6 tahun juga (sekiranya pembaca ingin menangguhkan masa pembelajaran disebabkan terikat dengan kontrak lakonan ke nyanyian ke, oops!)

Subjek yang perlu diambil perlu sekurang-kurangnya 12 substantive law subjects termasuk 6 subjek wajib iaitu:
- Law of Contract
- Law of Torts
- Constitutional Law
-Criminal Law
- Land Law
- Equity and Trusts

Kos:
- Purata RM130000 untuk tempoh pembelajaran selama 3 tahun (di Malaysia)

Peluang pekerjaan:
- Lawyer
- Paralegal (Legal Assistant)
- Legal Secretary
- File Clerk
- Court Messenger
- Copy Center Professional
- Court Reporter
- Legal Nurse Consultant
- Trial Technology Consultant
- Computer Forensics Professional
- Forensic Scientist
- Legal Investigator
- Accident Reconstructionist
- Legal Videographer
- Legal Publisher
- Legal Writer
- Law Firm Administrator
- Contract Administrator
- Law Firm Marketer
- Courtroom Deputy
- Court Administrator
- Court Interpreter
- Courtroom Technology Specialist
- Law Professor
- Law School Dean
- Legal Career Counselor
- Paralegal Instructor
- Attorney General
- Legislator
- Lobbyist
- Legal Analyst
- Memang banyak betul, saja je penulis tulis banyak-banyak macam ni. Nak suruh korang buat research apa setiap pekerjaan ni buat. Untuk lebih jenis pekerjaan, sila klik di laman pautan yang telah penulis sediakan. Ini hanya sebahagian daripada banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan bagi penuntut jurusan undang-undang. :)
- Jangan terlalu memilih, it's okay to start from the bottom because I know plenty of successful people who started from the bottom and now, look at them! Wow.

Gaji:
- Depends on your experiences. Semakin berpengalaman, semakin mahal.
- In May 2008, the median annual wages of all wage-and-salaried lawyers were $110,590. The middle half of the occupation earned between $74,980 and $163,320. (in America) 
- Penulis tidak dapat menetapkan berapa jumlah sebenarnya tetapi mungkin sedikit maklumat daripada print screen forum ini dapat membantu para pembaca.
(Click to enlarge)




Laman web rujukan (klik untuk ke laman web tersebut):
The Malaysian Bar
Best Guide for Lawyers
LLM Guide
Law Student Jobs
Wikipedia: Law
Legal Career
Legal Career Opportunities
Salary of a Lawyer
Law Forum

So, before I end this post,
Q: Why won't sharks attack lawyers?
A: Professional courtesy.

hahahaha 


Semoga ilmu yang dikongsi ini bermanfaat buat para pembaca sekalian! Adios and believe. :)








Share |

3 Terbunuh:

Zakaria's daughter said... [Reply to comment]

wehuuuu.
nice sharing !
wa minat nak amek law.
tapi taktahu la ad rezeki ke x.

Fath said... [Reply to comment]

Insyaallah, boleh dapat. Tekad kena ada! :D

Nazeha Aliah said... [Reply to comment]

I have personal enquiries regarding law.can i have your email?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...