Sunday, April 1, 2012

'You Pick We Write (YPWW)' - Special Theme On 1994's

Selepas hampir 2 Minggu kami membuat bancian, maka sampailah sudah waktunya untuk kami melunaskan janji yang kami patrikan sebelum ini.

Kami akan menulis tentang course-course yang telah kami tawarkan di polls You Pick We Write sebelum ini untuk anda pilih . Ya, course yang manakah yang paling anda terasa cecair inkuiri menyimbah deras ke dalam saluran injap badan anda..

Setelah bermesyuarat selama tiga hari tiga malam, kami juga telah mengambil keputusan untuk hanya mewartakan 11 Course yang mendapat undian tertinggi sahaja.

Berikut adalah keputusan, Ranking Top 11 Courses.

1. Medicine

2. Engineering

3. Psychology

4. Mathematics/statistic

5. Education

6. Accounting & finance

7. Computer & Sc Computer

8. Law and Legal

9. Bussiness & Management

10. Actuarial Sc

11. Mass Communication


Apa Yang Speselnya YPWW ni?

Yang speselnya, setiap seorang dari kami (11 writers in 1994's) masing-masing akan menulis tentang setiap 11 course yang telah dirankingkan. Lain course, lain penulisnya. Isi dan input telah kami selarikan dalam setiap course tetapi style menulis akan berbeza mengikut ideologi setiap penulis itu sendiri. Mungkin ada yang berbahasa baku sepenuhnya, ada yang berbahasa rojak bm/bi, dan ada juga yang akan menulis dalam bahasa inggeris sepenuhnya. Itu bergantung. Tetapi mesej dan intipatinya tetap sama. You get what I mean?



Perkara apa yang akan diterangkan untuk setiap course?

Oh ya, pertama, Nature Of The Course untuk course yang dibincangkan.
Keduanya, Advantages & Disadvantages untuk course yang dipilih.
Ketiganya, Skills Needed ataupun Minimum Requirements untuk choose course tersebut.
Yang keempat pula, Job Prospects, apa skop pekerjaan yang kita boleh dapat.
Nombor lima, The IPTA/IPTS, di mana kita boleh belajar course yang kita minat.
Perkara keenam ialah Cost, yuran pengajian dan bayaran berkaitan course tersebut.
Ketujuh, Additional Info, ini tambahan daripada penulis tu sendiri.






Kami beramai-ramai mohon maaf kerana lambat memulakan YPWW ni, biasalah kami pun lepasan SPM juga, banyak yang perlu diisi dan dirangka. Korang ingat korang je yang pening dengan UPU dan esei biasiswa segala? Keh keh keh.



Bersedia? 3, 2, 1, Mula! 

Eeyuuuu, Pom pom pom pom pom!!!  *Bunga api.





Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...