Monday, May 21, 2012

Aizan Fahri, from NightlyArt




First post.

Datang ke sini kerana dijemput, aku mari dengan harapan "jadi yang berguna, tapi jangan sampai dipergunakan". Terima kasih kepada kawan-kawan baru admin Kongres 1994 yang tidak lagi sempat aku kenal secara dekat.

Admins lain mohon aku buat entri perkenalkan diri di sini. Sebagai menghormati pelawaan mereka, aku pun ingin sekali memperkenalkan diri secara ringkas di dalam 'tapak tempat tulis' baru ni.

Lahir pada 30 Zulkaedah 1414, atau dalam masihi pada 11 Mei 1994. Awal 2012, aku menulis untuk NightlyArt (pada masa itu menggunakan alamat Nightly.Dylandy.Net, sekarang ni NightlyArt.com). Sebelum ini, aku juga seorang blogger bermula secara serius pada tahun 2009 dengan domain Aerionz.net dan bertukar kepada MySenpai.com dan kemudian bertukar lagi sekali kepada Dylandy.net pada 2010.

... sejarah ringkas tentang minat blogging.

Asal dari Terengganu, bekas pelajar bagi SMKA Sheikh Abdul Malek. Tidak ada banyak perkara yang aku mahu cerita tentang status pendidikan, cuma orang kebanyakan yang biasa-biasa shaja. Biasa sangat.

.... ideas

Aku suka menulis tentang idea dan apa aku fikir. Sepanjang berada di NightlyArt, aku sentiasa berusaha untuk tulis tentang idea-idea untuk improve lifestyle. Terbaru, aku menulis di NightlyArt tentang 'College - Tech Readiness' dan sebelum itu aku menulis berkenaan 'EST - The Art of Study Group'.

Rasional? Bila mati nanti dan ada orang jumpa blog aku dan dapat inspirasi, tak ke dapat pahala jariah tuh. Erm, ini aku punya point of view je lah. Aku tidak menyatakan bahawa "tidak guna hang blogging sekadar buat entri personal". Aku cuma menyatakan pendapat aku tanpa mengurangi atau merendahkan pendapat yang lain. Peace.

Hope, and future

Aku cuma mahu teruskan membaca, membina perpustakaan sendiri, menghasilkan buku-buku sendiri, membangunkan syarikat konsultansi sendiri, mempunyai hidup yang teratur, anak isteri gembira, mempunyai jaringan kerja yang bagus serta hidup dalam masyarakat sedar.

Erk, slogan hidup?

Simple sahaja... Logic, Accurate, Structured, Precise, Concise. Itu je.

Sekian. Harap-harap pada masa depan kita sama-sama bantu-membantu antara satu sama lain. Sekian, terima kasih !

Twitter - @ak4allz

p/s : By the way, aku rasa kulit aku macam putih semacam je dalam gambar di atas.





Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...