Tuesday, May 1, 2012

Episode Terakhir : Course and Career


Assalamualaikum! ingat tak dulu aku berkobar nak tolong orang tentukan course and career, tapi sampai sekarang tak tolong-tolong lagi kan? hah hah hah, selamat berkenalan! aku memang camni, benda yang dah plan sejak beberapa tahun lepas pun tak pernah jalan, ape tah lagi yang plan lepas SPM.

ya, aku dah plan post ni sejak pas SPM lagi. malangnya kemalasan menguasai diri. post ni takde apa sangat pun senanye, saje nak kongsi supaya korang yang tak yakin untuk buat pilihan dapat la sikit cahaya yang membantu kan. the light that will guide. pergh.

tapi kan aku dah post pasal SVIP ngan Holland's Theory, oke la tu kan. hihi.

aku dah pernah kata yang aku harapkan kuiz kat internet untuk tolong aku yang keliru, so kalini pun kita akan kekal dengan method tu. 

mohle teruskan membaca.



 

ini salah satu keputusan kuiz yang aku buat. ye, underline merah bermaksud betul gila lah tu, buat aku eksaited rasa ada orang (komputer? robot? ah, PSYCHOLOGIST :O) faham aku.





ada macam-macam jenis kuiz yang tema dia macam-macam spesis, contohnya yang atas ni pasal warna. tapi yang pasti, keputusan semua lebih kurang je selagi korang tak main kuiz yang tah pape.



Keirsey.com

ini website yang gila best. website ni dah cukup untuk korang kenal diri korang. takyah pegi survey kawan-kawan kat FB siap buat poll bagai tanya "pendapat anda tentang saya?" ish ish ish. kids nowadays~

aku Counselor. tak, bukan sebab aku jadi pendengar setia masalah sahabat handai dari tentang keluarga sampailah cinta (kaunselor tak berbayar aka sukarelawan) dan bukan jugak kaunselor kat sekolah yang kadang-kadang tak main peranan, tapi sebab aku manusia jenis Counselor.

apa tu? semua orang Counselor jugak ke? korang apa? ha nak tau gi la website tu, uh sikit-sikit tanya rimas i (kaunselor konon)




kesan sampingan website ni : membuatkan kita mengipas-ngipas tangan tanda teruja kerana
"finally, someone who understands me!"



ini cara Counselor belajar. omegod sama macam aku! aku memang cakap kuat-kuat dan suka conteng nota. ada satu subjek yang aku buat kad kecik comel sebab mula ambik subjek tu untuk trial SPM jadi tu jelah cara nak belajar sebab malas nak ambik awal-awal, aku memang belajar sorang-sorang, takde istilah study group untuk aku sebab aku suka sembang. omegod. aku memang nak jadi penulis. and i love both Biology and English! itu back up plan aku kot kalau tak dapat Psychology. like, OMG! 


k.


berdasarkan Keirsey Temperament, ada 4 kumpulan manusia:



  • As Concrete CooperatorsGuardians speak mostly of their duties and responsibilities, of what they can keep an eye on and take good care of, and they're careful to obey the laws, follow the rules, and respect the rights of others.
  • As Abstract CooperatorsIdealists speak mostly of what they hope for and imagine might be possible for people, and they want to act in good conscience, always trying to reach their goals without compromising their personal code of ethics.
  • As Concrete UtilitariansArtisans speak mostly about what they see right in front of them, about what they can get their hands on, and they will do whatever works, whatever gives them a quick, effective payoff, even if they have to bend the rules.
  • As Abstract UtilitariansRationals speak mostly of what new problems intrigue them and what new solutions they envision, and always pragmatic, they act as efficiently as possible to achieve their objectives, ignoring arbitrary rules and conventions if need be.



korang kena ambik kuiz kat website tu untuk tau korang kumpulan mana. dalam setiap kumpulan, ada pecahan, contohnya Counselor. Counselor bawah Idealist. jadi, aku ni manusia Idealistla.





si Keirsey ni memang dah kenal aku sangat. leh jadi besfren camni.





dengan tahu temperament korang, korang bukan je tahu career apa yang sesuai dengan korang, tapi korang jugak akan tahu apa yang sesuai dari semua segi! contoh atas ni, tentang lovey dovey. aku memang sejak sekolah rendah jadi orang tengah semua orang. padahal gue enggak penah jadian loh (jadian = kapel). tapi peliknya orang tanya aku pasal soal chenta. Dr Love ok. mari-mari, nak name card?



Nampak tak kat atas tu ada tulis Counselor (INFJ) kan? apa doh INFJ tu? 




oh, INFJ ni personality type rupanya. tapi personality type aku lah, korang lain tau. aku introvert, intuition, feeling and judging. senanye aku perceiving gak, tengoklah sikit je kan beza antara J ngan P tu. untuk tau apa maksud istilah ini, and apa personality type korang, bolehlah tekan sini


INFJ: "Author". Strong drive and enjoyment to help others. These are serious students and workers who really want to contribute. They make good therapists, general practitioners and ministers. 1% of the total population.


1% of the total population? terasa diriku begitu berharga, ahaa.




atas ni pulak keputusan kuiz yang aku ambik kat sini. kan aku dah kata aku google beriya, buat semua selagi ada. bab kuiz online ni memang aku semangat, kalau kuiz kat sekolah... em.











ini pula rujuk sini ye kengkawan.



Insight Game


haaa ni feberet aku! macam yang lain, website ni bukan je ada test untuk korang, tapi jugak ada result yang merangkumi seluruh aspek kehidupan! haa terus keluar ayat karangan SPM. apa yang lagi best, bagi korang yang dah terlentok-lentok mengantuk baca benda kat atas ni (apa da itu pun bosan ke, tsk) inilah alternatif untuk korang. kenapa?


sebab adaaaa... kartun! tengok kartun terus terbeliak mata, bila nak matang korang ni isk isk isk.



Basic Style

 



Strength




Weakness




Learning Style




Loving Style awwwwh





Working Style





perlu aku tekankan sekali lagi yang..... semua atas ni memang betul sangat dengan aku. bila korang buat benda camni, korang akan sedar banyak pasal diri korang yang sebelum ni korang tak ambik kisah pun. korang macam baru berkenalan dengan diri sendiri atau bagi yang dah sedar macam mana diri korang, korang akan rasa sangat best sebab walaupun orang lain tak kenal diri korang, tapi kuiz ni kenal.


lolol lonely naaa bunyinye.



jadi cubalah sekarang! bukan je dapat kenal diri sendiri, tapi jugak dapat tahu apa yang sesuai dengan korang dalam bidang pelajaran, pekerjaan, percintaan awh, senang kata, kehidupan la.



kongsi-kongsilaa personality type korang kat ruang komen bawah ni, atau ada yang nak sokong dan sangkal ke? selamat menjadi teruja!



sekian mekaseh.











Share |

1 Terbunuh:

Sung Taku said... [Reply to comment]

Idealist >< and it really suites me :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...