Tuesday, May 29, 2012

KML Orientation Week

Assalamualaikum and hello guys.

Dalam entri ni, aku nak share serba sedikit pengalaman aku semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baru MPPB Kolej Matrikulasi Labuan, Labuan. Mesti ramai dah yang lalui minggu orientasi kat U kan ! Harap maaf jika entri ni agak panjang dan membosankan.

"Matrikulasi je kau pergi? Low standard betullah. Pergi ah U terus. Mesti kau tak dapat UPU ni kan?"

Masih terngiang-ngiang di telinga aku ayat ni yang dilafazkan oleh seorang hamba Allah yang lebih baik dirahsiakan identiti beliau. Bukan semua bernasib baik dapat panggilan ke universiti. Mungkin kau bukan ditakdirkan Nya untuk melangkah terus ke universiti sesudah tamat SPM, mungkin sebelum tu kau perlu ke tingkatan 6 atau yang sewaktu dengannya. Jadi belajarlah untuk bersyukur dengan rezeki yang telah diperoleh. Okey back to the main point

20 Mei 2012 


Aku berangkat ke Terminal Feri dan Pelabuhan Menumbok, Sabah. Aku ditemani mak ayah dan adik aku pergi ke Labuan. Only my big brother yang tak ikut sekali ke Labuan, just dia ikut hantar sampai terminal feri. Masa tu lah, perasaan sebak tiba-tiba muncul bila big brother aku bagi nasihat kat aku untuk belajar betul-betul. Sekitar 10pagi, aku pun mula tidak berpijak di bumi yang nyata, haha; dah masuk kat dalam feri. First time and superb excited naik kenderaan air ni. haha. Sejam kemudian, aku pun sampai kat Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Sampai-sampai je kat sana, we were welcomed by the Labuan Matriculation College stuff. Then kami pergi check in hotel, sebelum mendaftar kat KML. Kira-kira jam 2petang dengan penuh semangatnya, buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki di KML


Habis semua urusan, masuk bilik, kenal-kenal dengan roomate, mak ayah dengan adik aku pun tinggalkan aku terus kat KML. fuhhhhhhhhh, dengan ringgit Malaysia yang agak banyak dalam tangan, hanya Tuhan yang tahu perasaan aku masa tu. Then aku jumpa dengan ex-schoolmates aku. Nasib ramai jugak yang member-member kat sana, tak jugak aku forever alone. haha. 

21 - 25 Mei

Proses pendaftaran pelajar baru masih berlangsung. Sebelah malam bermulalah episod ngeri di sebalik keindahan Kolej Matrikulasi Labuan. Masa tulah senior-senior program dua tahun yang kau jumpa buat pertama kalinya dengan senyuman lebar lagi peramah mula menunjukkan keganasan. haha. perkataan yang paling banyak disebut sepanjang MPPB tu "COMPRESS"

"Pelajar lelaki, COMPRESS lagi ke depan." 
"Pelajar lelaki, COMPRESS lagi ke kanan."
"COMPRESS COMPRESS COMPRESS"

Naik jenuh aku dengar perkataan COMPRESS ni. disebabkan tahun ni, bilangan pelajar yang mendaftar seramai 2761 orang, dewan besar kat KML penuh dan hanya tinggal ruangan-ruangan kecil sahaja. Pada malam 21 Mei tu jugalah, kami dapat denda pertama kami, gigit kad matriks. Bunyi macam senangkan. Kemudian, sambil mencangkung. Ditambah lagi dengan perintah naikkan kaki sedikit semasa mencangkung. fuhhhhhhhhhhhh. memang kawkaw balik bilik malam tu. Disebabkan diorang mengamalkan konsep, "One for all, all for one" bila seorang buat salah semua kena. Most of the time kena denda, kami tengah pakai baju formal, baju lengan panjang, seluar slack gelap, kasut kulit untuk lelaki. Di situlah keluar segala bakat terpendam untuk push up. Istimewa sikit, push up pakai baju formal. Habis calar balar kasut kulit yang baru dipakai sehari. Bagi aku sendiri, perkara ni semua, taklah teruk sangat, aku tak bagitahu pun kat parents aku tentang torture ni semua. Tapi ada juga keluar sedikit keluhan, sebab fasilitator yang terdiri dari pelajar program dua tahun dan para alumni KML ni pandai sangat cari kekurangan dan kesalahan kami. Kesalahan kecil boleh jadi besar. Lebih-lebih lagi bila ada pelajar yang taknak ikut perintah. Kebanyakan budak MRSM or SBP sebab diorang ramai tak macam budak sekolah harian biasa macam aku ni sekerat dua je member kat sana.. Walaupun setiap hari balik bilik jam 11.30 malam dan bangun jam 2.30 pagi,  alhamdulillah aku dapat bertahan sepanjang lima hari MPPB

Nak tahu apa yang aku dapat kat sana?
-Kawan baru
-Sunburn
-Jerawat naik
-Coklat murah sebab Labuan pelabuhan free duty
-Berat kurang 5kilo sebab boleh sampai 2hari takdapat makan

Haha. Right now, Im home dan tengah relax nak sambut Pesta Kaamatan. Lol. and sekarang mesti dah start MPPB kat Matrikulasi kat Semenanjung Malaysia. next 4th June will be the first class and I couldnt wait. Hoho. Kbye.





Share |

3 Terbunuh:

Anonymous said... [Reply to comment]

ahah compress!!!awak muslim ka? korg xtau kn yg plajar lelaki non muslim ada buat ketuk ketampi sbnyk 100 kali.x serentak ulang lg dari 1.fuhyy.penat tau.

Afhan Akmal said... [Reply to comment]

Anon : Im muslim. xpula aku pernah kena ketuk ketmpi, mungkin masa tu tgh aktiviti kerohanian kot. muslim pergi surau solat subuh :)

Anonymous said... [Reply to comment]

Lepas orientasi mmg ada cuti ba kan? Bakal menjadi pelajar KMLpada 19 Mei.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...