Monday, May 14, 2012

Nostalgia #3 - Living in London, UK

Assalamualaikum.

Sebelum aku menulis dengan lebih lanjut, aku ingin memohon maaf kerana telah sebulan menyepikan diri. Maaf, bukan sengaja ingin membiarkan blog ini tanpa apa-apa coretan, namun tuntutan sebagai seorang pelajar memanggil aku untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan A-Levels yang akan bermula dalam masa dua hari lagi.

Okay. Since tema kali ini ialah Nostalgia, maka dengan ini, aku ingin berkongsi sedikit sebanyak kisah hidup aku sewaktu berada di London, United Kingdom beberapa tahun yang lalu. Ya, London. :)

Masa aku Darjah 5, ayah aku dipindahkan ke sebuah hospital di Harold Hill (cuba Google!) yang terletak di East London. Maka kami sekeluarga pun berpindahlah ke London pada tahun 2005 itu. Aku masih ingat lagi, tarikh 5 Julai 2005 itulah hari pertama aku menjejakkan kaki di Heathrow Airport, London. :')

Ayah aku ditugaskan untuk berada di sana selama dua tahun. So, supaya masa aku di sana tidak terbuang begitu sahaja, aku pun masuk laa sekolah harian di sana. Sekolah itu namanya King's Wood School. Tapi sekarang sekolah tu dah pun menjadi specialist school. Nama pun dah bertukar. Drapers' Academy, tak silap aku. Aku pun tak berapa ingat.

Selama setahun setengah aku berada di sana, banyak perkara baru yang aku alami. Banyak pengalaman baru yang aku lalui. Banyak kawan baru yang aku temui. Dan.... Banyak benda baru yang berlaku di sekeliling aku yang menyebabkan aku rasa sangat bersyukur dengan kehidupan aku sekarang.


Lawatan ke Windsor, August 2005.
Lawatan ke Paris, France :)
My English Class, 2006 :)
My beloved teacher, Ms Lorraine Durrant :)
Selama aku berada di London, ibu bapa aku mengambil kesempatan untuk membawa kami berjalan-jalan ke negara2 yang berada di sekitar kota London. Kami pergi ke Wales, naik ke Scotland nun jauh di utara, kami pergi ke France menaiki keretapi bawah tanah, terbang ke Belgium, dan juga ke Venice di Italy. Oh, tak lupa juga, kami pergi melawat kota London itu sendiri dan aku berpeluang melihat Big Ben, London Bridge semua yang menjadi kebanggaan warga London itu. :) (Oh, untuk melihat gambar2 aku semasa di London dulu, boleh tekan SINI ya)

Hajat aku selepas ini? Pergi semula ke London untuk melawat semula sekolah lama aku. Aku nak jumpa cikgu2 aku (kalau mereka masih berada di situ) Aku nak jumpa kawan2 aku. Aku nak tengok tempat aku 'membesar', walaupun hanya setahun setengah. Harold Hill telah mengajar aku banyak benda.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk merasai semua ini dalam hidupku. :')

Okay guys, I better be off. Need my lunch. Malam ni packed dengan meeting, meeting dan MEETING! Selamat esok ada study leave. Hehehe. :) Until next time, Assalamualaikum :)

Lots of love, syazanazura :)




Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...