Tuesday, May 15, 2012

Nostalgia #4-Satu Keputusan, Satu Kelab, Satu Keluarga, Pelbagai Pengalaman

Assalamualaikum semua! Nazran disini dengan semangat baru untuk men-blogging. Tema bulan ini ialah Nostalgia, maka kita akan mengimbau kembali kenangan-kenangan sepanjang zaman persekolahan. So, apakah kenangan terindah bagi mamat blogger seorang ni? Ada banyak, tapi antara termanis ialah semestinya:

Kenangan bersama The Renaissance.


Jap Bro, asal masuk bab sejarah lak ni? Renaissance bagai...
Bro, ini berkaitan dengan sejarah hidup gua sahaja. Tiada orang mati lagi.
So, apa itu The Renaissance?

Kepada masyarakat: Ia merupakan sebuah orchestra sekolah menengah
Kepada pihak sekolah: Ia merupakan sebuah kelab
Kepada sekolah lain: Ia merupakan persaingan
Kepada ahli kelab: Ia merupakan keluarga
Walaupun apa-apa pun pandangan mereka semua, bagi saya The Renaissance merupakan terkenangan terindah.

Semuanya bermula dengan keputusan yang mudah. Gua x reti sukan2 ni, reti pon Catur je. Debate pon ala2 kadar je. Badan uniform tiada lagi so gua keliru. So, tanpa berfikiran panjang, gua memilih Pancaragam.

Tidak boleh dinafikan, keputusan terbaik semasa zaman sekolah dulu.

Sebenarnya, orchestra tak la hebat mana. Dapat bottom masa pertandingan, dicemuh pihak sekolah, budak2 band dianaktirikan. Memang banyak dugaan tapi bila fikirkan balik, hidup memang banyak dugaan. Band mengajar gua untuk menghadapi dugaan yang banyak semasa Form 1 lagi.

So gua pon masuk Band jadi Saxophonist. Pergh, cukup stylo dan rasa macho bila pegang sax tu. Saxophone pertama dapat yang cikai, kene ikat ngan pita PTFE kalo x bocor. Pastu baru la dapat upgrade sikit. Gua suka saxophone, sampai sekarang main. Dulu senior tak ajar sangat, so belajar sendiri la. Maka pada umur mentah 13 tahun, gua dah dididik untuk jadi 'resourceful'. Tak de cara nak buat? Gi cari ar!

Abang Hensem dengan saxophone-nya
Selepas itu, form 2 dah kene ajar budak junior. Argh, tanggungjawab yang besar. Senior lain lari. So terpaksa la ajar budak2 baru. Masa ni la dah mula rapat dengan band. Rasa kekeluargaan itu dah terputik dah.

Selepas itu, masuk tahun 2009 kemudian tahun 2010

BOOM!
Tahun 2010 ialah tahun dimana The Renaissance memutuskan bahawa tahun ini, TheR akan masuk ke Finale Wind Orchestra SBP dan Kluster.
Pergh, susah...Masa itu pon semua orang x pernah dengar pon TheR. Maklumlah, team yang baru je masuk Division Satu.
Tapi, kami tak gentar dan terus berlatih...
Dan berlatih...
Dan berlatih...
Homework ditinggalkan...
Kene marah dengan cikgu...
Exam drop...
Kawan-kawan lain mengejek...
Tapi kami tetap teguh
Dan terus berlatih...

Namun, tragedi terjadi...
Pergaduhan meletus
Antara senior dan junior
Antara lelaki dan perempuan
Antara cikgu dan anak murid
Budak2 band kene gantung sekolah
dan yang paling teruk, Oboist kami terpaksa berpindah sekolah...
Tanpa Oboist, lagu untuk pertandingan tidak dapat dilengkapkan
Itulah tanggungjawab gua, belajar Oboe dalam masa 3 bulan
Kalau ada diantara anda yang bermain alat muzik, 3 bulan itu tidak cukup untuk belajar alat muzik...
Tapi nak buat macammana, redah sahaja.

Bibir gua pecah, berdarah...
Gua hampir pitam time practice sebab push breathing lebih2 sangat
Duit gua melayang sbb nak beli reed oboe
Tak se-macho saxophonist tetapi tetap sleek :D

Tapi, semuanya terbayar apabilar TheR muncul Naib Johan dalam Finale WOC SBP dan Kluster.
Segala susah payah, tangisan, titisan peluh terbayar pada saat itu.
Maka pengajaran besar kepada gua.

Kalau kau nak capai sesuatu, gi buat apa2 sahaja untuk mencapai sesuatu itu. Menangis ke, Emo ke, Mengamuk ke, semua itu tak kira kalau akhirnya kau rasa manisnya kejayaan kau itu.

Pada tahun 2011, gua dilantik sebagai Ketua Muzik TheR, dalam erti kata lain, Conductor TheR
Maka tahun 2011 pon berakhir dengan 1001 kenangan manis dan pahit. (Sebenarnya dah pancit type ni, nak tau lagi, PM ar... :P )

Tapi sebalik kemenangan dan kekalahan ialah satu benda yang lebih bermakna:
-Hubungan yang terjalin
-Pengalaman yang ditimba
-Kemahiran yang dipelajari
-Kesusahan yang dirasai
-Kesenangan yang dihargai

Itulah nostalgia gua ini...sampai sekarang, TheR masih menerusi kegemilangan mereka dan gua selalu mengjenguk budak2 lain semasa practice, untuk mengimbau kembali kenangan2 dulu yang membentuk gua menjadi manusia yang hebat.

Sampai gua tulis parody lagi untuk TheR ni! (promote jap :P )
http://www.fictionpress.com/s/3019084/1/The_Renaissances_Melody

Saya sayang TheR!


So, apakah nostalgia anda?




Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...