Saturday, May 19, 2012

Nostalgia #6 - Borak Kedai Makan.

Assalamualaikum,
Ahh...... Ketika menghirup teh'o limau aku tadi, teringat aku kepada hari tersebut, hari rasmi aku menghabiskan zaman persekolahan aku, 30/11/2011. Walaupun aku berada di kedai makan yang berbeza, minum air yang bebeza, makan makanan yang berbeza, tapi secara tidak sengaja, memori tersebut meluru ke kepala otak aku ini.

Sebagai seorang pelajar aliran sains yang hanya mengambil subjek Tasawwur Islam sebagai mata pelajaran tambahan untuk SPM, aku berada di detik terakhir sebagai pelajar SMK Subang Jaya. Ketika itu, aku bersama 5 sahabatku di restoran Mak Nik di SS14. Bila difikirkan balik, pelik juga, sebab selain daripada Omarul dan Yazid, tiada lagi yang aku rapat di meja itu.

Kami berada di situ untuk menjamu makan tengahhari sementara menunggu kertas 3 biology bermula. Masih ingat lagi perkara yang keluar daripada mulut Irfan, yang menyebabkan aku memikir sejenak, menyebabkan nasi berlaukkan ikan keli aku ditinggalkan buat sementara waktu, "Korang tak perasan ke, dalam masa beberapa jam lagi, kita dah bergelar bekas pelajar?" Pada masa itu, fikiranku hanya terbayangkan segala detik persekolahanku  di sekolah yang biasa-biasa itu.



Ah, ketika aku di tingkatan 1, aku merupakan seorang pelajar yang pendek. Berada di kelas yang pertama, aku dikelilingi pelajar-pelajar terhormat, sedikit tersisih, tetapi aku tidak berapa kisahkannya. Apabila mendengar pengumuman akan sesi temuduga pemilihan pengawas pusat sumber, aku dengan pantas turun dan terserempak dengan rakan baikku di sekolah rendah dahulu, Mirul. Ya, ketika itu, fikiran kami seperti bercantum. Tahun itu, aku juga mendapat seorang peminat rahsia, yang sampai ke hari ini, masih tidak terjawab akan idetitinya.

Tahun ke-dua di sekolah itu, tidak ada impak sangat didalam hidupku. Ingatan yang menyinar didalam ingatanku hanyalah ketika kem perdana, kem yang diadakan untuk menggalakkan sifat membaca dikalangan pelajar. Ya, pada malam itu sungguh indah bagiku. Peserta kem seperti telah bersatu hati ketika menyanyikan lagi "I believe I can fly". Suasana ketika itu sungguh menenangkan.

Muncul tahun PMR pula, tahun yang pada pandangan aku tahun yang paling menyeronokkan bagi aku. Hairan, bagaimana aku boleh melabelkan sedemikian, sedangkan aku tidak mempunyai banyak memori tentangnya. Tetapi walaupun begitu, aku masih menyukai tahun ini. Bagiku, tanpa tahun ini, hidupku seperti tidak lengkap.

2010. Tahun yang hebat, penuh dengan suka dan duka. Kelasku pada tahun ini huru-hara, ya huru-hara. Tapi bukannya huru-hara apa, maksudku, huru-hara yang gempak. Kelas yang paling 'united'. Kalau hendak buat dajjal, yang satu kelas akan turut serta, tapi anda cari pasal dengan seorang saja daripada kami, anda cari pasal dengan semua ahlinya. Tahun ini jugalah aku mengalami fasa "cinta monyet". Tapi semuanya sudah ditinggalkan.

Akhir sekali, ketika muncul la era peperangan dengan satu peperiksaan yang mengusutkan kepalaku, SPM. Pada tahun itu, aku berjuang habis-habisan untuk SPM. Tapi kelasku merupakan kelas yang paling teruk. Nak kata pelajarnya bermasalah, kelas tu mengandungi antara pelajar terhebat di sekolah itu. Ya, aku sangat berdendam dengan kelas tersebut, aku hampir gila disebabkannya. Aku sentiasa tersenyum, tetapi hatiku sentiasa panas membara.

"Eh, jom, dah nak start ni paper bio," Lamunan ku terhenti ketika Omarul mengucapkan kata-kata tersebut. Aku mengambil hirupan teh ais ku yang terakhir. Akhirnya..... Aku 'BEBAS'.........







Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...