Monday, May 21, 2012

Nostalgia #7 : Zaman Tudung Senget

zaman tu fasa aku membesar. membesar di sekolah kampung. ye sekolah kampung. sekolah yang blok bangunannya paling tinggi pun 2 tingkat. blok pentadbiran yang terletaknya pejabat guru besar,GPK dan bilik guru. kelas 2 cuma,cerdas dan cerdik.

zaman di mana aku menggunakan kertas recycle yang kalau simpan agak lama akan bertukar kekuningan.* cis mencik tau,susah nak padam.* zaman kegemilangan di mana setiap peperiksaan aku mendapat top 3. fuhh gemilang terbilang sungguh aku pada masa itu. zaman membodek cikgu,zaman main tarik kerusi kawan bila kawan nak duduk. okay tu aku yang terkena masa darjah 2,bedebah punya classmate.--"

aku takde driver yang tolong hantar jemputkan ke sekolah. ayah lah yang setia menghantar ku ke sekolah setiap hari. bila masa hujan,aku masih setia bersama motosikal KRIS ayah. pernah jugak mengadu kenapa taknak naik kereta. jwapan ayah cukup mudah,sesak. aku akur untuk berlindung di bawah baju hujan ayah. kadang2 rasa malu dengan kawan,tapi bila dikenang ahhh seronak pulak rasanya.

zaman sekolah masa tu yang masih menggunakan loceng manual. setiap 30 minit,kena pergi bunyikan. bukan macam sekarang,semua automatik. masa darjah 4,kelas aku sebelah pejabat. jadi aku diamanahkan untuk membunyikan loceng. seronok kut bila buat benda2 tu. kena bunyikan guna tangan,rasa macam kat KTM dolu dolu pun ade. hai rindunyalah masa tu.

zaman bila bertepuk tampar dengan boys pun takde masalah. kihkih gatai haa. ^^v  dulu bila tudung senget,keluar jambul pun takde masalah. apa ada hal. stylo gila bila terkenang zaman rock aku dulu.
tapi aku suka sekolah aku. walaupun kekurangan kemudahan,terperuk tapi aku suka. sekolah yang tak tercemar oleh debu debu asap. sekolah yang tidak diganggu bunyi hon sana sini.
masa tu,pagi pagi ada kabus. kalah genting highland youuu. sekolah yang diantara blok akademik dengan blok makmal ada batu batu besar yang jadi tempat bertenggek geng aku masa rehat. sekolah yang dipenuhi rumput segar bugar.

zaman yang kena beratur masa assembly wajib "angkat,jatuh,angkat jatuh *tangan atas bahu kawan depan* " aaa paham tak ? tgk video ni. lebih kurang la. hihi










zaman yang nasi lemak harga 60 sen dah air secawan 40 sen. cukup singgit aku belanja sehari. jimat kann.
masa tu zaman makan aiskrem mesia buatan makcik belakang sekolah. bila ada duit lebih,berjoli beli aiskrem 20 sen tu. milo,anggur,asam boi,you name it. kalah cornetto. masa tu lah.

zaman prefect jaga kelas tulis nama kat blackboard. buat garisan tgah2,kiri L,kanan P. sape bising tulis nama. dah diam padam. haha kanak kanak nya lah masa tu. zaman aku rajin pinjam buku kat perpustakaan bergerak. setiap selasa lepak kat dlm gerabak buku tu. seminggu sekali je dtg. sekarang taktau la ade lagi ke tak perpustakaan bergerak ni. zaman dapat milo free bila milo buat promotion kat sekolah. beratur panjang2 lepastu amik milo free.masa darjah 6 dajal sikit beratur 2 kali. senior la katakan aiceh. sory adik adik.

banyak lagi lah kalau nak senaraikan. eksperimen sains tengok anak kacang tumbuh,buat kerja kayu,lepak kat seremban beli barang koop,skip kelas practice chess macam2 lagi lah. sekarang budak perampuan yang pakai tudung senget tu dah habis sekolah,dah nak masuk u dah pun. alhamdulillah jadi orang tak jadi setan lagi setakat ni.

sekarang sekolah tu dah upgrade dah. kelas pun dah ada 3. bangunan dah 3,4 tingkat. pra sekolah pun dah ada 3. haii hilang dah kabus tu semua. makan asap lah korang. haha.

paling gua takleh lupa dulu mana main kerusi plastik ni. semua kayu beb. gua ni gatal suka jongket kerusi. bila skru kerusi tu longgar maka secara otometik nya akan ada gap antara kayu tu. bila gua duduk kadang kadang tersepit pehh mau mengalir air mata gua. calar imej gua yang macho ni. pffftt ~

zaman sekolah rendah la bagi aku paling nostalgia. kat kongres 1994 cerita pasal sekolah menengah je setakat ni aku rasa. meh la aku buat zaman sekolah rendah. hihi. lagipun rasanya zaman aku kat sbp tu lebih kurang sama je dengan sbp lain naik tangki,fly,lepak sick bay and so on. so thats it.

main entrance mne ade cmni dulu. cis



sekian sahaja sahutan bagi panggilan kogres anak 94 ini. 
assalamualaikum dan salam satu mesia !









Share |

2 Terbunuh:

al-jambz said... [Reply to comment]

Nais wan.

Haha, pada aku, part yang paling epic adalah masa pengawas buat garis tengah tulis L belah kiri, P belah kanan.

Bukan main pengawas dulu, jenis nak tunjuk dia berkuasa penuh dekat sekolah kononnya.

:D

Che Peanut said... [Reply to comment]

jyaeh akhirnya nama gua terpahat di sini. kihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...