Tuesday, May 22, 2012

Nostalgia #8 : Pentas Akhir Pilih Kasih



Oleh, Fadily

Bismillah pembuka bicara. Apa khabar korang semua? Paly tau mesti korang ternanti2kan post ni, kan? Hehe~ Kali nie Paly nak cite pasal perkara yang Paly minat sekali lagi berbakat! Korang mesti dah tau, kan? Ya! Lakon. Atau lebih spesifikasi lagi pasal Pilih Kasih. Untuk pengetahuan korang, Paly dapat hot seat ketika Pentas Final Pilih Kasih Musim ketiga nie. Tempat dia di Kompleks Penyiaran RTM Tunku Muhamad, Senawang, Nogori Sombilan. Hahaha!

Hmm~ rasanya ramai yang dah tengok Pentas Final Pilih Kasih, kan? OK! Paly nak cite dari awal. Mungkin post nie akan lebih panjang atau yang terpanjang sekali daripada post2 yang sebelum nie. Post2 yang sebelum nie pon dah panjang2, tambah lak post yang nie. Haha! Dah jadi lumrah Paly nak tulis panjang2~ Banyak bende nak dicerita. Idea keluar mencurah2! Haha! Tak de la sampai tahap munsyi tu~ Hah! Tengok baru intro, dah berjelar2~ Haha! XD

Kita bermula daripada Paly dapat call dari pihak TM. Petang hari Rabu, dalam pukul 3 ptg, Paly dapat call daripada pihak TM lepas Paly hantar sepupu Paly pegi SRAR. Perempuan Cina a.k.a Amoi yang call tu. Haha! Perbualan kami lebih kurang macam nie:-
Amoi : You Mohammad Fadily bin Zakaria ke?

Paly : Ha’ah, ada apa?

Amoi : You ada masuk itu peraduan di EveryoneConnects.net, kan? Tahniah kerana you dapat tempat duduk VVIP time Pentas Akhir Pilih Kasih Musim ketiga!
Paly : Hah?! Really??
Amoi : Yup! Tahniah skali lagi. Btw, you boleh ajak sorang lagi untuk join you nanti. Just sekarang nie saya nak dapatkan confirmation dari you. You nak datang ke tak?
Paly : Erm~ Saya tak tau lagi. Boleh saya beritahu esok?
Amoi : Hmm~ OK la kalau macam tu. Esok I call you dalam pukul 10. For you information, kami ada sediakan transport dari KL at Menara TM hari Ahad pukul 5 petang.
Paly : OK! Thanks~ Hehe~
Amoi : Congratulation again. Bye!
 Esoknya, lepas Paly tanya mak ngan ayah Paly, ternyata Paly dapat green light! Hehe~ Apa lagi! Sronok giler la hati nie. First thought, Paly ingat dapat bergambar ngan idola Paly dalam bidang lakonan nie, Rosyam Nor! Haha! Mesti best, kan? Hehe~ Kalau dapat, Rosyam Nor jadi artis kedua yang aku jumpa live lepas Bob Lokman. Hehe~

Paly ingat nak ajak mak Paly pegi tengok, tapi sebab esok harinya sekolah, tak boleh la~ Then, Paly teringat Bali yang tinggal kat KL. Apa lagi, boleh la tumpang rumah dia sekali, alang2~ Haha! Lepas Paly tanya dia, OK! Another green light! Alhamdulillah. Setakat nie berjalan lancar.Tiket bas ke KL dah dibeli pada hari esoknya, hari Khamis.

So, hari Sabtu pagi Paly mula bermusafir. Secara kebetulan, Paly terserempak dengan Kak Wani Sabri. Dia naik bas sekali nan Paly. Kak Wani nie sekolah sekali ngan Paly time Paly Form 4 and dia Form 5. Kata Kak Wani, dia nak balik maktab. So, tempoh perjalanan dari Gerik ke KL selama 4 jam. Pukul 1 petang baru sampai kat Jalan Duta.

Putra Transport
Lepas solat, baru call Bali. Tak beberapa lama lepas tu, Bali ngan parents dia sampai. Agak lambat sikit tapi tak pe. Tak kesah pun~ Hehe~ Bali ada ajak Paly pegi Suria KLCC. Ok, Paly on je~ Nak jugak merasa jadi ‘pelancong’ kat KL nie. Haha! Lepas Paly letak barang kat rumah Bali, Paly ngan Bali terus berangkat ke station Putra untuk ke KLCC. Pergh! Memang menarik tengok Putra tu. Kena beli token dulu kalau nak kemana2. Tapi, boleh jugak pakai kad ‘Touch n Go’. Best!

Kendian, dah sampai Suria KLCC, kami bercadang nak tengok wayang. So, atas kata sepakat, kami tengok cerita Titanic 3D. Movie nie start pukul 6.05 petang. So, ada masa dalam 1 jam lebih sementara nak tunggu time movie tu. Pastu, kami berjalan2 kat dalam Suria KLCC. Pegi kedai Sony, Petrosains, kedai buku, etc. Sambil2 tu, Paly tengok jugak orang2 kat situ. Ramai jugak pelancong asing kat situ. Itu yang lain sikit berbanding kat Perak. Haha! Memang la kan? Macam langit ngan bumi. Lepas puas tengok cerita Titanic 3D, kami terus pulang ke rumah melalui transport yang sama. Sampai kat rumah dalam pukul 10 gitu. Haha! Balik2 terus solat dan tido.

Bila Bali cuci kereta..
Esoknya hari Ahad, plan pagi nak pegi joging. Tapi, Bali dah malas. Haha! Tak pe la~ Lagipun, Paly pun tak berapa rajin gak. Hehe~ So, sementara nak tunggu petang tu, hehe~ Dah start teruja dah! Paly ngan Bali main game PS2 dalam setengah jam macam tu. Kendian, Paly tawarkan diri nak tolong mak Bali cuci kereta bersama Bali. Sekurang2nya, Paly dapat tau macam mana nak cuci kereta. Hehe~ Kat umah Paly jarang ada kereta. Ayah Paly jarang balik rumah. Sekejap je dia balik. So, tak sempat nak offer. Hehe~
Pastu, Paly bersiap sedia nak bertolak ke Menara TM. Kata Bali, boleh naik Putra turun kat station Kerinchi. Paly berangkat awal sebab Paly mana tau lokasi Menara TM lepas turun kat Kerinchi. Bali tak dapat ikut sebab ada sedikit masalah peribadi. So, terpaksalah Paly pegi sorang. Agak risau gak sebab Paly nie jarang datang KL. KL nie memang bahaya! Ramai yang cakap macam tu. Bali hanya hantar Paly kat station Setiawangsa. Pukul 3 petang, baru sebuah Putra lalu. Kendian, dalam setengah jam, baru sampai Kerinchi.

Menara TM
Paly terus bertanya guard kat situ. Rupa2nya, dekat je menara TM ngan station Putra tu! Nasib baik la~ Paly ade gak tengok peta yang ada kat situ sebelum Paly tanya guard tu. Hmm, Paly tengok banyak sangat nama sampai pening nak tengok. So, Paly tanya la guard tu. Haa! Part nie yang tak best. Kene plak cari lobi dia. Punya lah Paly jalan keliling Menara TM yang berbentuk macam rebung tu. Nasib baik pakai baju lengan panjang! Kalau tak, pakai handsock hitam semulajadi laa Paly~ Haha! OK! Lepas Bali tanya Ameer pasal direction kat Menara TM tu, jumpa sudah lobia dia.

Lobi Menara RTM; sementara nk tunggu van
Paly tunggu la, Kakak Nora yang ada text Paly pasal transport ke sana. Dia yang handle yang winners nie. Dari pukul 3.30 petang sampai 5 petang, baru kakak tu sampai. Tapi, transport dia tak sampai lagi. Pastu setengah jam tunggu van tu. Paly sempat berkenalan dengan Abg Amal, Kakak Izzah ngan sorang kawan Abg Amal yang jadi photographer. Kata Kak Nora, ada 5 winners yang akan naik transport nie. Tapi, hanya Paly sorang je yang ada. So, Paly sorang je la yang pegi bersama2 ngan abg2 ngan kakak2 tadi naik van tu.

Perjalanan ke RTM Senawang tu membuatkan hati Paly terasa lebih gemuruh! Haha! Ye la~ Nak jumpa ramai artis nanti. Bukan senang tau! Paly syukur sangat dapat peluang yang Allah bagi kat Paly nie. Alhamdulillah~ Kami pegi Giant kat Senawang dulu sebab nak cari kasut untuk Paly. Paly tak de kasut sneaker. So, Paly pakai sandle je~ Terasa malu plak! Terpaksa susahkan Kak Nora ngan Abg Amal pegi shopping. Korang tau, Paly rasa time shopping tu merupakan shopping yang paling pantas! Haha! We’re in rush! Pap! Pap! Pap! Dah siap!

Abg Amal.. yang bertudung nie Kak Nora
Seterusnya, ke destinasi sebenarnya, RTM Senawang!! Haha! Sekali lagi perasaan teruja tu datang menerjah! Second time ke situ. Sebelum nie, Paly ada masuk Pertandingan Awal Wind Orchestra tahun 2010. Persembahan ada buat kat RTM tu la! Hehe~ Rindu plak rasanya waktu tu. OK! Orang yang pertama kali Paly mula kenal ialah Abg Suhaili, Pali tak tau eja nama dia. Hehe~ Abg Li (nama famous! Waaah~ Haha!) nie memang famous pun. Ramai orang yang kenal ngan dia. Dia baik dan ada sense of humour. Haha!

Bersama Bil Azali
First thing Paly kene buat ialah make-up! Waahh! First time kene make-up! Dah macam artis~ So, kami terus ke ke belakang stage untuk dimake-up. First artis Pilih Kasih yang Paly jumpa ialah Reen Rahim. Pergh! Baru sorang jumpa! Rasanya kat bilik make-up nanti musti ramai lagi! Huuu~ Berdebor2 hati nie! Kendian, ada la jumpa artis2 Pilih Kasih musim lalu yang lain macam Afiq Meadin, Bil Azali, Jay Iswazir, etc. Then, masuk bilik make-up. Terbeliak mata Paly! Tapi dalam hati la~ Hehe~ Heri Aszmo, Fareth Agang, Hakim Yazid, Theera Alias, dan MARINA JOZE! I’m her fans sebab Paly tengok memang dia berbakat! Paly terus speechless bila tengok diorang sume. Sebelum nie, selalu tengok kat TV2 je~ Kini! LIVE!! AAaAaAAAa~ Terasa macam nak menjerit je kat situ.



Bersama Heri Aszmo
Paly dapat bergambar dengan Heri. Terbaikk! Kendian, Paly diberi baju Pilih Kasih untuk dipakai. Lepas tukar baju, make-up. Gambar Paly diambil sebelum dan selepas. Haha! Nak buat perbandingan gitu. Best kot bila Paly dimake-up. Dapat merasa jadi macam artis gitu~ Haha! Ternyata, memang berbeza giler wajah Paly time tu. Pastu, Abg Li ada menyampuk nak pakai wig (rambut palsu), tak? Hish! Haha! Apa la Abg Li nie~  Pastu Paly dibawa ke pintu masuk RTM tu. Nak tunggu Rosyam Nor! Inilah saat2 yang Paly tunggu selama Paly ke sini. Lepas beberapa ketika, Paly tak perasan kehadiran Rosyam Nor; sibuk sembang ngan mak. Bila Paly tengok Rosyam Nor, terasa hati  nie luluh! Terasa lemah plak lutut nie~ Rosyam Nor di depan mata kepala Paly! Pastu dapat plak bersalaman ngan dia time nak bagi hadiah kepada winners! Lagi girang la Paly! Haha! Memang saat tu takkan Paly lupa. Paly pun ada jumpa ngan winners yang lain kat situ.
Make-up

Bersama idolaku, Rosyam Nor!
Untung dapat duduk sebelah Erra Fazira~ Gugup kot!
Kendian, boleh la mula masuk dewan. Paly diberi tempat duduk sebelah Erra Fazira! Aaaaa!!! Sonoknye~ Haha! Jangan jeles, ye korang sume~ Memang dekat giler~ Pastu, sorang2 artis Paly jumpa. Contoh la Paly bagi, Umie Aida, Ibu Fauziah Nawi, Dr. Abu Hassan, Erma Fatima, Hamzah Tahir, Reza, Muaz Muhamed, Iesya Toh, Fizz Fairuz, Liyana Jasmay, Tiz Zaqyah, Qi, etc. Ramai lagi lah!

Baru Paly dapat merasa macam mana rancangan siaran langsung berlangsung~ Haha! Untuk pengetahuan korang semua, semua slot diarah oleh seorang abang tu. Dia yang suruh orang bersorak, timing, etc. Time break, masing2 buat kerje sendiri. Ada yang pergi tandas. Rosyam Nor plak pegi jumpa ngan org2 dia. Ada benda yang dibincang. Paly pon ada gak terdengar sikit perbualan antara Rosyam Nor ngan penasihat2nya tu tapi tak jelas. Biarlah~ bukan urusan Paly pon. Paly duduk situ hanya untuk melihat performance artis2 Pilih Kasih. Tambah plak, malam nie final. Memang special sungguh! Haha!
Liyana Jasmay - Cinta Bersatu
Korang mesti ada tengok muka Paly kan? Hehe~ Nampak macho tak? Segak ke? Yang penting, nampak macam artis tak? Haha! Sekali sekala~ mana tau kot kalau ada rezeki Paly nak jadi pelakon suatu hari nanti ke, ade gak experience. Hehe~ Sekali lagi, jangan jeles ye~ lol. Banyak kali jugak muka Paly keluar kan? Tiap kali Dr. Abu Hassan ngan Ibu Fauziah Nawi komen artis2 Pilih Kasih tu, adalah terselit muka Paly~ Haha! Segan la plak~ Kompom korang ckap Paly nie carpub (CARi PUBlisiti) punye~ Nak buat camne dah camera roll kene muka Paly, apa boleh buat?! Control macho la~ Haha! Tak pe la gak. At least, nanti satu Malaysia kenal Paly. Haha! Tak de la~

Finalist Pilih Kasih 3
Part yang best bila Reza cakap nama Paly. Pergh! Agak segan di situ. Haha! Bangga mak Paly bila tengok Paly masuk TV. Sebelum nie, Paly tengok Pilih Kasih ngan mak Paly laa~ Last2, mak Paly sendiri tengok wajah anaknya ni masuk TV secara LIVE! Huhu~ Terharunye~ T_T







Berikut pemenang Pilih Kasih Musim Ke3 :
Pelakon Pilihan TM : Sura Sojangi

Tempat Ketiga : Marina Joze

Tempat Kedua : Hakim Yazid
Tempat Pertama : Reen Rahim
Sesudah habis, Paly pergi makan supper bersama2 dengan Abg Amal, Kak Izzah, Abg Li, Puan Aida dan kwn Abg Amal. Hehe~ Time makan2 tu, kami ada sembang2 sikit. Abg Li ada tanya pasal result SPM Paly. Paly cakap la dapat 10A. Pastu diorang terkejut! Haha! Diorang congrate Paly. Puan Aida ada tanya ada apply mana2 scholarship. Paly cakap tak apply mana2 pun lagi. Dia cakap boleh apply TM punya. Kendian, dia bagi emel kat Paly kalau ada nak apply scholarship TM boleh contact dia.
Yang Paly tak tahan gelak tu, bila Abg Li buat lawak dgn geng laki Pilih Kasih 2, Jay Iswazir and the geng. Haha! “Haa! Tengok nie la dia anak jiran sebelah Abg Li yang dapat 10A!” Korang ada tengok kan iklan tu. Yang Ramli pegi MU tu~ Bapak Ramli tu ada cakap “Anak jiran sebelah tu dapat 9A!” Kiranya macam sambungan iklan tu laa~ Haha! Lawok2~ XD

Kemudian, Paly berangkat ke van untuk pulang ke rumah Bali. Waktu tu dalam pukul 12 tengah malam. Abg yang bawak van tu tolong hantar Paly terus ke rumah Bali. Paly ingat boleh turun kat station Setiwangsa je~ tapi, abg tu cakap KL nie bahaya! Macam2 boleh jadi. Tambah plak kalau tak kenal sesiapa kat sini. So, Paly bagi alamat rumah Bali kat abg tu. Alhamdulillah~ sampai jugak. Cuma nak gerak Bali je~ Paly tau Bali nie memang tido mati. Nak call dia, phone dia dalam Silent Mode. Banyak kali miss call. Haha! Nasib baik dia angkat. Kalau tak, tido la Paly kat luar tu. Hehe~

Esok plak! Hari Isnin. Pagi nie, Bali and I makan kat kedai mamak. Pastu, pegi beli tiket balik Gerik untuk pagi Selasa. Pukul 2 petang Bali ada practice JPJ kereta. Paly ikut sekali. Nak bagi semangat! Haha! Lebih kurang la~ Lepas tu, kami bersiap sedia nak pegi Times Square ; beli barang skit. Kejap je~ Dalam pukul 6 lebih baru balik. Malam tu, Paly pack barang2 sume sebab esoknya nak balik dah~ Malam tu, Paly ngan Bali sembang2 kejap sementara nak tunggu perasaan kantuk datang menerjah! Cee~ ayat dah macam Dr. Abu la plak! Haha!

Pulang sudaahh~
Hari Selasa, hari nie laa! Paly pergi ke Jalan Duta dengan teksi. Huhu~ tengok wajah Bali pun dah nak mula rasa rindu balik. Haha! OK. Sampai sini saja laa cerita Paly pasal Pentas Pilih Kasih Musim Ketiga nie. Harap2 ada Pilih Kasih musim yang seterusnya sebab giliran Paly pulak yang beraksi di pentas! Haha! Amin~ Sama2 kita doakan agar Rosyam Nor teruskan program Pilih Kasih nie. Hehe~

Haa~ ramai antara korang yang tertanya2 macam mana Paly boleh masuk TV nie, kan? Sebab lepas Paly sampai rumah. Bukak Facebook; Pergh! Ramai geng2 Paly yang promote gambar2 Paly time Pilih Kasih hari tu dari page EveryoneConnects.net. Sampaikan ramai yang dah mula jadi fans Paly. Hehe~ Sebelum nie pun dah ada beberapa orang. Haha!

Inilah peraduan dia~ Klik utk lebih lanjut.
OK! Sebenarnya sebelum ni, Paly ada masuk peraduan Pilih Kasih kat laman web EveryoneConnects.net tu. Asalnya, Paly saje2 je nak masuk. Tak terlintas di hati pun berharap dapat hadiah hot seat time Pentas Pilih Kasih masa Paly masuk peraduan tu. Tup2! Hari Rabu tu dapat call dari amoi tu. Haha! Memang sonok giler la~ Allah tu Maha Pemurah. Kadang2 apa yang kita memang nak sangat, Allah beri kepada kita. Jangan sesekali lupa untuk bersyukur kepadaNya. Allah nak bagi peluang kepada Paly macam mana rasanya dapat lihat sesuatu dari maya ke realiti. Macam dapat tengok hantu. Tak ramai yang dapat tengok, kan?

Hmm, cukup sudah post Paly kali nie. Hakikatnya, banyak bende lagi yang Paly boleh cerita. Cuma mungkin ramai antara korang dah bosan baca post Paly yang berjelar2 nie. Hehe~ Akhir kata, terima kasih sebab sudi luangkan masa korang baca post istimewa daripada Paly nie selama.. berapa minit?? Haha! Sekian.

p/s : Kalau ada soalan lain ke, boleh komen di bawah ye~ hehe~ teringin plak nak dapat offer blakon. Haha!





Share |

1 Terbunuh:

Fazid Zac said... [Reply to comment]

Waaah! Terharunya~ Keluar gak post saya nie~ Hehe~ :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...