Thursday, May 24, 2012

Persiapan Ke Kolej & Universiti

as-Salaamu'alaikum w.b.t dan selamat pagi buat semua pembaca di 1994s ni. Semoga semua readers sihat-sihat belaka. Entri ni aku tulis khas untuk pelajar yang sedang bersiap-siap untuk bergerak ke kolej atau universiti sama ada utk Matrikulasi, Asasi atau yang buat IB atau A-Level ke, insya Allah membantu.

Erm, ada beberapa perkara yang biasa kita tertinggal bila nak ke kolej (haha, aku budak asrama dulu, so tahu la sedikit sebanyak barang apa yang penting pada pandangan aku). Contohnya ?


Beg kecik tambahan. Bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan. Ya, beg pakaian yang besar untuk kita bawak segala keperluan pakaian itu memang pasti lah kena bawak, tapi beg pakaian yang kecik. Aku beli beg ni di MyDin Mall harga dia sekitar RM7. Gunanya nanti, kalau ada event out of college sehari atau dua, boleh pakai beg kecik ni untuk simpan pakaian. Takkan nak bawak beg besar pulak kot. Kan kan?

Jadi, sila siap-sedia satu unit. Tidak rugi kalau ada.


Kalau nak study malam-malam dalam bilik/dorm sekitar pukul 2-3 pagi tuh, masalah sikit lah kalau pakai lampu siling tuh. Kan tak pasal-pasal muka lebam-lebam kena terajang dengan kawan sebilik. Sebagai persediaan, beli siap-siap desk lamp. Aku beli desk lamp, harga dia hampir kepada RM30. 

Pilih dengan betul-betul. Sila check jenis mentol apakah yang digunakan, dan pastikan mentol itu senang nak cari kalau-kalau terbakar. 


Yang ni memang perlu. Extension wire wajar bawak sekali. Aku pilih yang ada 3 socket, ada surge protection. Jenama dia : Berlin. Harga dia sekitar RM20 kalau 3 socket, dan naiklah sikit kalau ada 5 socket. Senang sikit kalau nak caj bateri handset, laptop, desklamp dan ape-ape je lah. 

Tak susahkan member. Kalau boleh, beli yang jenis surge protection. Agak-agak kalau ada kilat guruh semua, electrical appliance tidak terjejas sangat. Tapi ingat, extension wire yang ada surge protection ni kadang-kadang harga dia mahal sikit dari yang biasa, tapi berbaloi r.


Yang ni memang sangatlah penting, sila bawak sekali tafsir atau al-Quran. Kita tak pasti tempat kediaman kita itu 100% selamat daripada ....... (ah, tahu-tahulah apa maksudnya tuh). Hari-hari kalau boleh, sila pastikan diri sendiri tiu baca al-Quran secukupnya. Kalau tak baca al-Quran sekali sehari, sepatutnya kita kena rasa hidup tak tenang sebab kita dah tinggalkan the most important manual in human's daily life. 

Kalau yang ada smartphone itu, boleh je install apps kat dalam smartphone masing-masing. Teknologi kan ada.. HaHaHa.

Lain-lain perkara yang dirasakan perlu ialah, kamus. Ya, kamus itu penting. Bagi aku, tidak perlu aku bawa kamus yang tebal itu sebab aku sudah install perisian kamus di dalam laptop ni (aku pakai Artha Wordnet, hanya untuk Linux OS sahaja). Anda boleh cari perisian seperti Oxford Concise Dictionary. Kalau ada internet lagi bagus.

Sebab ...?

Sebab anda gunakan je kamus internet seperti Google Dictionary, Reference.com Dictionary. Cambridge Dictionary, MacMillan Dictionary dan macam-macam lah. (sekali lagi) Teknologi kan ada. HaHaHa.

Jangan lupa akan kalkulator dan buku rujukan addmaths tahun lepas (SPM). Dengar-dengar, buku rujukan addmaths nanti akan jadi teman yang berguna untuk study calculus. 

Sekian sahaja, moga-moga entri ini membantu. 

Thank you as always, from Aizan Fahri of NightlyArt.





Share |

2 Terbunuh:

Myshdorm said... [Reply to comment]

lampu suluh atau lilin...aku tinggal asrama benda ni la orang cari kalau blackout...asrama jelah..universiti xtau teman..maklum la teman dapat form 6 je...ehehehe

anonymous said... [Reply to comment]

kalu budak matriks tak perlu la lampu meja.sbb kat matriks mmg dah d sediakan lampu meja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...