Saturday, May 12, 2012

Secawan Kopi, hanyut bersama Nostalgia #1 - Cerpen

Aku menongkat dagu di jendela bilik. Dari tadi mengira bintang di langit, belum tepat lagi kiraannya. 1,2,3,4 .....  "Ahh, bintang yang ke berapa ni?" bisik hati aku membakar rasa fed-up. Akhirnya, aku tamatkan aktiviti yang tiada penghujungnya itu. Melihat kebesaran Dia,  terbit rasa kagum. Langit khirmizi yang terbentang luas, bintang yang tersusun membentuk buruj, bulan yang mekar kembang disimbahi cahaya dek terkena tindakan refleksi dari cahaya matahari. Itulah dia, satu percaturan dari yang Maha Bijaksana. Tahmid terkuncup dari mulut. Indah. Sempurna, tiada cacat-celanya.


Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? (Al-Mulk 67:3)



Kopi yang aku bikin tadi belum lagi mencium tekak. Ralit sungguh aku mengira bintang dari tadi agaknya, dan kini aku mengangkat cawan itu, dengan satu hirupan aku dapat rasai kenikmatan kopi tersebut yang belum hilang, walaupun sudah agak lama terdedah kepada udara.

"Koh koh" Terbatuk.

"Macam mana aku boleh lupa letak gula?" Getus aku dalam hati sambil mata tertancap kemas ke arah cawan tersebut.

Aku letakkan semula cawan di atas meja bulat, terus kembali merenung ke luar jendela.

Perlahan-lahan, aku hanyut dalam kenangan masa dulu. Nostalgic!

+++


"Aku nikahkan dikau Zamri Hamidi dengan Shashakila dengan mas kahwinnya RM Sembilan ratus sembilan puluh sembilan ringgit sembilan puluh sembilan sen tunai." Sambil memegang erat tangan Zamri, aku melafazkan ijab untuk mengesahkan perkahwinan 'main-main' Zamri dengan Shasha.

"Woi kau gila ka? Taknak aku dekat perempuan singa tu. Mati kalau aku jadi suami dia!" Zamri menarik tangan aku untuk tangannya lepas dari perangkap yang aku buat secara tiba-tiba. Sengaja aku bersalaman dengan dia setelah 2 hari tidak bertemu, dan terus memerangkap dia dengan lafaz ijab. Rindu nak berjenaka.

Ya lah, cuti hari Sabtu dan Ahad jarang aku keluar rumah bertemu rakan-rakan sekolah. Semuanya sibuk mengisi masa cuti dengan mengulang-kaji pelajaran, siapkan kerja sekolah dan tidak lupa jugak yang menonton kartun pada waktu pagi. Dragon Ball dan Chibi Maruko Chan adalah diantaranya. Doraemon dengan Shin Chan petang-petang sikit nanti. Kami, walaupun sudah tingkatan Empat, tetapi darah kartun tetap mengalir deras dalam sanubari. Sungguh tidak matang.

"Amboi dekat facebook bukan main lagi aku tengok kau komen gambar dia. Yang masa dia tangkap gambar sambil mulut muncung ke depan, pipi kembung macam ikan kembung, siap kau kata 'so suwwwiiitt' lagi. Hari ni aku nak nikahkan kau orang berdua tak mahu pulak" Hujah aku padu mengena ke hidung Zamri.

"Ehehehe, itu aku saje je" Dengan bermodalkan muka yang tidak tumpah seperti Zambri Khadir, menteri besar Perak, Zambri Hamidi tersengih malu tersipu-sipu.

Dalam hati, aku rasa nak peampor je. HAHA.

+++


"Kau dah siap belum homework yang cikgu bagi semalam? Meh bagi pinjam dekat aku! Cepat-cepat, sebelum rehat nanti masa Akaun. Cikgu Salbiah tu kau fahamlah dia macam mana. Mati aku nanti" Teriak Zambri sambil mulut tercungap-cungap mencari nafas.

"Dah la datang lambat, pukul 7.25 baru nak sampai? Nasib baik tak kena tahan dengan pengawas, kalau tidak memang buku aku pun kau tak akan sempat nak pinjam. Nah, ini dia." Balas aku sambil aku hulurkan Buku Latihan Prinsip Perakaunan 2.

"Ehehehe, rilek la brader. Tadi perut aku memulas. Memang plan nak buat malam tadi, tapi aku tertidur, penat sangat main bola petang semalam" Sengaja cari alasan. Kalau dah malas tu malas jugak lah kau ni Zambri.

"Aku pun main bola jugak kan semalam, tapi boleh je aku siap. Zambri, orang yang rajin akan cari jalan tapi orang yang malas akan berusaha untuk cari alasan. Apela kau ni" Terang aku, gaya dah serupa Dr. Fadzillah Kamsah.

"Kena ceramah free je pagi-pagi  ni." Balas Zambri.

"Padan Muka!"

Kami ketawa bersama.

+++







Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...