Saturday, June 9, 2012

Nostalgia #11 - Kenapa?

http://1994s.blogspot.com/2012/05/nostalgia.html
Kenapa?- Mohammad Ramdzuanny
http://ramdzuannymusram.blogspot.com/

"Bang, bang... Bangun bang, Abang Bur panggil."
Cehh.. Buat kacau betullah junior aku ni. Aku tengah tidur syok2 tau.
" Kenapa? Ah, kau bagitau dia aku tengah tidur. Tak penting juga tu nanti."
"Bang, bang, Abang Bur panggil lagi. Dia cakap penting."

Cis. Apahal sangat la penting malam-malam buta macam ni. Aku pakai baju, keluar dari dorm kecik tu, pergi koridor, tengok bawah. Bur tengah tunggu.

"Ram, datang dewan Ram. Ada hal penting."
Dewan? Apa lagi niii? Assembly malam kan dah habis, apa lagi mau kumpul-kumpul? Gila betullah sekolah ni.
" Siapa yang suruh, Bur?"
" Cikgu Sam."

Bah yalah. Kenapa kunun kumpul lagi ni. Aiseh, terkeluar pula slang Sabah.

" Siapa-siapa lagi kena suruh kumpul ni?"
"Form 4 ja Ram. Laju kau, semua orang di dewan sudah ni, kau ja belum."

Aku pun malas mau banyak cerita, aku pergi ambil selipar aku, lepas tu aku turun tangga. Pergi la dewan sekolah. Memang betul. Semua Form 4 dah ada di situ, ada dua tiga orang termasuk aku ja yang belum sampai. Kebanyakan baru bangun tidur. Mamai. Busuk. Macam - macam ada. Ada yang panas; belum siap study. Sudahla minggu exam. Memang fail la ni kalau nda study. Masuk ja dewan, aku cari kerusi, duduk ikut kawan-kawan lain, dalam bulatan besar. Di tengah ada Cikgu Sam. Dengan Ah Chai. Dia bukan Cina, cuma muka dia putih, and very good in Maths, so kami panggil dia Ah Chai la. Entah kenapa Cikgu Sam dengan Ah Chai sekali ada di tengah. Cikgu memang selalu bagi motivasi, membebel pasal disiplin (dia warden asrama), bagi program Addmath( dia pun cikgu Maths) tapi Ah Chai? Blur aku kenapa dia di tengah tu.

Ah, diorang mau bagi ceramah ka ni?

" Semua dah ada, Anton?"
" Sudah, cikgu."
" Okay, kita start. Assalamualaikum dan selamat malam semua. Sorry kacau korang tidur malam2 ni, ada yang tengah study, tengah cuci baju suma, tapi saya ada hal yang sangat penting nak disampaikan berkaitan batch kamu."

Nah, start sudah ceramah beliau. Kalau beliau start, memang lama. Fuhh, sabar ja la. Ada juga guna segala apa dia cakap nanti ni. Tapi serius, memang lama.Favourite time untuk dia buat kelas: Sebelum rehat, Sebelum balik, aaaaand Kelas petang. Sebab dia boleh extend time lebih sikit, habiskan semua yang dia ajar+elaborations+motivations. Dia pun selalu buat kelas malam. Walaupun dia banyak meleter, tapi so far, dia lah antara cikgu paling dedicated selain ketua warden aku merangkap HEM.

"... Saya jumpa Ah Chai, dalam beg dia, ada KERTAS SOALAN FIZIK milik SUKIT dan SKEMA JAWAPAN FIZIK."

Ah sudah. Biar betul Ah Chai ni. Takkan meniru. Setau aku memang budak ni pandai bah. Haritu exam mid year dapat no.1 pun dia. So, selama ni memang dia meniru ka macam mana?

"Saya dan beberapa orang rakan kamu pergi menyiasat benda ni sejak haritu. Mula2 budak perempuan jumpa ada nota sejarah jatuh dari poket dia... and bla..bla...bla.." Tak payah la aku cerita secara detail. Aib.

Lepas Ah Chai mengaku semua perkara, dia pun salam suma boys satu-satu, minta maaf. Ni la masalah bila dia ni budak surau. Habis suma kawan non-muslim lain pandang negatif Islam. Bila dia lalu best friends dia, diorang tak percaya. Sebab Ah Chai ni budak baik. Tapi boleh pula curi SKEMA FIZIK. Dah tu curi kertas orang lain pula. Dah la budak yg kena curi kertas tu antara rival fizik dia. Memang time tu aku benci habis sama Ah Chai.

Sampai turn aku.

"Ram, saya minta maaf."
"Bila lagi?"
"Hah?"
"Bila lagi kau meniru?"
"Baru ja, untuk exam final ni."
"So, no.1 kau mid year tu betul la?"
"Ya."
"Tengokla kalau aku mau kasi maaf kau."

Semenjak haritu aku memang benci dan suka kutuk si Ah Chai ni. Yang bikin aku lagi panas, walaupun dah ada bukti, jelas dan kukuh, Ustaz-ustaz pula bela budak ni. Kadang2 aku rasa "bodoh bebenor ustaz semua ni, kalau budak lain yang buat kes, memang diorang cuci habis. Tapi boleh pula diorang bela pesalah mcm ni? Betullah kita mau betulkan , dakwah dengan cara lembut, tapi budak lain tu? Yang korang dah sindir pedas2, pulaukan? Apa kes? Bagus buka kopiah la, ustaz!"

Lepas dengar cerita kenapa dia meniru, baru aku sedar betapa berdosanya aku.

Rupanya bapa dia ni perfectionist. Dia nak Ah Chai score 100% ja. Pernah Ah Chai dapat 96% utk satu paper, bapa dia masih marah dia. Sial betul lah bapa macam tu. Anak kau sudah try the best, kau masih mau marah? Kau ingat dia komputer? Memang aku benci Ah Chai sebelum aku tau tu, dan aku memang tak lepaskan peluang nak attack dia kalau dia buat salah, dan pernah sekali aku hentam dia habis-habis sebab dia ada satu mistake kecil. Hahaha. Dengkinya aku time tu. Tapi lepas aku tau cerita pasal tekanan yang bapa dia bagi(waktu form 5 baru aku tau), aku rasa kesian. Lepas aku tau KENAPA dia meniru, aku mula terfikir pasal kemanusiaan, dan start to look at things positively.

Sekarang, dia dah dpt loan MARA nak buat course medic. Aku rasa sampai bila2 kalau aku ingat zaman sekolah, aku akan ingat pasal benda ni.

Glosari
mau = nak
nda = tak





Share |

3 Terbunuh:

shaf said... [Reply to comment]

so far, this is my fav :)

Keretapi said... [Reply to comment]

yes, this post is something to remember. memang masalah betul mak bapak macam ni. nak 100% perfect? dahel? ingat anak kau robot ke apa.


rupanya memang wujud meme perfectionist asian dad tu --"


aku kenal orang yang mak bapak dia camni. sejak darjah 3 hantar tusyen merata-rata. nak tusyen, silakan. tapi dari kecik sampai besar tusyen siang malam pagi petang, kat center, kat rumah, kat atap bumbung taknak? mana tak stress budak tu. daripada elok2 dapat markah bagus terus corot. SPM pun tak berapa. takde sape jangka jadi camtu. mak bapak dia lagi terkejut beruk. apa lagi, drama lah.


mak bapak, tolonglah terima anak dengan seadanya. dia pun manusia nak bergumbiraaa. ada beza between nak anak berjaya for their own sake atau nak orang nampak anak korang memang betul-betul berjaya for your own sake, hence dapat lah anugerah Mak Bapak Cemerlang.


kalau berjaya yang hepi lebih mak bapak. kalau fail yang frust lebih mak bapak jugak. masalah.


berjaya bukan boleh nilai daripada keputusan periksa je ye makcik, pakcik.

cikEd said... [Reply to comment]

keretapi mmg betul. i hav a fren yg bapak dy pfectionis gila. mmg kesian la ceritanya. budak tu yg asalnye taat, pun lama2 tak tahan. so, cerita ni mmg sewajarnya bagi lesson kat kita2 yang bakal jadi mak bapak ni kan *heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...