Friday, June 15, 2012

Nostalgia #12 - Kenangan Terindah Sekolah Rendah

Walaupun akulah member skuad 1994's yang kasi idea untuk tema Nostalgia, tapi akulah yang paling lambat menyumbang karya.... like always. heh. aku memang laju berkata-kata tapi slow melaksanakannya, ok?! deal with it *flip selendang








sape tak ingat lawan pemadam pastu kumpul habuk pemadam main masak-masak, jentik shaker, buku biodata, main tiang, pijak-pijak kaki orang, baling selipar, batu seremban, game dalam buku nota, si si amerika, ikat getah jadi tali panjang, lompat tali nyanyi rumah terbakar panggil bomba bomba datang berlumba-lumba~, gula-gula lipstick, lat tali lat, tournament ceper sampai tertonggeng-tonggeng dan banyak lagi permainan yang aku sendiri taktau nama apa? 

siapa tak ingat? siaapaaaaa? siapa takde rasa terharu atau sebak atau sentimental siap mata berair tengok video ni terkenang zaman kita kecik-kecik dulu? siapaaaa?



Nostalgia 11 tahun alam persekolahan memang berwarna-warni. 

walaupun orang kata apa dorang ingat masa zaman sekolah rendah hanyalah warna hitam, putih, kelabu, oh dan juga biru tua seperti kaler kain dan seluar yang dah ditinggalkan 6 tahun lalu, sebab takde apa sangat berlaku masa tu, tapi pada aku tak camtu. pada aku zaman sekolah rendah aku memang..... spesel. meh kita mula dari situ.


post ini khas untuk sekolah rendah. kalau rajin aku buat untuk sekolah menengah.



Sekolah Rendah

dua tahun terakhir, aku takkan lupa sampai bila-bila. ye, aku aktif, kawad 3 tahun, juara berturut-turut, jawatan, bla bla bla... benda bosan (tapi pengalaman dan kawan aku dapat dari semua tu, memang priceless nevertheless). aku bet korang punya resume pun lagi gempak. tapi aku nak cerita pasal benda yang jarang ada kat resume sesape.



Whatever Club (WEC)

apakah kej? ye, kitorang ada geng, ada nama, siap ada cheer (loser double loser take a picture whatever! *sambil gayakan jari) siyes. time tu ada jugak geng yang lahir from WEC, iaitu Nevermind. WEC pompuan, Nevermind laki. we were best friends, and the best part is, to this day, some of us still are walaupun dah bertukar sekolah, berlainan kelas, berpindah randah.







and to this day, those from SKLK still talk about WEC. subtopik WEC mesti timbul setiap kali topik SKLK dikenang kembali.


we were like those high school chicks you see on tv. cuma kitorang masuk high school pun belum lagi. tapi kitorang takdelah segedik, seteruk, dan senakal itu... kot. apa yang pasti, kitorang memang buat sekolah tu macam rumah sendiri.


sebelum masuk kelas, kitorang ada 'daily assembly'. cuma assembly tu hanya untuk WEC. lepak dekat meja kayu luar kelas, tempat yang strategik untuk mengusha dan diusha. dah masuk kelas pun, keluar sekali sekala ke tandas adalah wajib supaya yang free hair boleh pakai perapi rambut Sunsilk dan yang bertudung macam aku boleh betulkan tudung yang dililinkan (sape lagi buat camni? IRON TUDUNG DENGAN LILIN WAS IN YU NO). 


walaupun begitu, study didahulukan dan result diutamakan B)



masa real assembly pulak, kitorang beratur dalam line sendiri. cuba kau bayangkan betapa VVIPnya, siap ada line WEC. kalah anak guru besar youuu. tapi aku jarang join line VVIP ni sebab dorang suka sembang, aku suka dengar ucapan cikgu... more to kesian kat cikgu kalau aku bising sebenarnya dan takut pengawas ambik nama. LOL.


tapi pengawas pun kamceng dengan kitorang. in fact, hampir semua orang kamceng dengan kitorang. WEC kawan dengan semua. walaupun ada geng kami tidak mengamalkan sifat assobiah. kami bergaul dengan rakan-rakan daripada pelbagai peringkat umur, kelas dan kelakuan. sebab tu WEC ramai kawan <3


kitorang (read: sorang ahli WEC) pernah pancitkan tayar basikal junior sebab junior tu rampas pakwe ahli WEC yg lain. see the friendship there? bersama-sama menempuhi perasaan gelabah takut ditangkap, tapi masih melakukan kerja jahat demi seorang sahabat? "muahahah padan muka kau, next time don't mess with one of us!" gelak kitorang sambil intai budak tu tolak basikal dia balik rumah. kesian.


WEC amatlah allergic dengan copycat yang copy style kami. WEC wannabes ini terdiri daripada junior setahun dua, yang sibuk nak jugak ada geng, nak jugak ada nama, nak jugak tiru cara budak WEC ikat rambut. sentaplah member sebab rasa cara ikat rambut tu ciptaan dia hence, copyrighted. jangan main-main dengan peraturan yang WEC tetapkan, sebab memang, memang sekolah ni kami yang punya! *gelak besar sambil jalan sederet simbol kuasa yang tak dapat dikalahkan dan diperhatikan oleh warga sekolah yang hanya berani bersembunyi di belakang meja dan kerusi




muka dicensored kerana ketika ini ada yang belum bertudung dan walaupun aku bertudung sesungguhnya mukaku tidak sedap mata memandang. biarlah rahsia



oh ye, kitorang pernah ponteng kelas tambahan dengan geng Bakar (geng lain. tak seperti Nevermind, Bakar tak difriendzonekan malah diminati oleh beberapa ahli WEC ewww). time tu memang ramai ponteng, bukan kitorang je. tapi orang lain takdelah bodoh macam kitorang, ponteng kat playground dekat dengan sekolah. sungguh tak gangster. tetiba nampak ada budak2 lari. pehal ni weh pehal?! rupanya cikgu naik motor kejar dorang, oh....... WOI APA LAGI?! LARI LARI!


maka bertempiaranlah kami. dekat situ ada rumah sorang kawan, WEC tumpang nyorok. nyorok pun kat luar rumah belakang pasu bunga, LOL. Bakar dengarnya kena tangkap. dengarnya jugak, Bakar bagitau cikgu kitorang pun ponteng. weh ni memang patut kena bakar nih, pembelot! pastu kitorang berbincang apakah langkah seterusnya (salah satu cara ialah ajak mak masing2 bersubahat, sebbaik mak supporting. LOLOL CAMNILAH BUDAK BAIK, CUAK TERUS MINTAK TOLONG MAK).

masa perhimpunan Isnin tu semua gelabah nak mati, berpeluh tunduk dan buat sekian kalinya, WEC tak bising kat line VIP. semua bayangkan worst case scenario cikgu panggil nama suruh berdiri kena rotan ke apa. cikgu cakap pasal ponteng.... tapi cikgu tak panggil nama kitorang. phewh, it was close, tahu?! 



WEC ialah Mean Girls SKLK. ada meja sendiri dekat kantin dan takde sape yang berani duduk kat meja tu, kecuali junior yang tak tahu menahu. kalau ada budak darjah 1 duduk situ, aku kacau budak tu sampai dia blah. kacau manja je pun. "akak ngorat sikit dah takut?" terus budak tu lari selamatkan diri. memang menakutkan akak ni.




muka juga dicensored kerana muka gangster aib dipaparkan. almaklumlah sekarang dah insaf



WEC jugak kecohkan kantin dengan pertandingan makan keropok lekor. permainannya cani. pilih sorang untuk jadi partner sebab game ni dimain secara duo. partner berlainan jantina adalah tidak digalakkan. kenapa? sebab sorang gigit satu hujung keropok lekor, sorang gigit hujung lagi satu. dari hujung ke hujung korang makanlah keropok tu sampai hidung bertemu hidung, ada bran? peluh menitik bila bertentang mata dengan partner tahu, ada rasa janggal dalam situasi begitu.


memang payahlah nak tengok WEC beratur kat kantin. kenapa? bukan sebab kitorang guna spell "accio food!" dan makanan terbang datang sendiri. ni SKLK, bukan Hogwarts k. tapi sebab kitorang sama ada menyelit dekat depan barisan atau suruh junior belikan. "dek, akak selit eh? atau adik belikan. alaaah baiknya adik ni, nah baki simpan," lihat? betapa kami berbakti kepada budak-budak yang duit belanja hanya seringgit sehari? dapatlah doploh sen lebih, boleh beli cewinggam kat Mak Cik Siti.



Mak Cik Siti (MCS)

Mak Cik Siti who kau kata? kalau kau budak SKLK dan taktau sape itu makcik Siti, baik kau terjun Giant jelah. Mak Cik Siti ni legend tahu. dia tunggu budak sekolah depan Mamak Sulaiman dengan air gas, gorengan dan jajan. aku dulu balik rumah poket penuh dengan fries, crab stick, nugget tempura, co udang, dan sebagainya sambil tangan kanan pegang Bika, Super Ring atau yang sejenis dengannya dan mulut menghirup air gas yang dicampur beberapa jenis. PASTU KAU KOMPLEN KAU GEMUK.


MCS bukan sekadar peniaga makanan, beliau lebih dari itu. beliau juga seorang kaunselor! kau rasa sape yang dengar masalah budak sekolah rendah yang hidup amat tertekan akibat drama berkaitan kawan, cinta monyet, dan hal pelajaran contohnya cikgu kasi markah 79 untuk satu subjek masa trial lalu tak dapat stret 5 A? kaunselor sekolah? memey tak ahh. MCS tau pasal gossip terkini, sape suka sape, sape jeles kat sape, dan sebagainya.


dulu ada budak suka aku. faktornya masih tak dapat dikenal pasti sampai la ni. kawan aku suka budak tu. kawan aku tu terus tak suka aku sebab tu. lololol. masa aku sampai van MCS, budak tu kata "dah ah cik, saya blah dulu. ada bau busuk kat sini." SANGGUP KAU KATA BEGITU RAKANKU? BUSUKKAH BAU SEORANG PERAMPAS? EH. pastu MCS kata kat aku, takpe, biarkan je. Makcik tau dia yang salah, awak tak buat pape. sape suruh awak hotsetap sangat. eh tak, i made up the last line. or.... did i not? jeng jeng jeng




depan kedai mamak. tempat kedua terpenting untuk disinggah selepas balik sekolah selain van merah hati Mak Cik Siti



aku kurangkan minum air gas masa nak UPSR sebab aku salu sakit tekak (padahal minum air gas ialah taktik untuk sentiasa dapat MC). pas dapat result, aku pegi van merah hati tu dengan mak aku. MCS tanya dapat berapa? "5 A cik!" ni berkat 'puasa' air gas la ni! MCS kata. aku pun borong segala campuran air gas dan makanan yang ada. sebab mama bayar kehkeh. Mak Cik Siti pun hepi.



Mak Cik Siti kata batch aku ialah batch paling best sepanjang dia menjual dekat situ. dia kata nanti kitorang dah masuk sekolah menengah, mesti dia rasa kehilangan. mesti dia rindu kitorang. tsk tsk. bayangkanlah setiap hari kami berjumpa dan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam di van makcik. minum, makan, bersembang, jumpa crush, jeling-jeling sengih-sengih, tsk memori.



Sway

Malam untuk rai budak darjah 6 sekolah aku dulu namanye Malam Nostalgia. setiap kelas kena buat persembahan. aku kelas dengan majoriti WEC. kitorang taktau nak buatpe untuk malam tu.

we came up with all kinds of ideas, dramalah, fashion showlah, berita terkinilah (pembaca berita duduk belakang kotak yang kononnya tv sambil budak lain melakonkan berita yang disampaikan). esok dah Malam Nostalgia tapi kitorang masih keliru. "adakah patut kita nyanyi lagu Nurul-Ajai, Keliru?!"


tetiba kitorang main-main menari. tetiba kitorang reka step macam-macam. tetiba kitorang kata "jom menari lagu Sway!" time tu tah dari mana datang bakat jadi pereka tari dan penari, semua mengswaykan diri. dengan radio biru gemuk aku dan semangat 8 dak pompuan dan 1 dak laki (perempuan menari sesama dua orang pegang tangan berpusing-pusing, laki menari sengsorang kat tengah2 sambil berinteraksi dengan semua perempuan - pergh, macam pro!) kitorang prektis. ada rehearsal untuk Malam Nostalgia, suspen jugak fikir. sekolah kasi ke menari Sway? kena tone down sikit bagi tak over. tapi masa rehearsal tu.... cikgu2 lagi over, siap kasi macam-macam idea. belum the real thing, dah bersorak semua.


tibalah Malam Nostalgia. budak perempuan pakai skirt panjang hitam, baju kemeja putih, siap bertie ok. bukan rambut je ikat dengan reben berjurai-jurai, tangan pun ikat reben sekali youuu. siap make up youuu. betapa Swaynya kami.


semua orang tak sabar tengok kelas aku buat persembahan. belum pape orang dah riuh, tangan semua pegang camera sepanjang masa. bila dah mula, dengan cikgu sekali menari. ada satu trademark kitorang yang bila kitorang buat, satu dewan buat sama - gaya "ahhh" sambil tangan kat kepala ala-ala nak pengsan dan badan direndahkan ke belakang. SEMUA BUAT SEKARANGGG.




nampak tak tu? nampak tak semua buat tu? nampak tak?
(ada banyak lagi gambar tapi malas scan. ambik jelah mana ada dalam lappy)



memang enjoy sangat. sikit rasa malu pun takde. rasa konfiden, rasa i could go on and on dancing forever. bila dah habis, kitorang dapat tepukan paling gemuruh time tu, wolf-whistle, cheer, ada yang kasi standing ovation. hebak tak hebak.


malam tu memang sentiasa ada cabutan bertuah. aku tunggu punya tunggu dan tak dapat pape... tibalah saat nombor terakhir dipanggil untuk hadiah terakhir yang jugak hadiah hamper paling besaq, dan nombor tu.... nombor bertuah aku. hooraaaay!



lama jugak aku ingat step SWAY, walaupun dah setahun dua lepas tu. bila rindu SKLK, rindu WEC, rindu geng SWAY, aku menari sengsorang.




banyak lagi kenangan terindah zaman sekolah rendah. dulu kalau dengar lagu Samson - Kenangan Terindah, Nickelback - Photograph dan banyak lagi, aku menangis. sebab lepas aku tinggalkan zaman warna warni tu, tetiba muncul Zaman Gelap. sebab tu aku selalu teringat sekolah rendah, sebab at least, ada jugak warna warni hidup aku walaupun hanya dalam bentuk kenangan.


pergh tragis.






setragis muka aku 6 tahun lalu. hari terakhir sekolah. trendsetter conteng baju di kalangan rakan-rakan. demi 1994's aku letaklah muka aku kat sini, besar tak pengorbanan aku?




hmm.

i miss that place, i miss those people. they made my primary school days legendary.











Share |

2 Terbunuh:

Anonymous said... [Reply to comment]

serius apasal cerita macam novel aku mahu popular tu ? hem

Keretapi said... [Reply to comment]

novel apa tu....?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...