Friday, June 29, 2012

Personality Test

Assalamualaikum,
Hai semua~ Ada tak yang terbaca satu post kat wall fb 94s pasal personality test tu? Ok, seperti dijanjikan, ni admin bawakkan untuk awak awak awak dan awak~ Jom try ok!

Personality test ni pelik sikit, sebab dia tak ada jawapan yang sama dengan orang lain. Dan jawapan tu korang kena fikir sendiri. Macam ni, admin akan bagi satu list barang-barang. Dan tugas korang, korang kena fikirkan, macam mana nak letak barang-barang tu dekat dalam satu gambar. Bayangkan. Tapi, admin bagi nama barang je, barang-barang tu, korang boleh bayangkan sendiri, jenis apa, diperbuat dari apa, bentuk apa, warna apa, saiz macam mana, kedudukan dia macam mana. Terpulang kepada imaginasi korang. OK?~

So barang-barang tersebut ialah.

1. A cube.
2. A ladder.
3. A horse.
4. Flower(s)

Ok, sekarang korang cuba bayangkan barang diatas dalam satu gambar. Tak kisah la dekat mana pun tempatnya. Ok? Now, tiba-tiba ada ribut melanda, apa kesan terhadap benda-benda kat atas tu?

Tugasan korang dah selesai! Sekarang untuk maksud benda kat atas alright?

S
P
O
I
L

R
      
Kalau belum siap jangan scroll bawah!
A
L
E
R
T
!

Now, maksud barangan tersebut....

Cube - Diri korang sendiri. : Contoh lah, korang bayangkan Ice cube. Mungkin korang rasa diri korang ni seorang yang bersikap dingin. Or maybe seorang yang "cool". Or maybe korang bayangkan rubik's cube. Maybe korang rasa diri korang sangat kompleks!

Ladder - Friendship : Yes, friendship. Contoh, korang bayang tangga tu bersandar dekat cube tu, maybe maksudnya, korang ni jenis yang suka biarkan kawan-kawan korang "bersandar" dekat korang, bergantung pada korang.

Kuda - Lovelife : yeah... tak tau la nak cakap macam mana. mungkin korang bayangkan kuda korang warna putih, maybe "cinta" korang tu murni. Or korang bayangkan kuda tu mati, maybe maksudnya korang tak percaya pada "cinta".

Flower(s) - Erm, maksud dia sebenarnya pandangan korang pada kanak-kanak. Macam kiranya, kalau korang rasa korang nak anak, macam mana anak-anak korang, maybe kalau dia melekat dekat cube tu, maknanya korang nak sentiasa dekat dengan anak korang, korang sukakan kanak-kanak. Lebih kuranglah.

Now, yang ribut tu. Ribut tu, sebenarnya, masalah. Ya, masalah. Macam mana korang akan hadapi masalah tersebut, apa kesan masalah tu. Maybe, sebab ribut tu, cube korang "hancur", korang jenis yang susah kawal masalah. Or, disebabkan ribut tu, tangga tu jatuh, maknanya korang bila ada masalah, orang sekeliling senang terima tempias tu sekali.

Yup, korang kena interpret sendiri apa yang korang bayangkan. Dah bayangkan? Comment la di ruangan di bawah apa yang korang rasakan tentang diri korang!




Share |

1 Terbunuh:

Fazid Zac said... [Reply to comment]

Hmm, agak kurang faham personaliti test nie. Walaupapepon, saya bayangkan cube tu besar kuda tu kat atas cube tu sambil makam bunga dan tangga tu bersandar kat cube tu. Hehe~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...