Tuesday, July 31, 2012

Overview : ADFP INTEC



Atas dasar information sharing, maka aku dengan rasa bangganya akan kongsi sedikit sebanyak tentang 'American Degree Foundation Programme' yang sedah aku lalui selama 13 bulan di INTEC. Nama panggilan, ADFP. Di sesetengah tempat, ia dipanggil sebagai ADP.

Brief introduction, untuk students yang mendapat tajaan MARA, kami diberi masa selama 13 bulan untuk mengikuti program ADFP di INTEC ni. Maksudnya, ada yang kena buat selama 2 tahun, ada yang kena buat selama setahun setengah.

CGPA pointer untuk kami berangkat sambung ke US mestilah melepasi 3.00 dan ada dua lagi ujian yang mesti kena ambil. Dua ujian tuh ialah SAT dan juga TOEFL


SAT

SAT ini, secara ringkasnya, satu standardized test untuk students di seluruh dunia termasuk students dari US sendiri untuk masuk ke Universiti di US. SAT mesti dilakukan dalam masa 4 jam tanpa henti, dibahagikan kepada 10 sections dan merangkumi 3 aspek iaitu

1. Critical Reading, 800 marks
2. Mathematics, 800 marks
3. Essay Writing, 800 marks

Total marks, 2400. Tapi, untuk students yang ditaja oleh MARA, pihak MARA cuma tengok item nombor 1 dan 2 sahaja (total marks 1600), dan mesti melepasi 1000 (so, markah paling minima 1000/1600). Jangan bimbang, mathematics dan essay tak susah, critical reading yang susah sikit.

Kalau untuk pengambilan di Universiti, masih lagi dikira per 2400, so markah selamat ialah sekitar 1800 dan ke atas.

TOEFL

Khas untuk students selain daripada US, dan juga students yang declare spoken language selain daripada English. Markah penuh ialah 120, cut off point dari MARA ialah 72. Nak selamat, 85 dan ke atas.

Tak jauh sangat dari MUET kot, ada 4 sections. Reading, Listening, Writing, Speaking. Untuk TOEFL test, kami kena buat versi iBT (internet-based test). So, duduk depan komputer, bukak applikasi TOEFL tuh dan berinteraksi lah dengan komputer tersebut termasuklah session speaking sekalipun.

Pricing

Eh...?

Perhatian, SAT dan TOEFL, masing-masing ada harga. Aku cuma bagitahu secara umum sahaja. Untuk SAT, harga biasa RM350 (aku sudah lupa berapa USD), dan TOEFL biasanya RM500 lebih sedikit (pun aku lupa berapa USD).

Bagi students yang dapat tajaan, cuma CUBAAN PERTAMA sahaja yang dibayar oleh pihak penaja, cubaan seterusnya mesti dibayar oleh students sendiri. Bayaran dilakukan dengan menggunakan credit card.

Grading

Grading markah agak luar biasa. Nak tahu berapa? rujuk gambar di bawah.



Buku

Ada buku khas, boleh beli di MPH kot. Harga sekitar RM60-80. Buku, ada 2 yang biasa orang beli. Satu, buku dari CollegeBoard dan satu lagi dari Kaplan untuk SAT. Aku dah check harga di MPH, aku dapati versi dari Kaplan agak murah sedikit berbanding daripada versi CollegeBoard.



Conclusion

So? Ada soalan? Boleh direct ke page 1994s ataupun twitter aku. Muahahahaha.





Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...