Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadan al-Mubarak

Assalamualaikum,

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadan!

Sudahkah kita mengucapkan Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT kerana telah memberikan kita peluang untuk merasai kehadiran Ramadan pada tahun ini? Sudahkan kita melahirkan rasa syukur kepada-Nya kerana memberi kita nikmat berpuasa bersama keluarga atau teman tersayang?


InsyaAllah, jom kita sama-sama jadikan Ramadan ini Ramadan yang terbaik sepanjang hidup kita di muka bumi ini. Cara-caranya?

1. Puasa penuh (bagi yang boleh berpuasa penuh)
2. Solat terawih setiap malam
3. Khatamkan al-Quran 30 juzuk
(4 muka surat selepas setiap solat fardhu, insyaAllah dapat khatamkan 30 juzuk sebulan)
4. Jaga hati, pandangan mata, perlakuan dan tutur kata.
5. Kawal amarah dan nafsu kita.
6. Banyakkan ibadah sunat (zikir, sedekah, solat hajat)
7. Bangun Qiamullail.
8. Mencari Lailatul-Qadar bersama-sama.
9. Belajar bersungguh-sungguh, niatkan sebagai ibadah.
10. Imarahkan masjid & surau yang berdekatan.



InsyaAllah, post berkenaan perkara-perkara yang boleh kita lakukan sepanjang Ramadan berserta pengisian  daripada Al-Quran dan hadis akan ditulis dalam masa beberapa hari lagi. Sambil menunggu post berkenaan, bolehlah lihat video Islamic Event ini, :)

The Race Is On.
Are you going to win?





Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...